[Jawatan PTD]
Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam
Jika anda seorang yang cenderung untuk memberi khidmat kepada masyarakat, mempunyai kelayakan Ijazah, anda dipelawa untuk memohon jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam seperti berikut
Jawatan
Pegawai Tadbir D’ Facebook (PTD)
Tanggungjawab
- Merekod segala aktiviti staf jabatan yang ber-facebook.
- Memastikan laporan disiapkan pada masa yang ditetapkan
- Bekerja bersungguh-sungguh sama ada secara individu atau berkumpulan.
Jadual Kerja
8.00am: Punch card (in) — Hari Isnin sahaja datang 8.00am. Hari-hari lain 9.45am
8.05am: Kantin — Borak, Sarapan
9.00am: Pejabat — Solitaire, Chatting, Facebook
10.00am: Kantin — Kudapan, Nasi goreng pattaya
11.00am: Pejabat — Chatting, Facebook
12.00pm: Kantin — Lunch, Borak, Mengumpat bos
2.00pm: Surau — Zohor 3 minit, Tidur 27 minit
2.30pm: Hantar anak ke sekolah agama petang
3.15pm: Pejabat — Buat tugasan yang diarahkan bos sejak pagi tadi
4.00pm: Kantin — Minum petang, Borak
5.00pm: Punch card (out)
Pendapatan Bulanan
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
- Gaji Pokok: RM1688.89 — RM2700.84
- Imbuhan Khidmat Awam: RM300
- Imbuhan Perumahan: RM250
- Elaun Sara Hidup (COLA): RM300
Jumlah: RM2538.89 — RM3550.84
Kemudahan Lain
- Pinjaman Perumahan
- Pinjaman Kenderaan
- Pinjaman Pembelian Komputer
- Akaun Facebook Percuma
Syarat-syarat
- Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah dalam apa-apa bidang.
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman menjadi ahli Facebook.
- Fasih berbahasa Inggeris dan pernah mengambil kuiz Facebook “How good are you at speaking English” dan result mestilah sekurang-kurangnya 75%.
- Pernah mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup semasa di sekolah menengah.
- Hendaklah berkemahiran menaip dengan hanya menggunakan satu jari kanan dan satu jari kiri.
Sekiranya anda memiliki kesemua kelayakan di atas, sila lengkapkan:
- Resume anda beserta gambar terkini dengan tanda peace di sebelah tangan kanan (gunakan tangan kiri sekiranya anda kidal).
- Nyatakan juga gaji terkini dan gaji yang diminta.
- Nombor telefon bimbit.
Poskan kepada (boleh juga hantar sendiri terus ke alamat):
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Komunikasi Daerah Jibam
P.O. Box 80148
87011 Nigeria
Google Maps: Jibam, Nigeria
Contoh akaun Facebook (a.k.a résumé) yang dimiliki oleh calon yang berkelayakan:

Credit: saharil.com
Tarikh Tutup
15 Ogos 2009
Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
—
DK: He he he
↑ Back to Top ↑

DEWA means bliss, a state of extreme happiness.
org kerja goverment : bengang giler dengan entry ni
org kerja swasta : lawak…lawak…! haha!
org yg xde kerja : apa2 lah kan…dalam fikiran (xde iklan kerja yg lebih menarik ker…?)
Effy
10/12/2011 at 3:54pm
[Re: ptd]
“Hazihil fitnah,” kata Fahri apabila Noura memfitnah beliau.
[Re: sapa2 jela]
Aisha menangis apabila Fahri ditangkap polis.
[Re: Orangterer]
PTD yg suka skip modul masa kursus kot kekeke.
[Re: aje]
Sahih.
DewaKebaikan
03/09/2010 at 4:11pm
*x sangka entry ni bole still generate comments…
chill out la wei sesapa yg baca entry ni…bukannya penulis tu takde member PTD…
tak bole ke buat amik pengajaran…take it with a pinch of salt?
aje
30/06/2010 at 11:45am
HAHAHAHAHAHAHA
confirm yang duk marah2 kat comment ni adalah PTD.
baik korang fahamkan betul2 entry ni sebelum nk ckp DK kurang hajor. jgn buat malu ptd sudah lah.
huahuahua
Orangterer
15/06/2010 at 1:43pm
agak kurang hajor..
sapa2 jela
14/06/2010 at 11:53am
sungguh fitnah entry ini.
ptd
22/05/2010 at 12:48am
[Re: Iznan]
kah kah kah. alternatif fuyel to stop polusyen.
DewaKebaikan
22/04/2010 at 10:02pm
lama aku tak citer pasal PTD ni..owh pasal minah ALTERNATIVE FUYEL
ini masa kursus PTD kt INTAN belakang UM. Masa dapat assignment utk buat public speaking dalam English, ada sorang minah tu dapat tajuk ALTERNATIVE FUEL. Sama ada dia tak faham the whole phrase, atau dia tak reti sebut FUEL aku pon x tahu…dan aku mmg tak dgr langsung barang sebarang patah ucapan setiap peserta…tp this one caught my attention..
ACTUALLY ALTERNATIVE FUYEL IS ONE OF GOVERNMENT POLICY TO STOP AIR POLLUTION…………….
kakakakakakak
Iznan
21/04/2010 at 2:39pm
[Re: Iznan]
keh keh keh keh
DewaKebaikan
26/08/2009 at 3:40pm
nanti rajin aku citer pasal minah ALTERNATIVE FUYEL…sampai skrg aku nak tergelak pecah usus dan pankreas…wakakakakaka…….
iznan
26/08/2009 at 7:41am
[Re: Iznan]
bukan sekali dgn minah “fuyel” ke? minah tu pass tak? kekekekekeke
“buat kerja” pon ada kat putrajaya. mahkamah gak. nanti aku nak amek gambar la reminder tersebut
DewaKebaikan
25/08/2009 at 8:00pm
aku pernah gi exam PTD…kekekeke
iznan
25/08/2009 at 1:15pm
kekeke….kt mahkamah persekutuan jalan duta…ada banner besar gile
BUAT KERJA
kakakakakaka
iznan
25/08/2009 at 12:55pm
[Re: ikim]
tahniah!
DewaKebaikan
22/08/2009 at 7:41am
saya sudah pon menjawat jawatan PTD yg dimaksudkan ittteeww… hihihih~
owh salam alayk saharil.
ur sketch caught my eyes.
ikim
22/08/2009 at 12:58am
[Re: abang hilang akal]
ada la dlm 8 juta. abang hilang akal, mesti dah byk kali hilang akal. har har harun.
DewaKebaikan
24/07/2009 at 10:27am
berapa kali pegi exam tapi tak berjaya ni?
abang hilang akal
24/07/2009 at 8:23am
[Re: aminahnormi]
ntahlah. yang penting mohamad pon ada otak. sebab ada otaklah dia boleh bernafas dan menaip komen kekekeke.
DewaKebaikan
23/07/2009 at 5:40pm
Kih kih kih … rasanya mohamad tu PTD ….
aminahnormi
23/07/2009 at 12:38pm
[Re: suhaimiramly]
amin ya rab [-O<
DewaKebaikan
22/07/2009 at 10:38am
semoga govt servants di malaysia mempunyai semangat mursapap
suhaimiramly
22/07/2009 at 4:42am
[Re: nbm]
takpe, boleh cuba lagi tahun depan.
[Re: mohamad]
saya taip komen ni dgn menggunakan otak sebelah kiri (ye ke? main taram je kekeke)
[Re: Saturn]
arrr, me be coolin’ n chillin’ yer mates. forward, ho! (bahasa lanun mogadishu)
[Re: Seifu]
kekeke tu pasal. mat2 dan minah2 frenste SUKA SANGAT tukar skin, kaler font, size, letak muzik, letak banner blink2, etc etc… terus jadi tahpape. kesimpulannya, bertukarlah kepada facebook :-s
[Re: Nurmahani]
it always happens.
[Re: suhaimiramly]
tu la pasal, tidaklah semua yg berperangai haram camtu. tapi bila ada orang buat, maka mencemarkan reputasi semua govt servants
[Re: Mursapap]
sungguh afdhooool niat anda itu
DewaKebaikan
21/07/2009 at 12:17pm
Aku keje gomen, n aku mengaku yang memang gomen sangatlah banyaaaaaaaakkk berperangai taik mcm tu. Tp as ko ckp jugak bukan seme mcm tu.
Tp as a gomen worker, aku cuba TIDAK mahu falls under the normal stigma yg manusia di dunia ni dok sebok cakap pasal pekeja gomen.
Mursapap
21/07/2009 at 9:33am
Hari tu aku pegi Putrajaya, pegi pejabat suatu Kementerian.
Oleh kerana dah tengahari, aku pun masuk ke kafe untuk makan tengah hari.
Kat atas setiap meja makan, diletakkan satu sticker bertulis — lebih kurang — “Anda tidak dibenarkan berada di kafeteria di luar waktu rehat”. Setiap meja (yang ada empat kerusi), ada empat sticker, satu di setiap corner.
Aku pun jadi sebak di hati. Camni ke tahap civil service sampai kena bagi peringatan macam budak sekolah. Apa nak jadi kalau ada delegasi luar datang, dan baca sticker tu.
Walau bagaimanapun, ada baiknya sticker2 tu dilekatkan. Orang gomen dan agensi kerajaan ni memang suka masuk lambat lepas lunch. Kadang-kadang tunggu sampai 3.30 nak jumpa pegawai. Sorang pun tak ada. Kerani pun tak nampak batang hidung. Ni one anecdote je…maybe tak semua macam tu. Tapi bak kata pepatah, kerana taik babi setitik, rosak air sebelanga (kurang 2 kolah).
suhaimiramly
21/07/2009 at 4:24am
So far facebook cam ok je, except that ade je kuiz2 dan invitations yg sungguh annoying.
Pasal org keje yg buat schedule camtu tak tahu lah. But it happens. HEHEHE
Nurmahani
20/07/2009 at 6:39pm
nasib baik la facebook tu xleh ubah2 background cam friendster..ataupun buh lagu ntahapahapa yang dia bajet orang lain suka dengar…hampeh tol…eh ke facebook pon bole gak buh benda2 tu?…kehkeh…aku xde facebook..tp stakat yang aku usha2 takde lagi account facebook yang membuatkan aku dengan serta merta close page tu (sebab ada lagu yang bosan atau background yang warna dia sama ngan warna text sampai takleh nak baca apa2 kat page dia…ntahapahapa)
Seifu
19/07/2009 at 5:52am
Cool stuff, was blog hopping and bumped into yours.
I especially love the typical names for kids these days, a good take on that. We’re so in the same wavelength – not to mention the haram this and that too. A very good job done with debunking the myth/hearsay.
Keep it up, and bring it on!
Saturn
17/07/2009 at 10:52am
orang bodoh takde otak je yang publish benda2 cenggini
mohamad
16/07/2009 at 4:48pm
aiseh, x layak la nak apply.. ;p
nbm
16/07/2009 at 4:45pm
[Re: anuar jadid]
No problem
DewaKebaikan
16/07/2009 at 3:55pm
Thanks for sharing! Ana sudah send e-mail dari 18 akaun berlainan nama samaran
anuar jadid
15/07/2009 at 2:59pm