DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[CAP vs PPIM]

[Addendum: 10 May 2009 @ 4:15PM UTC+8]

Mari kita bandingkan, siapakah yang lebih suci? Anda sekalian diminta supaya jangan mengukur dari luaran semata-mata. Bahkan ukurlah dari segi dalaman. Bagaimana caranya? X-ray hati mereka kekeke.

[Addendum]

Saya recycle daripada website lama saya.

[Bulu Terbang]
2 July 2006

Saya akan terangkan faedah ‘bulu dagu’ untuk mencapai kebahagian rumah tangga anda. Bagaimana caranya? Bulu ini digunakan untuk menggelikan dapur susu pasangan anda. Biasanya kaum hawa amat menyukai kegelian. Tuan-tuan boleh mencuba apabila balik ke rumah dan lihat hasilnya.

Pada zaman ini, ramai pak-pak bersih dan kemas suka memerli orang yang ada ‘bulu dagu’ (terutamanya yang panjang) dengan berkata, “Eh kau ni, potonglah sikit bulu dagu. Kemas-kemaskan dagu kau. Sudahlah tiada misai. Muka pun nampak macam kambing.”

Hehehe bagi sesiapa yang terasa offended, hentikanlah perasaan anda itu. Sesungguhnya, apa yang dia ‘nasihat’kan itu memang betul. Untuk menghilangkan perasaan itu, tariklah nafas sebanyak tujuh kali dan hembus semula lapan kali. Selepas itu, katakanlah:

“Betul kata kau, sesiapa yang tiada misai, tetapi ada ‘bulu dagu’ seperti kambing. Aku hendak menambah dua perkara lagi. Kau perlu salin supaya tidak lupa kemudian hari.

  • Orang yang ada misai, tetapi tiada janggut adalah seperti kucing.
  • Orang yang tiada janggut dan tiada misai adalah seperti babi. Hehehehehehehehehehehe.”

[Simpan Janggut]
17 September 2004

Pak Siak yang memiliki dagu licin memainkan watak sebagai Hamdan. Manakala, seorang pemuda yang berjanggut sebagai Karim.

Hamdan: Pakcik polik betullah tengok orang muda zaman sekarang.
Karim: Kenapa pakcik. Apa yang dihairankan?
Hamdan: Ramai yang menyimpan janggut.
Karim: Jadi, apa masalahnnya?
Hamdan: Mereka semua hanya meniru fesyen artis-artis sahaja.
Karim: Setahu saya pakciklah yang sebenarnya ‘simpan’ janggut. Saya ‘keluarkan’nya. Cuba tengok dagu pakcik. Sudah lama sangat pakcik simpan janggut dalam dagu pakcik. Kalau pakcik buka dan keluarkan, mesti panjangnya mengalahkan saya.
Hamdan & Karim: (Tersengih dan ketawa).


Credit: The Star, YaHIM
DK: Ini adalah entry separa afdal.😕

Back to Top

Written by DewaKebaikan

30/04/2009 at 6:17pm

Posted in General

Tagged with , ,

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: iznan]

    keh keh keh. bila masa ntah enta orang x-ray hati mereka😯

    DewaKebaikan

    09/05/2009 at 9:09am

  2. dr maamor osman..hehehe

    iznan

    09/05/2009 at 8:54am


Comments are closed.