DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Konspirasi Yahudi]

with 25 comments

Saya menyokong penuh artikel ilmiah bertajuk “Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan” yang terhasil daripada kajian dan pemerhatian mendalam oleh Syeikh Qolamul Haqqoq. ← Jangan lupa, ada qolqolah di situ.


Artikel ini ditaja oleh Coca-Cola.
(Sebenarnya, aku sedang minum Coca-Cola… Brrr!!)

Sokongan saya adalah tidak berbelah bahagi walaupun tajuk artikel ilmiah itu sedikit tunggang-langgang. Beliau mahukan kebenaran atau kebetulan? Benar ke betul? Walaupun saya keliru benar, saya betul-betul mempercayai beliau.

Maklumat yang dikongsi oleh beliau amat berguna untuk rujukan muslimin dan muslimat yang ingin mendalami ilmu Teori Konspirasi Jahat (TKJ) orang-orang Yahudi/Nasrani/Freemason/Illuminati dalam menghancurkan umat Islam secara halus, sehalus jarum peniti yang halus dan mulus.

Arakian, ilmu TKJ adalah satu cabang ilmu Islam yang tinggi. Sehinggakan ilmuan muktabar seperti Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hajar, Ahmad, Maliki, Hambali, Hanafi, Syafie, Ghazali, Ibn Sina, Khwarizmi, … tidak mampu mengkajinya.

Para alim ulamak tersebut telah menyerahkan amanah untuk mendalami ilmu TKJ ini kepada generasi berikutnya. Namun mereka menolaknya dan akhirnya diwariskan dari generasi ke generasi lain sehinggalah amanah tersebut sampai kepada kita, generasi akhir zaman.

La budda, kita wajiblah mengkaji ilmu TKJ. Sekiranya kita tidak mampu, kita hendaklah dengar dan patuh akan hasil kajian yang dibuat oleh para imam TKJ. Antara ulamak muktabar dalam ilmu TKJ ialah Syeikh Qolamul Haqqoq.

Beliau adalah ibarat permata yang hilang dan telah dijumpai oleh umat akhir zaman. Tidaklah harus kita membantah beliau. Jika kita suka membantah, kita akan disamakan dengan Bani Israel. Jika kita suka membangkang, kita akan dikatakan berfikiran tertutup. Kita tidak open-minded.

Menurut ramalan rahsia tarikh lahir Syeikh Qolamul Haqqoq (XX/XX/1991), beliau adalah seorang yang berfikiran terbuka… ahaks. Beliau suka membuat pemerhatian mendalam terhadap sesuatu perkara dan lantang menyuarakan pendapat. Beliau tidak suka dibantah. Beliau suka berbaju kuning dan memakai ketayap putih untuk menunjukkan beliau berfikiran terbuka terhadap Pope-Pope di seluruh dunia.

Beliau juga mempunyai kuasa ajaib yang mampu menarik bantuan dari langit ke-18 di Planet Zargus. Beliau terlebih dahulu bermunajat di hadapan PC selama 24 jam dan apabila beliau bersedia untuk menerima bantuan, beliau akan KLIK!

Bantuan diturunkan dalam bentuk Pasukan Tentera DJarum (PTD) sejak dua tahun lalu. Misi bantuan akan berterusan selama 22 tahun, dua bulan, dua minggu, dua hari, dua jam dan dua minit. RM22,222.22 sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan bagi tujuan mendapat keberkatan sempena peristiwa ini. Keberkatan kepala bapak kau!

PTD akan dikerahkan untuk melawan tentera sulit Yahudi/Nasrani/Freemason/Illuminati secara halus. Mereka tidak akan mengangkat senapang, mercun dan meriam buluh. Mereka hanya akan menjalankan operasi di bilik-bilik rahsia di bawah tanah.

Tugas ini akan dimulakan dengan mempengaruhi minda anak-anak Yahudi/Nasrani/Freemason/Illuminati:

Berikut ialah petikan rakaman video semasa misi berjalan:

Dengar betul-betul “Islam is the light.”


Misi ini berjaya menimbulkan kacau-bilau di kalangan Yahudi/Nasrani. Salah seorang mangsa memberitahu:

I just went to Wal-Mart here in Borger and they had three of the Fisher-Price Little Mommy Real Loving Baby Cuddle and Coo Dolls. ALL THREE of them clearly said, “Islam is the light.” I put the dolls in my cart and took them to the back where I asked to speak to a manager. When the manager came I asked her to listen to the dolls. At the same exact time all three dolls said, “Islam is the light.” The lady couldn’t believe it. She quickly took all three dolls to the back and let me know that their store would no long carry that doll. I told her that I felt like it was absolutely unacceptable for something like that to be sold in this country without any sort of knowledge on the box of what it says. She agreed with me.

Fisher Price is offering a refund for these dolls, but has no intention of taking them all of the shelves. I will no longer buy any Fisher Price toys, which is very unfortunate because they have great toys.

I will visit every Wal-Mart in the Texas Panhandle to make sure that these dolls are taken off of the shelves.

This is absolutely unacceptable!

If you’re near a Wal-Mart, Target or Toys R Us, DEMAND that they take these dolls off of the shelves! If a doll said, “Jesus Loves Me” without stating so on the packaging, they would be off the shelves in a second.

Here’s a link to the doll:
http://www.toysrus.com/product/index.jsp?productId=2961659

“Hoi, lancaulah DewaKebaikan. Isu ini sudah basi. TV3 pun sudah meminta maaf. Kita sebagai puak TKJ sudah berjaya mendesak TV3 untuk berbuat demikian. Kau sepatutnya digelar DewaBodoh.”

Kekekeke sabar tuan-tuan, puan-puan, ikhwat-akhowat dan unta-enta-enti sekalian. Sabar itu sebahagian daripada iman. Saya faham, tentunya anda dahagakan konspirasi terbaru. Sekarang, saya persembahkan konspirasi terbaru yang hangat! Leina Hangat dan Fara Fauzana pun tidak mampu menanggung kehangatannya!

FWD: Fwd: Fwd: Jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin!!!!!!!!!!!!!!

Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “Aku suka Israel.”

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.
“U” bermaksud “USA”
“I” bermaksud “Israel”

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.


Kelayakan saya:
1. KESAS (Sijil Jurutol)
2. Finalis Imam Muda Musim 10 (Nombor 5)
3. Nepal Mental Health Clinic (Sijil Orang Gila)

Hanya orang-orang gila sahaja yang layak untuk merungkai rahsia Yahudi/Nasrani/Freemason/Illuminati secara mendalam… sedalam lubang pantat kuningmu.

Ahli-ahli akademik hanyalah ejen-ejen Israel. Sebab itulah mereka tidak berani untuk menyokong mana-mana Teori Konspirasi Jahat (TKJ). Peristiwa 9 November 2001 (9/11/2001) pun mereka kata orang Islam yang buat. Sedangkan sudah terbukti, bangunan WTC telah dibom. Orang-orang Yahudi yang sepatutnya berada di dalam bangunan WTC, mereka telah berpakat untuk mengambil cuti.


Nota ringkas untuk orang-orang lembab, bodoh, dungu dan tolol:

1. Upin & Ipin adalah sekadar hiburan sama seperti Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.
2. A Fisher-Price talking doll utters the phrases “Islam is the light.”
3. “Rasul” dari segi bahasa bermaksud “utusan.”
4. “Israel” dari segi bahasa bermaksud “tentera Allah.”


Entri-entri lain yang mungkin anda minat:
Bahasa Sanskrit
Seluar Dalam
Maksud DJARUM

Dajjal Naik
Sejadah Berdiri
Maksud Askum

Masjid Negara
Mestikah Percaya
Kartun Pokémon

Numerology = Bullshit
Melayu Tahayul
Pseudo-Enlightened

Written by DewaKebaikan

09/09/2010 at 1:57pm

Posted in General

25 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. hahaha lol

    illuminati

    18/05/2013 at 2:16pm

  2. PUKIMAK KO ADA GARIS HALUS SEPERTI HURUF I . BERMAKNA MAK KO SEORANG ZIONIS DARI ISRAEL ANGOTA FREEMASON SEUMUR HIDUP . SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT KRISTIAN KALAU TIDAK SOLAT KAMU TIDAK DITERIMA 7 JUTA HARI.

    ROSNAHMATARIS

    21/04/2013 at 9:08am

  3. Apa apaan nih jgn menghina2 umat yahudi ya kecuali illuminati masa umat lain dihina2? Kata2 ini menghina umat yahudi/kristen :Hanya orang-orang gila sahaja yang layak untuk merungkai rahasia Yahudi secara mendalam… sedalam lubang pantat kuningmu. Sebenarnya otak kalian sudah busuk atau sudah dirasuki setan????hah???????seharusnya kita diajar saling mneghargai bukan saling meghina umat sesama!!!!!

    darillie

    29/03/2013 at 8:06pm

  4. Bodoh… mari mari kena sebarkan , sesiape yg x sebar x diterima solat puih ajaran sesat !!

    OK!

    19/12/2012 at 12:29pm

  5. what the ? Upip ipin ? Ayam ? Kalau nme aku Udin ? U tu mksud Usa ke ? dan nme aku ila ? i tu brmksud israel ke ?

    penipuan besar

    17/12/2012 at 7:11pm

  6. Wow, so maknanya Bendera Malaysia pun USA! Tesco,Neslte, Mcdonald dan banyak lagi product Yahudi dan USA punya. Sebab saya bangsa cina buat Upin Ipin yang saya suka pun dah jadi Yahudi Cina!!?? Macam mana nih? Tolong!! TOLONGGG!! Aku MEMANG BODOH LAH!! TOLONG.!!………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Bonggok……………………………………………………………………………………………………………………

    RAJAPEMBURU

    28/09/2012 at 11:10am

  7. fitnah Upin Ipin – U-USA i-ISrael….kepala hotok mu…dh nme org bgi UPin Ipin …pas 2 nk ubah pulak -_-

    bodohz

    27/09/2012 at 12:20pm

  8. Upin Ipin hanya kebetulan..Kdg2 kta tak sedar terkena fitnah dajal..Upin Ipin hanya kebetulan..

    Mohd RZ 1

    09/09/2012 at 1:28pm

  9. Sekiranya saya sokong anda , ertinya saya sokong Israel, jalan dah, awak hanya menambahkan kekeliruan ……….. Stop Stop Stop

    Devil

    09/12/2011 at 1:33pm

  10. Awak pun ditaja Oleh Israel (coca cola)

    Devil

    09/12/2011 at 1:27pm

  11. pedih giler ble aku bce nota ringkas tu ==”

    Kiwi

    14/10/2011 at 12:22am

  12. yang pasal Iphone 4g tu.. mazhab mane ko ambik??? ada hukum baru lak …

    manusia biasa

    04/10/2011 at 3:59pm

  13. haha mula2 macam betul.. x sampai pertengahan dah jadi mengarut.. ending?toksah kate.. pikir la sendiri.. tapi x semua yg disiarkan ‘bangang’ kandungannya kalo hayati betul2 ada maksud mendalam

    muslim bin abdul rahman

    25/09/2011 at 1:33am

  14. yg upin ipin tu mcm betul je fact nyer.. terang2 la org Islam yg wat citer tu.. xkan la.. :(

    Ariffin

    06/06/2011 at 3:48am

  15. macam bengong jer benda nih

    couver

    31/03/2011 at 7:19pm

  16. [Re: iskandar]

    Sama-sama.

    DewaKebaikan

    17/03/2011 at 11:06am

  17. Terima Kasih .

    krn dlm blog kamu byk keterangan

    thanks again . .

    iskandar

    16/03/2011 at 1:19pm

  18. [Re: ag]

    [√] Like

    [Re: suhaimiramly]
    :D

    [Re: DingDong]

    welcome

    [Re: seifu]

    kekekeke. sekiranya anda cintakan saudara seislam, sila sebarkan. jika anda tidak menghiraukan saudara seislam, abaikan sahaja pesanan ini.

    [Re: laeni]

    utk menjadi pesakit mental, haruslah berfikir yang bukan-bukan kekeke

    [Re: hasnah]

    hehe belum lagi antarabangsa. baru sampai nigeria

    [Re: Hamka]

    saya akan cuba usulkan pada RTM utk gam rancangan ultraman.

    DewaKebaikan

    23/11/2010 at 7:32pm

  19. ultaman telah silangkan tangan (t) ketika fire raksaksa, ini mungkin ada kaitan dengan freemason n illuminati sebab di dada ultraman ada satu mata yang berkelip kelip apabila berada dibumi lebih dari 25 sec, kemudian simbol cahaya yang keluat dari “T” ultra tadi adalah simbol bulan sabit yang menunjukkan ugama islam digunakan sebagai bantuan menhancurkan raksasa..

    raksasa mati, dan ultraman terbang..

    maka kesianlah Majlis perbandaran jepun sebab kena mita budget baru dari kerajaan untuk kerja kerja mengalihkan bangkai raksasa..

    woha!

    Hamka

    03/11/2010 at 10:09am

  20. …mmg cam tader keja ehh….tapi …dok kutuk blog org .,…
    tapi giler lawak…antarabangsa nyer

    hasnah

    05/10/2010 at 9:48pm

  21. boleh korang pk sampai ker upin ini….lawak siottt

    laeni

    05/10/2010 at 7:11pm

  22. Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘Israel’. 4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

    seifu

    25/09/2010 at 6:37pm

  23. hahahahaha lawak sial..tq tq..

    DingDong

    16/09/2010 at 12:03am

  24. :)

    suhaimiramly

    11/09/2010 at 2:39pm

  25. ah-ah … i loikeee….. XD

    ag

    11/09/2010 at 11:02am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.