DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Bahasa Sanskrit]

with 12 comments

USE THE WORD SOLAT PLEASE!!~

I have a friend who is now studying in UKM and as the medium is Bahasa Melayu, the lecturers/professors there would, once in a while, in between lectures, spend some time discussing the Malay language.

The latest discussion was on the word “Sembahyang”. According to one of the professors (who is an expert in Malay language), the word “sembahyang” is taken from 2 Sanskrit words which are “sembah” and “yang”. “Sembah” is the word sembah that we’ve always understood. However, the word “yang” refers to some “berhala” or “dewa”. So by putting the words together, it means to “sembah” the one that is equivalent to God.

Almost all of us have been using the word “sembahyang” throughout our lives. And it has been okay because we’ve always interpreted that word to mean sembah Allah. However, since now that we know where and how the word originated, it would be much much better and safer (to the aqidah) to use the alternative word,”solat”; when we mean to say “sembahyang”.

p/s : the same thing was once reminded to me thru an email, concerning the word mosque whereby the origin of the word is actually mosquito which is a sarcastic way the kafirs are saying our azan is as noisy and disturbing as the humming of the mosquito…

~TOLONG INGAT-MENGINGATKAN ANTARA KITA. WALAUPUN KITA TIDAK TAHU APA YANG KITA INGATKAN. APA YANG PENTING? FORWARD KEPADA IKHWAH, AKHAWAT DAN UNTA-UNTI LAIN!

~JANGAN LUPA LETAK CACING BANYAK-BANYAK ~~~ NGEE ~~~ NGEE ~~~

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam keuntungan;
Kecuali mereka yang suka forward perkara bodoh lagi dungu.
Hai, saya Encik Google. Marilah berkawan dengan saya.


Shalom Aleichem,

1. Ana mengharapkan sahabat-sahabat ana di luar sana berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ente orang punya unta sudah bagi makankah? Ana punya unta berbuasa bada hari ini.

* ana: saya. ente orang: korang. berbuasa bada: berpuasa pada.

2. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menerangkan tentang “sembahyang, solat, masjid, mosque.”

3. Kalau “sembahyang” tidak boleh digunakan, maka “solat” pun tidak boleh. Sebab ejaannya adalah “sod, lam, alif, ta marbuta.” Bunyinya “solah” apabila wakaf (berhenti).

4. Sebenarnya, “solah” juga tidak boleh digunakan. Sebab

(a) “Solah” tidak wujud dalam Kamus Dewan.
(b) Arab Kristian menggunakan perkataan “solah.” Kalau kau sebut, “Jom kita bersolah,” maksudnya, “Jom pergi gereja.” Sila rujuk A Textbook for Arabic — Part Two, muka surat sittah wakhamsun (LVI). Ada artikel tentang orang Arab Kristian menyambut Hari Raya Fushah (Eidul-Fushah): “Pada hari Jumaat yang mulia, mereka pergi beramai-ramai ke kanisah (gereja), untuk bersolah.”

5. Kau punya baju Melayu & samping yang kau pakai setiap kali raya pun berasal dari amalan berpakaian sami-sami Hindu untuk pergi ke kuil. Jangan kau berani pakai baju Melayu lagi. Sila pakai jubah Pak Arab:

6. “Mosque” berasal daripada “mosquito” — memang benar. Sebab ramai para “mosquito” datang ke “mosque” bukan dengan niat yang betul. Kalau ustaz berceramah di hadapan, “mosquito” membuat bising di belakang.

(a) Golongan mat / minah fwd pun termasuk dalam golongan “mosquito.” Setiap kali bahan fwd masuk dalam email / forum, tanpa usul periksa, terus di-forward kepada orang lain. Dan mereka juga akan forward kepada laman web rasmi Kelab Forward Email SeMalaysia — http://www.oh!nyamuk.com

(b) Ada masyarakat yang menterjemahkan “masjid” sebagai:
伊斯兰圣殿 — tokong Islam.
Islamic church — gereja Islam.

(c) HOI, DIAMLAH NYAMUK-NYAMUK SEKALIAN.

7. Pendek kata, kau tidak boleh bercakap langsung, atau pendeknya: SHUT THE FUCK UP! (STFU). Sebabnya, 90% perkataan bahasa Malaysia berasal daripada bahasa Sanskrit. (Peratusan diambil daripada Jabatan Statistik PUNDeK — Persatuan Ular-Dalam-Semak Negeri Dewa Kebaikan). Ingat, ini melibatkan akidah ente orang!

(a) “Agama Islam”
“Agama” tidak boleh digunakan, sebab apa-tah-aku-pun-tak-tahu. Gantikan dengan: Din.
Sebenarnya, “Din” pun tidak boleh digunakan. Sebab “Din” adalah seorang insan yang gemuk, berjerawat, rambut serabai, mulut busuk, bau tahi macam tahi kucing dan suka menjilat pantat. Jadi, gantikanlah dengan “Pegangan / Anutan / Kepercayaan Islam.”

(b) “Maha Esa, Maha Kaya, Maha Indah, Maha Sabar”
“Maha” tidak boleh digunakan. Sebab “Maha” adalah dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud “entah-aku-pun-tidak-tahu.” Jadi, gantikanlah dengan: Allah Sungguh Esa, Allah Amat Kaya, Allah Indah Benar, Allah Sabar Betul.

(c) Perkataan lain: bahasa, agama, jiwa, raga, negara, raja, dirgahayu, mahligai, syurga, neraka, suka, duka, dosa, pustaka, sembahyang, kapal, citra, warna, ekabahasa, dwibahasa, tribahasa, bakti, sakti, pertiwi, perdana, menteri, bendahara, wira, satria, iswara, khazanah, gajah. (Sumber: google.com)

(d) “Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”
“Sembah patik?” Lagi dahsyat. Ente tidak mahu tegurkah? Bukankah “sembah patik” bermaksud “sembah saya” iaitu perbuatan menyembah diri sendiri?

(e) “Ente hendak masuk syurga?”
“Eh, tentulah ana hendak masuk ke syurga.”
Ente tidak boleh masuk syurga.”
“Kenapa?”
“Sebab “syurga” adalah bahasa Sanksrit.”
:-?


Komen-komen tambahan:

Bal (suhaimiramly.wordpress.com)

1. guna lah bahasa apa2 (Allah paham semua bahasa) kecuali utk amalan2 yg kena guna Arab: semayang, azan, etc.

siapa make a big deal out of language maka adalah dumbass (contoh ko tu bagus, arab kristian pon guna term2 macam solat, etc)

lagi satu golongan dumbass — dah la tulis arab guna rumi, pastu nak kasi nampak authentic arab guna nombor pulak (e.g. 3 = ain, 7 = ha) etc. kekkekee bodoh la ko…sistem nombor tu dibuat oleh orang arab pasal diorang nak communicate sesama sendiri (takut terconfuse makna) i.e arab tak kira muslim ke kristian ke ape ke…sebab bahasa diorang takleh nak transliterate ke english. bukannye guna dia nak tunjuk wah wah saya lebih arab dan lebih islamic dari semua org.

2. diulangi — pokemon bermaksud saya benci tuhan ke ape ntah kekekeke…gile hebat bahasa tu…tiga suku kata je boleh ada maksud panjang.

aku rasa la, “pikachu” pulak bermaksud: saya bodoh, dumbass, bangang dan saya suka forward email bodoh yang saya dapat dari mat/minah fwd yang lain maka saya sampai2kan sebab nanti dapat kebaikan. (ni kalau ikut bahasa tu, tiga sukukata boleh ada makna panjang2)

3. keep it simple — kalau ckp dgn omputeh / new convert, ckp je in full english dan translate lebih kurang perkataan2 arabic yang takde exact translation (dont give that bullshit about “perkataan Arob ni takde exact translation dlm english, maka kita kena guna perkataan Arob ni walaupun mamat new convert depan aku ni tak paham sepatah haram pon bahasa Arob dan maybe dia akan rasa intimidated tapi tak penting sebab yang lagi penting ialah bercakap dalam bahasa Arob sebab saya kan mat/minah ish yang pakar berbahasa Arob”

kalau ckp dgn melayu, guna je full melayu (e.g sembahyang), senang orang nak paham, daripada pakcik makcik kat kampung sampai la orang2 berpelajaran

4. lagi satu — islaam of double vowel (e.g. salaam, iftaar, zakaat, solaah, nasheed, nashiit, etc). kekekee lagi satu pathetic effort nak menjadikan arabicized english. kalau seme orang guna camtu takpe la (contoh, kalau ko nak hantar article kat english publication) tapi kalau setakat nak tulis kat bloug / chat takyah la letak “mad” kat huruf roman kekekkee…buat kena gelak jek

Al-Amin (iluvislam.com)

Pada pandangan saya secara peribadi tidak menjadi masalah samada menggunakan perkataan solat atau sembahyang. Solat itu bahasa arab dan sepatutnya disebut solah bukan solat dan sembahyang bahasa melayu yang juga dimaksudkan dengan solat.

Di dalam kitab-kitab jawi lama ulama’ kita menggunakan perkataan sembahyang apabila mentranslate perkataan solat dan saya tidak pernah mendengar kritikan ini daripada guru-guru pondok yang mensyarah kitab mereka.

Solat kalau kita terjemahkan makna secara lughawi daripada bahasa arab ia bermaksud doa. Apakah solat itu hanya dengan berdoa??? Sedangkan pada istilah ahli fiqh sembahyang itu dita3rifkan sebagai perbuatan2 dan perkataan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat2 yang tertentu.

Ini masalah bahasa yang tidak melibatkan soal akidah seperti kita katakan ubat nyamuk. Nyamuk sakit ke?? tetapi difahami daripada makna ubat nyamuk ialah racun untuk membunuh nyamuk. Sama juga bila disebut sembahyang. Maka yang kita fahami ialah seperti ta3rif fuqaha’ di atas bukanlah maksud sembah dewa atau sbgnya..

Saya tidak nampak ia patut diperbesarkan dan menaggap penggunaan perkataan sembahyang sesuatu yang menyalahi akidah. Ini pendapat peribadi saya.

Dr Zakir Naik semasa menyampaikan ceramah dalam bahasa urdu beliau menyebut Allah dengan perkataan baghwan untuk memberi makna Tuhan iaitu Allah. Sama juga seperti kita menyebut rabb dalam bahasa arab dan god dalam bahasa inggeris yang kita tidak i3tiqadkan tiada Rabb dan god selain daripada Allah. Ma fi musykilah ya ikhwah..

Ini hanya masalah penggunaan bahasa..

DewaKebaikan (dewakebaikan.wordpress.com)

Lebih afdal sekiranya ente orang tinggalkan perbalahan tentang asal usul perkataan. Pergilah dakwah orang yang berbudaya lepak bawah pokok. Ajaklah mereka untuk bersembahyang di gereja / kuil / tokong Islam.

Written by DewaKebaikan

28/08/2010 at 9:10pm

Posted in General

12 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. salah ke berkongsi maklumat atau bersembang dan jangan terus menuduh penulis tak betul sebelum berfikir jika ada kebenarannya . mana tahu ada kebenarannya . cuma bahasa nya sahaja yang tak baik . tapi isinya mungkin benar , cubalah kaji dulu . tapi lebih bagus guna perkataan yang benar maksudnya agar tak mengelirukan , dan semua orang mahukan yang benar . dan banyak lagi perkataan arab yang saya pun tak faham cth tawakkal , lujnah , akidah , baiah , futuh , kiamat , kafir dll

    masalah

    11/03/2012 at 8:16pm

  2. ala..mana aci tulis arab tu..tak faham la.

  3. apapun..yang penting niat dalam hati kita nak sembah Allah pun dah cukup. jangan saja melencong dari tu…

    Jusharol Abdullah

    06/07/2011 at 10:45pm

  4. [Re: hafizhan]

    الحمد لله

    DewaKebaikan

    08/03/2011 at 1:04pm

  5. [Re: DewaKebaikan]

    .نعم, ربما لاحقًا. آسف عن أهان .شكرا جزيلا

    hafizhan

    25/01/2011 at 7:38pm

  6. [Re: hafizhan]

    .السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. عفوا لم افهم ما قصدت

    أكلم باللغة العربية فقط. هل تريد أن تتعلم اللغة العربية؟

    DewaKebaikan

    24/01/2011 at 1:09am

  7. laman ni mmg betul2 menghina islam…. laman ni mmg laman terkutuk… da la guna shalom aleichem (perkataan yahudi ibrani) pastu hina hukum2 islam lak tu… mmg bodoh la laman ni dan org yg tulis benda alah ni…

    hafizhan

    23/01/2011 at 7:18pm

  8. [Re: jo]

    entahnya yus rezal ni :mrgreen:

    lariiiiiiiii………

    DewaKebaikan

    23/11/2010 at 7:55pm

  9. yang ko ikut batu besurat tu sape suruh, ikutla al-quran, kan terang dan nyata.

    jo

    19/10/2010 at 7:34pm

  10. [Re: suhaimiramly]

    2006. nanti aku letak original article kat sini. entri ni diubahsuai drp entri tersebut.

    [Re: yus rezal]

    kalau dapat sumber maklumat tu, bagitau saya. sungguh bagus sekali.

    kesimpulannya, “dewata raya” — saya suka tuhan
    boikot lah “pokemon” — saya benci tuhan kah kah kah

    http://www.google.com/images?q=dewata+raya

    DewaKebaikan

    03/09/2010 at 8:20pm

  11. ini mengingatkan aku akan bekas imam masjid simpang kerayong,jasin yg menegur kawan ku mengucapkan perkataan sembahyang sebagai semayang – slang skit la kan. Katanya salah.(masa sekolah dulu la)

    takde salah nya menggunakan perkataan SEMBAHYANG.setahu aku sembahyang asal perkataannya ialah Sembah + Hyang (yg mana Hyang adalah singkatan kepada Sang Hyang Tunggal dalam bahasa melayu purba). bermaksud Tuhan Yang Satu. Jadi, sembahyang = Sembah Tuhan Yang Satu. Mana ada Dewa.-sumber aku tak ingat kat mana aku baca.

    Lagipun kalo ikut batu bersurat terengganu pun nama tuhan disebut sebagai Dewata Mulia Raya. Amacam?

    yus rezal

    01/09/2010 at 2:09pm

  12. tahun berapa aku tulis tuhh…mahu 5 thn lebih

    suhaimiramly

    29/08/2010 at 12:23am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.