DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

Archive for the ‘General’ Category

[Rancangan Yahudi]

with 26 comments

Wakakakaka kajian ‘ilmiah’ yang dibuat oleh DewaKebaikan dua tahun lepas, kembali dihangatkan oleh teman-teman dari Indonesia. Kekekekekeke inilah yang dinamakan Kajian-Ilmiah-Bersumberkan-Tahi-Saya.

September 2010: Versi asal oleh DewaKebaikan dari Nepal Mental Health Clinic.

FWD: Fwd: Fwd: Jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin!!!!!!!!!!!!!!

Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “Aku suka Israel.”

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.
“U” bermaksud “USA”
“I” bermaksud “Israel”

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.

Oktober 2010: Versi Encik Ahmad Saiful dari Malaysia.

**SEBELUM TU SAYA AHMAD SAIFUL MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN…***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “Aku suka Israel.”

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.
“U” bermaksud “USA”
“I” bermaksud “Israel”

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘Israel’. 4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSIKAN
BERSAMA***

WASSALAM

Mei/Jun 2012: Versi dari Indonesia
• “Mamula Moon” tidak disebutkan kekekeke.
• Aku rasa sebaran ini dibuat di Twitter pada 22/5/2012 oleh Saudara risfandi_yahya.

Taukah anda?
Sebenarnya film kartun upin & ipin merupakan rancangan yahudi untuk menghancurkan islam setelah kartun doraemon, pokemon, digimon dll gagal menghancurkan anak2 muslim.
Perlu kalian ketahui jgan mengucapkan upin tapi uffin karena upin dlm bhasa amerika artinya AKU BENCI RASUL, dan ucapkan arifin jngan ipin karena ipin sendiri artinya AKU SUKA ISRAEL.
Dan huruf U pada baju upin maknanya USA.
Sedangkan huruf I pada baju ipin mknanya Israel..
Ulama telah membuktikan ..
Sebarkan ke teman2 yg laen ,
Demi Keselamatan agama Rasulullah saw dan ummat nya ..

Kahkahkah. Mari kita gelak berjemaah. Sesungguhnya barangsiapa gelak berjemaah akan mendapat ganjaran 25 kali ganda lebih banyak daripada gelak bersendirian. Sesetengah riwayat mengatakan 27 kali ganda. Sebarkan kepada teman-teman lain. Jika tidak sebarkan, anda dan teman anda akan mati digigit biawak komodo. Wassalamu.

Written by DewaKebaikan

12/06/2012 at 3:29pm

Posted in General

[Rancangan Realiti]

with one comment

Sajak saya pada hari ini bertajuk, “Ustazah Solehah, Pilihan Imam Muda Islam.”

Islam didakwahkan di Mekah
Disebarkan pula di Madinah
Dipertandingkan di Malaysia

Sekian, terima kasih.


DewaKebaikan: Sajak diinspirasikan oleh Dato’ Ismail Kamus, Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1433H.

[Generasi Y]

with 7 comments

Pertama kali aku dengar istilah “Generasi Y” adalah sekitar tahun 2008. Tetapi baru sekarang aku mengerti apakah yang dimaksudkan dengan Generasi Y.

Generasi Y adalah satu generasi yang melahirkan generasi baru, Generasi Tanpa “i” (GTi). Ini disebabkan oleh sentimen anti-Israel yang berleluasa di kalangan pelajar universiti ketika itu dan terbawa-bawa sehingga ke alam keibubapaan. Mereka adalah golongan yang benar-benar anti-Israel; sehingga mencapai tahap sanggup menggugurkan huruf “i” daripada set aksara bahasa Melayu.

Bagi mereka, set aksara yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu, bukan lagi berjumlah 26 abjad, tetapi hanya 25 abjad. Allahu Akbar!

Berikut ialah contoh nama-nama bayi GTi:

  • Abbi Abadi — Abby Abady
  • Daniel Iman Haikal — Danyel Eyman Hykal
  • Danish Aiman — Danysh Ayman
  • Effi Fifi Abadi Lestari — Effy Fyfy Abady Lestary
  • Emira Elia Elissa — Emyra Elya Elyssa
  • Fatimah — Fatymah
  • Hafiz — Hafyz
  • Haifa Wahabi — Hyfa Wehby
  • Ibrahim — Ebrahym
  • Ismail — Esmayl
  • Khadijah — Khadyjah
  • Mahir Zain — Mahyr Zyn
  • Said Muslim — Syd Muslym
  • Saifuddin — Syfuddyn
  • Saifullah — Syfullah
  • Sakinah Saliha Elina — Sakynah Salyha Elyna
  • Suri Shahira Suhaila — Sury Shahyra Suhyla
  • Zainal Abidin — Zynal Abydyn
  • Zarif — Zaryf
  • Ziana Zain — Zyna Zyn

Berikut ialah contoh nama-nama anak binatang GTi:

  • Anjing — Anjyng
  • Ikan — Eykan
  • Itik — Eytek
  • Kambing — Kambyng
  • Keldai — Kelday
  • Babi — Baby

Contoh nama-nama universiti/tempat:

  • Universiti Sains Malaysia — Unyversyty Sayns Malaysya
  • Pulau Pinang — Pulau Pynang


Entri lama (sumber inspirasi):

[Nama Anak]
Oleh DewaKebaikan | 21/04/2009 | dewa.kebaikan@gmail.com

Ramai expecting parents yang memikirkan apakah nama yang paling ‘cool’ dan ‘glamour’ untuk anak-anak mereka. Hari ini, saya akan hidangkan anda dengan senarai nama-nama yang tidak ‘cool’ dan sungguh ‘cool’.

Nama-nama yang tidak ‘cool’

Pearl Zaharah — Nama panggilan ialah Peza.
La Isla Nina Bonita — Nama panggilan ialah La Ni.
Maznah binti Daud — Nama panggilan ialah Mazda.
Fasha Shasha Laisha Tasha Sanda — Hampir sama dengan bunyi spenda.
Putera Danish Spanish — Bila pula kau berdarah Raja Sepanyol?
Diyana Daniyelle Danny — Habis cool-lah nama ini?
Cinta Strawberi Abadi — Nama panggilan ialah Straw.
Exora Ayu Natasha — Baru beli MPV Proton kah?
Eliya Elissa Laila Isabella — Plup (bunyi berak jatuh ke lubang jamban).
Qistina Emira Edora Iman — Bluwek (bunyi muntah).
Effy Fify Abadi Lestari — Ptuih (bunyi meludah).
Misbahunnur La Israel La Amerika — Mesti anak orang PPIM (Persatuan Pelampau Induk Mogadishu).
Puteri Tiara Daniel Ellezi — Nama panggilan ialah EZ. Nenek kau berdarah raja negeri mana?
Mohd Salem Munsyi Al-Hafiz As-Serabuti — Mohd ‘bermaksud’ anjing mulut besar. Kepala hotak kau.

Kenapalah suka sangat bubuh nama panjang-panjang, tetapi panggilannya macam harom. Berikut adalah cadangan saya untuk nama-nama bayi anda.

Nama-nama yang sungguh ‘cool’

Batman.
Mentol.
Mohd Sori.
Suparman.
Milo Anak Tali Pinggang.

Written by DewaKebaikan

24/06/2011 at 11:09am

Posted in General

[Kalau Rajin]

leave a comment »

Oleh DewaKebaikan | 31/05/2011 | dewa.kebaikan@gmail.com

Assalamualaikum,

Kalau saya rajin: Entri baru minggu depan.
Kalau saya rasa rajin: Entri baru bulan depan.
Kalau saya malas: Entri baru tahun depan.

Sekian, terima kasih.

Written by DewaKebaikan

14/06/2011 at 4:48pm

Posted in General

[Panadol ≠ Toxic]

leave a comment »

Oleh DewaKebaikan | 31/05/2011 | dewa.kebaikan@gmail.com

PPIM sebenarnya adalah Persatuan Pimp My Ass Malaysia.

Bukti kukuh:

EMEL PILIHAN- TRY 100 PLUS & WATER – NOT PANADOL
Oleh Persatuan Pimp My Ass Malaysia | JANUARY 10, 2011

TRY 100 PLUS & WATER – NOT PANADOL
Hi
If you need to pop a panadol, maybe try 100 plus + water and see whether it works.
DON’T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE especially if you have gastric problems
FYI… One real story from a friend….
My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctors quite well.

The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver.

According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She’s now in her early 30’s, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.

As said by the doctor that whenever we have a headache, that’s because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).

My husband and I have tried this on several occasions, and it seems to work well.
Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.

As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).

We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol.

If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??

Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.

Nasib baik masih ada rakyat Malaysia yang prihatin untuk menegur geng otak-otak bengap.

Pejabat Kesihatan Daerah Kinta berkata…
The safest drug is paracetamol or acetaminophen, unless kalau makan overdosage like 7-8 gm at one shot. Fungsi utama panadol adalah untuk antipyrexia (demam). Safe to use for 6 months of age and above. Without it, banyaklah budak-budak kena febrile fits atau sawan demam, sebab very high grade fever.

Makan panadol ikut dose tiada effect pada liver. Semua metabolite excreted via urine. Jangan pandai-pandai cakap ubat itu tidak elok. Tanya dulu qualified doctor and pharmacist.

Sekian, terima kasih.

“VALUE YOUR LIFE.”
“THINK B4 YOU EASILY POP THAT FAMILIAR FORWARDED EMAIL INTO YOUR BRAIN AGAIN.”
“SILA SEBARKAN KEPADA IKHWAH DAN AKHOWAT, SAMA ADA PAKAI CAWAT ATAU TIDAK PAKAI CAWAT.”

Yang menjalankan tugas copy & paste,

DewaKebaikan
dewakebaikan.wordpress.com
facebook.com/dewakebaikan
twitter.com/dewakebaikan


PS: Janganlah pula kita menelan Panadol 30 biji, sekali makan.

Written by DewaKebaikan

31/05/2011 at 1:06pm