DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Kartun Pokémon]

with 16 comments

Fwd: Bahaya Kartun Pokemon

Assalamualaikum

Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. Ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya Pokemon. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah Siryaniiyah).

Contohnya:
Pokemon – Saya Yahudi.
Charmander – Allah itu lemah (Subhanallah!)
Pikachu – Jadilah seorang Yahudi.

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita Pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.

Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun Pokemon ini dicipta oleh Yahudi, itu boleh diterima. Sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. Tapi kali ini terbukti bahawa Yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama Pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.

— Agus (darulnuman.com)

Assalamualaikum

Saya adalah seorang pelajar yang berada di tahun akhir pengajian di Jepun. Saya baru-baru ini telah terbaca tentang isu semasa yang dikemukakan oleh Darul Nu’man yang bertajuk Kartun Pokemon. Saya juga pernah menerima e-mail yang sama diterima oleh pengirim yang musykil tentang kartun Pokemon yang dikatakan mempunyai kaitan dengan nama Siryani, dsb. Buat pengetahuan semua, kartun Pokemon sebenarnya adalah kartun animasi yang dicipta oleh orang Jepun. Ia kemudian dialih bahasa ke bahasa Inggeris kerana popularitinya di kalangan kanak-kanak, termasuk di Jepun sendiri.

Sebenarnya asal kartun Pokemon ini adalah character game yang dicipta oleh Nintendo dan kemudian apabila game tu glamour, ia dikomersilkan lagi sebagai kartun animasi. Ingin saya terangkankan pada semua, setahu saya Pokemon itu adalah berasal dari perkataan ‘Pocket Monster’ sebenarnya. Orang Jepun suka memendekkan perkataan menjadi satu supaya senang disebut dan senang difahami. Itu yang di ringkaskan Pocket Monster kepada Pokemon. Dalam kehidupan seharian mereka pun banyak perkataan yang diringkaskan menjadi satu perkataan seperti  ‘Remote Control’ TV di Jepun biasa disebut RemoKon.

Pocket Monster ni adalah kartun yang berkisarkan koleksi monster (binatang) yang mempunyai kriteria tersendiri yang boleh perform berbagai perkara.  Monster ini disimpan dalam poket supaya senang di bawa ke mana-mana. Sebab itu nama mereka adalah Pocket Monster (Pokemnon). Jadi, saya yang sedang studi di Jepun, tidak nampak di mana maksudnya “Pokemon – Saya Yahudi ” yang ditulis dalam e-mail yang disebarkan. Salah satu nama character dalam kartun Pokemon itu adalah Pikachu. Setahu saya,  dalam bahasa Jepun, Pika bermaksud bersinar / shiny / glitter. Memandangkan character Pikachu tu mempunyai kebolehan mengeluarkan tenaga electric yang tinggi sebagai pertahanan diri, jadi bagi saya, nama itu memang bersesuaian.

Setakat itu sahaja ilmu yang saya tahu. Mungkin juga setelah dialih bahasa ke bahasa Inggeris, nama character tu berubah. Mungkin juga nama nama character tu dinamakan atas nama Siryani atau mungkin juga tidak. InsyaAllah kalau saya ade masa saya akan semak lagi mengenai nama-nama monster yang glamour dan betulkah penulis cartoon menamakan monster-monster itu atas nama Siryani. Setahu saya kat Jepun ni, agamanya Shinto. Banyak yang free thinker. Banyak agama Buddha. Banyak masuk Kristian, saya rasa sebab ikut-ikutan. Maklumlah kurang pegangan bila masyarakat dah maju. Mereka hendak meniru American seperti menyambut Hari Krismas. Wallahualam.

— Salmi Mad Hashim (darulnuman.com/forum)

Antara dua masalah bangsa kita yang boleh memudharatkan adalah:

  1. Cepat terikut-ikut.
  2. Cepat percaya tanpa soal siasat.

Di sini saya memuji saudara Salmi kerana membahasakan diri dengan “saya” dan bukan “watashiwa”. Maklumlah Melayu ni kalau dah merantau dia berubah sikit. Kalau dah sampai ke negeri barat dia akan kata “I am hungry. I wanna eat”. Kalau dah ke Timur Tengah pula, dia akan kata “Ana jau’an. Ana bahabba akla.”

Sebenarnya “lughah Siryaniiyah” itu adalah bahasa Suryani atau Aramaic Timur iaitu bahasa Nabi Isa a.s. Kitab Injil yang asal juga diturunkan dalam bahasa ini. Saya rasa tak ramai orang yang masih tahu bahasa ini kecuali segolongan kecil orang Syria. Namun begitu perlu difahami bahawa bahasa Suryani adalah salah satu pecahan bahasa Semitic. Ini jugalah bahasa Nabi Ibrahim iaitu bahasa Ibrani atau Hebrew kuno. Dan perlu juga difahami bahawa bahasa Arab, Hebrew dan Suryani ini kesemuanya berasal dari satu rumpun jadi masih terlalu banyak persamaannya.

Jadi saya pelik bagaimana perkataan “Pokemon” boleh diterjemahkan kepada “Saya Yahudi” dalam bahasa Suryani sedangkan sepatutnya ia akan berbunyi “Ena Deyehoodiya” (Perhatikan pula betapa hampirnya ini dengan bahasa Arab).

Begitu juga perkataan “Charmander” yang kononnya bermaksud “Allah itu lemah.” Sepatutnya berbunyi “Ilahi Ayta Karhat.”

Kesimpulannya jangan kita main telan saja apa yang didengar. Siasatlah dahulu.

— Azli Abdullah II (darulnuman.com/forum)


DK: Ultraman — Atuk kau romen (bahasa Aramaic Timur)

Back to Top

Written by DewaKebaikan

16/06/2009 at 12:05pm

16 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. hahaha .,
    x bole bla .,
    btw trimas kerana mmbetolkan persepsi saya terhadap pokemon

    daniell

    16/04/2012 at 4:12am

  2. bukan tak percaya tapi cerita pokemon ini kan dari jepun apa kaitan dengan yahudi lagi pon maksub pokemon ialah pocket monster dlm intro cerita pon ade tulis pocket monster …

    fadzil

    27/09/2011 at 5:59pm

  3. [Re: ameer]

    sama-sama

    DewaKebaikan

    23/11/2010 at 7:35pm

  4. baru saya faham pasal pokemon tu
    trime kaseh

    ameer

    20/09/2010 at 6:19pm

  5. [Re: don]

    mari kita doakan meraka supaya tidak lagi bodo.

    “ya allah, kau berikanlah hidayah kpd mat/minah fwd agar tidak lagi jadi bodo. amin”

    DewaKebaikan

    03/09/2010 at 6:43pm

  6. ,melayu yg suka foward tu bodo
    sapa yg suka reka perkataan akum xleh, pokemon xleh.
    memang bodo

    don

    10/06/2010 at 11:59am

  7. [Re: POkemon master]

    kepalsuan tidak mampu memadamkan kebenaran. :-?

    DewaKebaikan

    18/11/2009 at 2:05pm

  8. saya rasa cerita daripada agus dan salmi mad hashim
    tengtang pokemon tu betul lah!

    POkemon master

    18/11/2009 at 8:35am

  9. [Re: green apple]

    hehehe. mari kita mati dalam iman [-o<

    DewaKebaikan

    23/07/2009 at 10:24am

  10. macam nak mati aku gelak baca komen2 ni

    green apple

    22/07/2009 at 11:25pm

  11. [Re: iznan]

    astaga laisla bonita. kita kene sebarkan kepada umat moslem ni. kekekeke

    DewaKebaikan

    20/06/2009 at 11:29pm

  12. doraemon – saya orang buddha…kekekeke….

    iznan

    19/06/2009 at 7:09pm

  13. [Re: saifuddin]

    kekekeke. aku ingatkan Burj Al Arab dan BYE je ada jarum sulit kristian.

    DewaKebaikan

    18/06/2009 at 12:28pm

  14. Ultraman adalah jarum sulit Kristian. Lihat cara mereka memfire raksasa, tangan mereka membentuk salib! Sebarkan kepada Muslim yang lain.

    saifuddin

    17/06/2009 at 10:26pm

  15. hehehe. bagaimana pula dengan:
    ultraman ace?
    ultraman leo?
    ultraman max?
    ultraman tiga?

    mari kita sama2 tunggu komen dari pengomen-pengomen.

    DewaKebaikan

    17/06/2009 at 10:24am

  16. ultraman taro — atuk kau toreh getah (bahasa Aramaic Timur).

    suhaimiramly

    17/06/2009 at 6:25am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.