DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Program Ikhwan]

with 10 comments

Program Ikhwan = Program Ikhwanus Shayatin.
Program Ikhwan = Mencuba nasib.
Program Ikhwan = Judi.
Program Ikhwan = HARAM.

Program Ikhwan

Sila baca:

Status Program Derma Wang Pos
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net

SOALAN

Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima ‘di atas’ kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 daripada ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yang diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.

Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut? Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan. Ia juga adakalanya dinamakan sebagai ta’awun atau tolong menolong.

JAWAPAN

Setelah membaca penerangan saudara di atas. Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.

Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah: -

  • Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui
  • Pelabur
  • Pengusaha
  • Bisnes yang halal / Pekerjaannya

Antara syarat sahnya pula :-

  • Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.
  • Tiada jaminan modal selamat.
  • Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.

Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kepada untung dan rugi.

Dalam kes yang dirujuk saudara, duit pelabur (peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, ‘pelaburan’ atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula “profit sharing ratio” nya? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.

Menjual pusingan ahli yang menyertai dan sistem piramid adalah tidak diterima oleh Islam walaupun ia cuba berselindung di sebalik nama ‘ta’awun’ (kerjasama), sedeqah, tolong menolong dan sebagainya.

ELEMEN RIBA

Selain itu, proses ini juga mempunyai elemen riba di dalamnya, ini adalah kerana setiap pihak yang ‘menderma’ memasuki sistem dengan niat, harapan serta janji oleh pihak pengurusan bahawa mereka mendapat derma berbentuk wang dengan nilai yang lebih banyak dari apa yang diberinya.

Di dalam Fiqh Islam, seseorang yang menderma tidaklah boleh mensyaratkan kepada penerima atau mana-mana pengurus sistem untuk mengembalikan sejumlah wang semula kepadanya, khususnya yang lebih besar. Jika ini berlaku, sifat hadiah tadi akan berubah kepada daripada hadiah yang biasa kepada ‘hibah at-thawab’ atau ‘hadiah bersyarat pulangan’ (hibah bisyarti ‘iwad) yang mana keadaan ini akan mengubah sifat kontrak asal derma iaitu ‘tabarru’at’ kepada sifat jual beli iaitu ‘mu’awadah maliah’.

Apabila ia telah berubah menjadi sifat jual beli, Islam mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya dan bertangguh pula. Selain itu, sifat jual beli mewajibkan agar semua rukun dan syaratnya ditepati dan jelas seperti subject matter, tempoh, nilai, pihak yang bertransaksi dan lain-lain.

Dalam program derma wang pos ini, kebanyakannya tidak diketahui, seperti bila tempoh dapat semula wang, berapa nilainya, siapa pihak di sebelah sana yang sedang berurusan dengannya dan banyak lagi. Hasil dari itu, konsep ta’awun atau banu membantu melalui sistem wang pos piramid ini tergolong dalam kategori yang bermasalah dari sudut rukun jual beli dan juga jatuh dalam kategori riba.

ELEMEN JUDI, GHARAR DAN MAKAN HARTA SECARA BATIL.

Selain dari tergolong dalam kategori riba atau syubhat riba, ia juga mempunyai elemen judi kerana peserta tidak pasti wang yang telah diderma akan mampu membawa pulangan wang yang lebih banyak atau tidak di kemudian hari, namun harapannya sentiasa berkobar untuk mendapat ‘derma’ yang lebih banyak. Tatkala itu, definisi judi, spekulasi dan gharar, ketiga-tiganya wujud di dalam permainan ini.

Berdasarkan huraian sahabat besar, Ibn Abbas r.a semasa menghuraikan ayat dari surah An-Nisa:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” ( An-Nisa : 29)

Beliau menafsirkan salah satu dari erti makan harta secara batil, palsu dan tidak sahit adalah

أخذ المال بغير عوض

“mengambil harta tanpa sebarang balasan kerja yang setimpal” (Rujuk Tafsir at-Tabari, Ar-Razi)

Selain itu, terdapat juga athar yang disandarkan kepada Ibn Abbas dimana beliau berkata

“Riba adalah setiap hadiah yang mensyarat pulangan lebih besar dari pemberiannya” (Al-Jami’ fi Usul al-Riba)

Imam Fakhruddin Ar-Razi menambah penjelasan di dalam kitab tafsirnya dengan berkata :

أن الربا يقتضي أخذ مال الإنسان من غير عوض، لأن من يبيع الدرهم بالدرهمين يحصل له زيادة درهم من غير عوض

Ertinya : Sesungguhnya riba ia beerti mengambil harta manusia tanpa sebarang timbale kerja atau nilai, sebagaimana seseorang yang menjual satu wang dirham dengan mengambil dua dirham, si penjual memperolehi tambahan satu dirham tanpa sebarang perantara kerja dan nilai tambah (Rujuk Tafsir Al-Kabir dalam tafsir ayat 29 surah An-Nisa)

Maka inilah sifat program derma wang pos, yang jelas jatuh dalam erti mengambil harta orang lain tanpa kerja yang setimpal, pemberian yang setimpal. Program ini amat sama dengan tabiat Riba, iaitu wang dipaksa melahirkan wang yang lain tanpa sebarang perantara aset dan kerja yang menambah nilai kepada ekonomi setempat.

Itu berlaku apabila wang diderma dan mengharap pulangan derma dari yang lain kepadanya. Apakah nilai pertumbuhan yang dihasilkan selain menambahkan ketamakan dan menghilangkan pahala dari sesebuah derma? Bukankah itu sama sahaja dengan sifat riba?, sama seperti meminjamkan wang dan menerima pulangan yang lebih darinya tanpa sebarang kerja yang setimpal dan tiada pula aset yang diniagakan.

Ringkasnya, sistem derma wang pos atas apa juga nama yang digunakan adalah sama seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di dalam sistem. Daripada bentuk yang saudara berikan, ia jelas diharamkan oleh sebab, syubhat riba, elemen judi, gharar dan juga makan harta secara batil.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net
18 Syawal 1430 H
7 Oktober 2009


DK: Borang Program Ikhwan tersebut aku ambil di sebuah masjid. Bangang betul. Berani membuat perkara haram di dalam masjid. :twisted:

Back to Top

Written by DewaKebaikan

19/10/2009 at 4:05pm

Posted in General

10 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. kawan-kawan..baik kita melabur atau menyimpan dengan takaful..ikut syariah.HALAL.

    Salam sejahtera.
    Assalamulaikum kawan-kawan..

    Mudahan perkongsian ni dapat bantu kawan-kawan menggandakan duit dengan cara yang selamat,kukuh dan yang penting halal..Bila halal,berkat la simpanan kita..Insyaallah tuhan gandakan
    Lagi rezeki kita..

    AIA Public Takaful melancarkan sistem tabung simpanan islam yang berkonsepkan pelaburan.
    Sama seperti pelaburan ASB,Bank Rakyat,Bank Islam dan sebagainya.Tahun lepas ASB(8.75%),
    BANK RAKYAT(15%) dan sebagainya.

    Sekiranya menyimpan dengan tabung AIA Public Takaful:

    Tempoh simpanan :sehingga 20 tahun sahaja.
    Kelayakan :sesiapa sahaja boleh sertai.4minggu-65tahun.
    Bonus Penghargaan :30%-35% keuntungan setahun.Setiap 2tahun kita akan dapat.
    Dividen: :4% keatas setahun.
    Simpanan minimum :RM5000 setahun.
    Cara caruman :sekali 1tahun,2kali setahun,4kali setahun dan sebulan sekali.
    Pengeluaran :Diberi kelonggaran boleh dikeluarkan selepas 10tahun keatas.

    Contoh:Kita simpan RM10,000 setahun.Kita akan diberi bonus penghargaan.Alhamdulillah setakat ini masih lagi 35% setahun dan dividen 4%.Jadi.Kita dapat RM3500 setahun.Kita akan diberi pada tahun kedua iaitu sebanyak RM7000.Setiap 2 tahun kita dapat RM7000.Terpulang kepada kita nak keluarkan atau terus menyimpan dengan AIA.AIA akan gandakan RM7000 itu dengan melabur lagi.
    Atau duit tu kita boleh keluarkan untuk haji/umrah atau pelaburan lain.Simpanan untuk 10 tahun, Mengikut kiraan minimum dalam ilustrasi pelaburan AIA Public Takaful,jumlah simpanan kita adalah
    RM166,060.94.

    Sekiranya kawan-kawan tak faham atau berminat nak faham lebih mendalam,

    Hubungi saya terus untuk mendapatkan penerangan lebih terperinci. Atau mungkin ada kawan-kawan yang nak pelan lain Takaful boleh bantu kita.Kawan-kawan boleh call,sms, atau email saya.Nak jumpa pun boleh insyaallah kalau tiada aral melintang.Anggaplah saya ni sahabat yang kawan-kawan kenal.ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA.

    A.Hadi Zulyat(Abdul Hadi Zulkifli)
    AIA Public Takaful Advisor
    Tel:0145084721
    Takafulaiacare@gmail.com
    Pejabat:Imtiyaz Consultancy Sdn.Bhd(Sri Gombak,Gombak)

    Saya sahabat anda.Sama macam kawan-kawan semua.Saya juga ingin berjaya.Saya boleh bantu setakat yang mampu.

    Melaburlah dan menyimpanlah di institusi yang kukuh,selamat dan paling penting HALAL.

    hadi

    29/11/2013 at 12:43am

  2. dalam tafsir an-nisa ayat 29 di atas,ada mengatakan perihal periniagaan yang diniagakan secara suka sama suka.so,kenapa sistem wang pos ni tak boleh yer.sedangkan orang yang menderma itu tidak ada keberatan untuk menerimanya.?

    faizal

    18/12/2011 at 5:04pm

  3. assalamuallaikum
    syukur allah telah buka hati saya..
    saya ada terima risalah ini..
    memang sekarang hidup saya dalam kesusahan..
    tapi saya x buat lagi..
    saya minta tolong kepada allah jika program ini benar,berikanlah petunjuk..
    terima kasih kepada saudara dewa kebaikan

    muslim bin abdul rahman

    25/09/2011 at 1:15am

  4. [Re: anonymous 01/06/2010@12:45am]

    saya tak dengki. saya hasad jer.

    [Re: amanmuo]

    boleh rujuk http://www.zaharuddin.net/

    [Re: suhaimiramly]

    kejayaan dapat duit haram kekeke

    [Re: aje]

    saya pon buat camtu. jumpa-ambil-campak 8)

    DewaKebaikan

    03/09/2010 at 6:33pm

  5. elok2 org pegi masjid ada fikir akhirat, nak tukar pulak jadi fikir duit2…

    kat surau aku, kalau jumpa, aku amik sebundle bende alah cenggini, letak dalam tong sampah je lagi bagus…buat susah kerja tok siak je nak kutip…kejayaan la tu…kejayaan buat sampah sarap..angin tiup, habis berterabur…

    aje

    30/06/2010 at 11:48am

  6. kejayaan???? edar borang dalam masjid kejayaan yer? aduh minda orang melayu

    suhaimiramly

    03/06/2010 at 9:19am

  7. bagaimana pula dengan Amanah Saham Bumiputera..halal ke?

    amanmuo

    02/06/2010 at 8:55pm

  8. knp dengki sangat dgn kejayaan org ni.

    anonymous

    01/06/2010 at 12:45am

  9. [Re: suhaimiramly]

    ya benar.

    DewaKebaikan

    19/10/2009 at 9:59pm

  10. analisis yg amat baik.

    suhaimiramly

    19/10/2009 at 5:24pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.