DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Sekatan Langit]

with 2 comments

[Maxis: Siri Pertama] ← Sebuah siri yang diterjemah daripada bahasa Nepal.

Pada mulanya, saya membeli top up Maxis RM10 di sebuah restoran mamak.

Taip *111*<14 digit nombor reload># dan tekan send.
Kemudian, saya dapat reply “Nombor reload anda tidak sah.”

Saya balik semula ke restoran mamak tadi. Lalu, saya meminta kembali RM10 saya. Mamak pun berkata “Salah sayakah? Lu telefon Maxislah.”

Tidak mengapa. RM10 apalah sangat nilainya. Sesungguhnya, masa itu lebih penting. Lagipun banyak kerja lagi hendak dibuat. Saya pun makan roti canai sambil mencuba sekali lagi untuk solve problem kecil ini. Saya membeli top up Maxis bernilai RM20. Lepak di meja, order Nescafé dan taip nombor reload. Selepas tiga kali send, Maxis membuat sekatan untuk reload.

“Sila dail 11311 untuk melepaskan sekatan.”
“Tekan satu untuk telefon yang sedang digunakan.”
“Atau tekan dua untuk telefon lain.”

Dengan confident, saya tekan nombor satu. Robot perempuan dengan lemah lembut memberitahu sekatan telah dibuka. Saya sengih selama lapan minit. Zaman IT-lah katakan. Semuanya senang. Semuanya di hujung jari anda.

Minum lagi Nescafé dua tiga teguk. Saya masukkan lagi nombor top up.
Taip *111*<14 digit nombor reload># dan tekan send.
Sekali lagi, dengan penuh gaya, ayat “Nombor reload anda tidak sah” keluar di skrin telefon.

Telinga sebelah kiri tiba-tiba menjadi kebas. Mungkin darah dari otak dirembes sedikit ke rerambut halus di sekeliling cuping telinga. Tetapi semua itu tidak menjadi masalah. Hendak jadi Dewa Kambing Nafsu Amarah Tahap Rendah, tidak ada masa hendak melayan semua itu.

Kedai menjual top up tidak sampai pun sepuluh langkah dari meja. Mungkin kedai pertama memang menjual top up yang tidak sah. Manakala kedai yang agak cantik di sebelah restoran mamak pula menjual top up yang sah. Pasal kalau ada yang tidak sah, tentu ada yang sah. Macam juga ada yang tidak halal, maka Tuhan adakan yang halal sebagai pilihan. Kerja kita hanyalah membuat pilihan demi pilihan sampai mati ngeh ngeh ngeh.

Dengan berani, saya menyumbangkan lagi RM10 untuk reload Maxis. Bukan masalah besar sangat pun. Kalau habis duit tambang teksi ke PWTC, jalan kaki sahajalah. Tiada apa yang susah. Bisyir dahulu pun jalan kaki ayam ke Mekah.

Sekembalinya saya  ke meja makan, saya start key in nombor. Kali ini, saya ikut setiap step dengan penuh berhati-hati. Saya pastikan untuk tidak tersilap picit butang walaupun sekali. Bertenang sambil hirup Nescafé tarik sambil menambah nilai credit Maxis Hotlink. Memang cantik. Sebaik saja tekan butang send, peristiwa lama berulang kembali. Sekatan lagi dan lagi. Dail semula 11311 dan ikut balik step by step sampai mesin sudah tidak boleh tolong.

Terus call Maxis Customer Services 1-300-820-120. Memang perkhidmatan yang cekap. Kalau tadi suara perempuan robot cakap, kali ini manusia real. Sungguh best mengadu dengan manusia kerana adanya pertukaran emosi. Sekurang-kurangnya dapat berkongsi keserabutan duniawi ini.

“Begini cik, saya nak top up prepaid tetapi Maxis sekat,” saya mengadu.
“Nama encik?” beliau bertanya.
“Ibrahim bin Anon,” dengan pantas saya menjawab.
“Nombor telefon encik?”
“Kosong satu dua sembilan… lima”

Sebaik sahaja saya sebut nombor lima, line pun putus. Dail semula, robot perempuan tadi jawab, “Baki kredit anda tidak mencukupi.” Rasa seperti hendak menitik darah keluar ikut lubang hidung mendengarnya. Cantik sungguh keserabutan ini.

Hendak top up kena sekat.
Hendak buka sekatan, kena call customer service.
Hendak call customer service, credit pula habis.
Jadi kena top up dahulu.

Masalahnya tidak boleh hendak top up sebab dikenakan sekatan.
Hanya dengan membuka sekatan itu sahajalah baru boleh top up.
Cara hendak membuka sekatan itu senang sahaja.
Hanya call customer service, nanti dia bukakanlah sekatan itu.
Cuma hendak call customer service, perlulah ada kredit yang mencukupi.
Kecil sangat masalahnya. Top up bukan mahal sangat, RM10 sahaja.

Cuma masalahnya ialah ada sekatan untuk kita top up.
Tetapi tidak susah mana pun. Call sahaja customer service.
Nanti apabila sudah beritahu, dia akan bukakanlah sekatan itu.
Kita hanya perlu top up RM10 supaya ada kredit.
Kemudian kita boleh call supaya sekatan untuk reload itu dibuka.

Senang bukan?


Credit: Ketua Sidang, Kampung Belulang, Nepal Darul Ridzuan.
DK: Maxis Hotlink sungguh pantat merah.😳

Back to Top

Written by DewaKebaikan

06/05/2009 at 9:49pm

Posted in General

Tagged with , , , ,

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: sani]

    sekarang, mari kita jemput pemantun yang pertama, iaitu encik lim tat tayar untuk menjual pantun kepada pemantun pasukan lawan iaitu cik rosemarry. eh silap, encik karam singh walia.

    sila sila…

    DewaKebaikan

    07/05/2009 at 5:41pm

  2. nampaknya ‘wartawan-hebat-pantun-tapi-bukan-melayu’ perlu dijemput untuk menyiarkan berita pengvacuuman wang pengguna oleh syrkt2 gergasi milik bukan kerajaan.

    kerana dengan penyiaran terbuka oleh tibi tiga milik media perima berehad, maka masalah ini akan diambil perhatian ‘sirius gila ah’ oleh mereka2 yg berkenaan termasuklah para ‘khatib-slalu-bg-ceramah-kat-podium-xkesahla-parti-mana’

    sekian dahulu

    sani

    07/05/2009 at 4:54pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s