DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Masjid Negara]

with 18 comments

[Addendum: 19 May 2009 @ 11:55PM UTC+8]

[Mode: Dewa Pentafsir Seni]

Pagi tadi aku bersembahyang subuh secara berjemaah di Masjid Negara, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur (Tel: 03-2693 7784, Fax: 03-2691 3696). Selepas upacara sembahyang, ada kuliah subuh. Ketika khusyuk mendengar kuliah, kantuk merasuk tubuhku. Seusai letihku hilang, aku terjaga.

Di hadapanku, ada suatu sinaran cahaya seolah-olah ditujukan kepadaku. Tiada siapa di situ, kecuali aku. Aku sungguh yakin bahawa itu adalah sinaran pencahayaan agung yang aku cari selama ini. Kefahaman agamaku bertambah walau sebenarnya aku tertidur ketika ustaz berceramah.

Lalu, aku memandang karpet masjid. Indahnya kesenian Islam. Bintang segi lapan. Kesenian yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Polygon {8/2}

Polygon {8/2}

Tiba-tiba, aku berasa pelik. Hatiku terus berasa sedikit gusar.


Seperti ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik lambang segi lapan itu. Aku mengkaji dengan lebih mendalam, dalam, dalam, dalam, dalam dan dalam.

Oh, rupa-rupanya di celah-celah segi lapan itu adalah Occitan cross. Suatu lambang yang berkait rapat dengan Kristian. Astaghfirullah.

Occitan cross

Occitan cross

[Mode: Off]

Kekeke imaginasi yang sungguh gila. Aku rasa hendak lempang semua dewa pentafsir seni. Sekiranya aku adalah Dr Pan Teck Lu (Presiden Persatuan Pskiatri Nepal), aku akan mendiagnosis penyakit kau sebagai schizophrenia.

Tetapi, kalau kau bijak seperti John Nash, tidak mengapalah. Aku tidak akan melempang kau. Atau, sekurang-kurangnya kau adalah bijak seperti aku.😛 Oleh itu, marilah kita ber-usrah sedikit tentang perkara ini.

Agama Islam tidak memiliki lambang yang khusus. ‘Simbol’ agama Islam adalah kita. Kita wajib menjadi ‘simbol’ agama yang sempurna. Kekeke tiba-tiba aku bersemangat hendak berceramah. Okay, noktah.

Simbol segi lapan yang kau katakan sebagai ‘kesenian Islam,’ sebenarnya tidaklah ‘Islam’ sangat. Bak kata PPIM (Persatuan Pelampau Induk Mogadishu), simbol yang tidak dijamin ‘halal.’ Segi lapan tersebut adalah Star of Lakshmi.

Bintang Lakshmi

Bintang Lakshmi

Bintang ini menjadi simbol kepada salah satu konsep ketuhanan dalam Hindu iaitu Lakshmi yang membawa maksud Tuhan Kekayaan. Astaghfirullah.

Sekian sahaja kelas Introduction to Visual Arts pada hari ini. Assalamualaikum. Bye bye.

[Addendum]

Bintang enam Israel?

Bintang enam Israel?

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? Lambang negara Israel.

“Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.”

“Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada.”

“Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.”

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

“Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel,” kata saya.
Ustaz Amin.


DK: Astaghfirullah.😯

Back to Top

Written by DewaKebaikan

18/05/2009 at 12:42pm

18 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: suhaimiramly]

    kudapan kot kekeke.

    DewaKebaikan

    26/05/2009 at 2:15pm

  2. lunch ke dinner?

    suhaimiramly

    26/05/2009 at 12:34pm

  3. bila makan?

    suhaimiramly

    26/05/2009 at 12:28pm

  4. [Re: hariz,H]

    Allah maujud bila makan (Allah wujud tiada bertempat). Allah tidak ada di F&N, tayar, kasut nike, kasut puma, pokok2, tembikai, ikan keli dan lain2.

    Allah ada di mana2, tapi kita tak tau di mana. kita hanya berdoa apa hajat kita, insya-Allah akan dimakbulkan oleh-Nya.

    (ewah, bersyarah pula saya)

    DewaKebaikan

    26/05/2009 at 11:45am

  5. mcm mana pula dengan orang nampak lambang F&N ada allah? ini malas nak layan sangat, juz nak tau pandangan sajor

    hariz,H

    26/05/2009 at 1:23am

  6. [Re: saifuddin]

    masalahnya, tiada masalah di situ. itu yg menjadi punca pertikaian antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. mungkin Nike boleh dijadikan bahan entry yg akan datang🙂

    DewaKebaikan

    25/05/2009 at 5:19pm

  7. Apa pendapat DewaKebaikan tentang lambang Nike pula? Sila klik link pada nama saya. Menurut pembacaan saya, lambang bulan dan bintang yang diadaptasi sebagai lambang Islam sebenarnya juga adalah lambang goddesses of Greek, Athena ke siapa entah tak ingat. Jadi apa masalahnya dengan lambang Nike?

    saifuddin

    24/05/2009 at 2:28pm

  8. [Re: Leman]

    betul tu

    DewaKebaikan

    21/05/2009 at 7:24pm

  9. Kekekeke …. sah sah takkan dapat cop halal ….

    Leman

    21/05/2009 at 11:04am

  10. [Re: rafie]

    subhanallah O:-)

    DewaKebaikan

    20/05/2009 at 7:09pm

  11. saya terasa insof selepas membaca artikel ini

    rafie

    20/05/2009 at 4:22pm

  12. [Re: suhaimiramly]

    mungkin Dr Pan Teck Lu akan diagnos sebagai delusions dan thought disorder.

    [Re: Seifu]

    kekeke abis la ente… kene buat petition suh kolej islam kampung jawa ubah design baju tu. jejaka itu sudah pasti, seorang yg menggunakan deodorant dashing hahaha

    DewaKebaikan

    19/05/2009 at 9:17am

  13. oh baru aku tau bintang lapan tu simbol hindu rupanya…ko ingat tak baju batik skolah kita dulu pon ada lambang bintang lakshmi tu gak…ish ish…nama je skolah islam kampung jawa…kehkeh

    p/s: ko ingat tak sapa jejaka yg design baju tu? hahahahaha

    Seifu

    19/05/2009 at 12:00am

  14. kalau orang yang baca logo Coca Cola pastu nampak tulisan khat, apa diagnosis dr PanTeck Lu?

    suhaimiramly

    18/05/2009 at 10:25pm

  15. [Re: suhaimiramly]

    info yg berguna drp ustaz amin. ente2 di luar sana, sila baca ya.

    [Re: nurmahani]

    saya nak lempang sampai hilang telinga sebelah kanan dia.

    [Re: iznan]

    kekeke tu pasal. kalah la ayah pin camni.

    DewaKebaikan

    18/05/2009 at 7:33pm

  16. renung karpet dapat pencahayaan…..perghh….belum renung langit lagik….lagik banyak cahaya…wakaka

    iznan

    18/05/2009 at 4:08pm

  17. Terasa nak lempang juga. Lempang sampai pitam.

    nurmahani

    18/05/2009 at 1:42pm

  18. kekekeke…

    Sila baca rahsia Star of David pula:
    http://www.ustazamin.com/2009/05/universiti-kehidupan-63-rahsia-bintang.html

    suhaimiramly

    18/05/2009 at 1:21pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s