DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Halal Toothpaste]

with 27 comments

[Revised: 9 June 2009 — Part 11,12, 13]
Dapatkan banner untuk entry ini.

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8 | Part 9 | Part 10 | Part 11 | Part 12 | Part 13
Next: Part 14 | Part 15 | Part 16

Email Pilihan — The Dark Side of Ubat Gigi Mokmen.
Khas Untuk Rakyat Malaysia!!!

[Part 1]

“MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM” ← Salah eja fardu. Bangang!
Begitulah slogan yang diwar-warkan oleh Ubat Gigi Mokmen Sdn Bhd.

Aku tidak pernah dengar exact words “Mencari yang Halal itu Fardhu Bagi Umat Islam” di dalam kitab Fatwa Alamgiri (don’t bother to enlighten me). Namun yang pasti, hukum “Mencari Ubat Gigi Mokmen itu SUNGGUH TIDAK FARDU” adalah berstatus sahih di sisi Persatuan Uhlama Negeri Dewa Kebaikan (PUNDeK).

Persoalan di sini ialah mengapa ‘mencari’ sekiranya benda yang kita kehendaki tidak disorok dan mudah didapati? Aquafresh (my favorite), Colgate, Darlie, Sensodyne, Crest, Fresh & White, Ultra Brite dan Pepsodent adalah berstatus halal dan boleh diperolehi di mana-mana pasaraya, kedai runcit dan pasar malam. Produk-produk tersebut telah mendapat ‘Sijil’ Pengiktirafan Halal PUNDeK seperti di bawah.

Sijil Halal PUNDeK

Sijil Halal PUNDeK

Oh, sebenarnya ada sedikit ‘typo’ di dalam sijil tersebut:

  • HARAM sepatutnya ditulis sebagai HALAL.
  • BABI sepatutnya ditulis DAB (biawak padang pasir).

Back to Top

[Part 2]

Okay, kita kembali semula kepada tajuk asal. Mari kita membuat kajian tentang Ubat Gigi Mokmen.

Sekadar gambar hiasan.

Sekadar gambar hiasan.

Ada dua puluh (20) dua puluh dua (22) perkataan “HALAL” di kotak dan tiub ubat gigi. Walhal, kita memerlukan hanya satu logo/perkataan “HALAL.” Eloklah sekiranya kita dapat membuat perkiraan sedikit.

1 perkataan HALAL = 100/100 = 100% HALAL.
20 perkataan HALAL = 2,000/100 = 2,000% HALAL.
22 perkataan HALAL = 2,200/100 = 2,200% HALAL.
What the fuck (WTF)?

Alang-alang antum orang letak 20 22 “HALAL,” ana orang cadangkan antum orang print “HALAL” dengan tulisan Braille. Senanglah nanti orang buta hendak mengetahui produk Moslem yang halal. Bukankah itu satu cadangan yang baik?

Back to Top

[Part 3]

Sekarang, kita perhatikan pula maklumat pengilangan produk Ubat Gigi Mokmen. Di manakah kilangnya? China? Thailand? Arab Saudi? Nepal? India? Hmm, mungkin di atas langit. Tiada langsung maklumat tentang pengilangan. Hanya ada maklumat “Dikeluarkan dengan formulasi khas untuk.”

Kita bandingkan dengan jenama ubat gigi yang lain:

  • COLGATE — Manufactured by: COLGATE-PALMOLIVE (THAILAND) LIMITED, 700/362 Bangna-Trad km. 57, Amphur Muang, Chonburi 20000, Thailand.
  • DARLIE — Manufactured by: Hawley & Hazel Chemical Co. (ZS) Ltd. China.
  • SENSODYNE — Manufactured by: GlaxoSmithKline Australia Pty. Ltd.
  • FRESH & WHITE — Manufactured by: Southern Lion Sdn Bhd, 3, Jalan Firma 2, Tebrau Industrial Estate, 81100 Johor Bahru, Johor.

Tidak mengapa. Janganlah kita berputus asa. Kita ziarah pula website mereka. Usaha ziarah ini memerlukan kesabaran. Kita memerlukan lima langkah untuk sampai ke tujuan kita iaitu mendapatkan maklumat.

1. http://www.halaltoothpasta.com.my ← [B. Melayu/English]
2. http://www.halaltoothpasta.com.my/enmain/index.html ← [See Our Products/Go to Homepage]
3. http://www.halaltoothpasta.com.my/eng/index.php ← Ingatkan sudah selesai segala bullshit, namun…
4. [Pop-up] “Mokmen Sentiasa Di Hati – Untuk Keterangan Lanjut…” ← [X]
5. [Pop-up] “Tutup Paparan?” ← [OK]
What the hell (WTH)?

Hmm, tiada juga maklumat tersebut. Tidak mengapa. Kita email mereka.

From: Dewa Soleh ‹dewakebaikan @ gmail.com›
To: info@halaltoothpasta.com.my
Date: Tue, May 19, 2009 at 11:36 PM
Subject: Manufactured by?

Assalamualaikum,

Apakah syarikat/kilang yang memproses Ubat Gigi Mokmen (Manufactured by)? Saya cuba mencari maklumat tentangnya di kotak Ubat Gigi Mokmen. Namun, saya hanya menjumpai “Dikeluarkan dengan formulasi khas untuk.”

Diharapkan saya akan dapat jawapan yang tepat daripada pihak tuan.

Sekian, jazakumullahu khairan kathira.


Dewa Soleh
dewakebaikan.wordpress.com

Seminit kemudian, saya mendapat ‘reply’ daripada Ubat Gigi Mokmen. Sungguh pantas.

From: Mail Delivery System ‹MAILER-DAEMON@smart-server.net›
To: dewakebaikan @ gmail.com
Date: Tue, May 19, 2009 at 11:37 PM
Subject: Undelivered Mail Returned to Sender

This is the mail system at host gw2.smart-server.net.

I’m sorry to have to inform you that your message could not
be delivered to one or more recipients. It’s attached below.

For further assistance, please send mail to postmaster.

If you do so, please include this problem report. You can
delete your own text from the attached returned message.


The mail system

Sungguh mengecewakan. Tidak mengapa. Kita isi pula contact form di http://www.halaltoothpasta.com.my/eng/contact.php (Date: Tue, May 19, 2009)

Nama: Dewa Soleh
Telefon No: -
Email Anda : dewakebaikan @ gmail.com
Maklumbalas Anda :
‹seperti kandungan email di atas› [Hantar]

Hari 1, hari 2, …, hari 30, …, hari 40. Akhirnya, usaha saya boleh diibaratkan:

Pisang ditanam tak berjantung,
Jantung pula memakan pagar;
Jawapan diharap tak berkunjung,
Pergi Rawsha menghisap cigar.

Eh, kenapa aku rasa pantun di atas tidak kelakar? Ah, suka hati akulah! (Ewah, saya marah pula. Saya kan orang yang beriman, lebih afdal untuk saya bersabar).


Kuiz: Cuba bilang berapakah perkataan “Halal” dalam website Ubat Gigi Mokmen?

Back to Top

[Part 4]

Aku mengambil keputusan untuk pergi ke TESCO. Aku ingin membuat kajian dengan lebih mendalam di situ. Alhamdulillah, usahaku membuahkan hasil. Aku mendapati Ubat Gigi Mokmen dan Ubat Gigi TESCO dikilangkan oleh syarikat yang sama. Tetapi TESCO sungguh berhati mulia. Ubat Gigi TESCO mempunyai maklumat yang lengkap sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang Nepal.

Manufactured by:
American Lion Toothpaste Mfg Sdn. Bhd. (Company No: 321149 T)
Lot 4, Gate A, Jalan Teknologi 3/6
Taman Sains Selangor 1, Seksyen 3
Kota Damansara, Petaling Jaya
47810 Selangor.

Kemudian, aku kembali semula ke Baiti Jannati. Aku terus melayari internet dan membuka laman sesawang halaltoothpasta.com.my. Aku ‘menggali’ sedalam yang boleh agar aku jumpa sesuatu yang mungkin akan menerangi kulit mukaku yang sudah terbakar oleh matahari.

Jeng jeng jeng… halaltoothpasta.com.my/bm/sejarahpenubuhan.php mempunyai maklumat yang aku kehendaki selama ini. ‘Terima kasih’ diucapkan kepada Ubat Gigi Mokmen Sdn Bhd kerana membuat laman sesawang yang sungguh ‘bersawang,’ ‘bersepah,’ dan ‘barua.’

Back to Top

[Part 5]

Apakah niat sebenar Ubat Gigi Mokmen Sdn Bhd? Niat mereka terbahagi kepada dua bahagian:

Visi:
Untuk menjadi peneraju utama industri ubat gigi Halal di Malaysia serta di serata dunia.

» Ya, syarikat antum orang berjaya menjadi pengeluar terbesar produk ubat gigi dengan jaminan 2,000% 2,200% HALAL. Colgate, Darlie, etc semuanya ‘kalah’ dengan persaingan barua antum orang.

Misi:
Untuk menjadi pengeluar utama & terbesar bagi produk ubat gigi Halal di dunia dengan produk kami yang terbaik.

» Untuk mencapai misi ini, antum orang perlu mempelbagaikan produk. Saya cadangkan antum orang hasilkan Kondom Mokmen Halal. Kemudian, boleh bina website halalcondom.com.my. Insya-Allah pengguna-pengguna yang bijak akan “Ingat Halal, Ingat Kondom Mokmen Halal.”

Soalan:
“Apa kaitan dengan Ubat Gigi Mokmen Halal?” tanya Mohd Zakr Naik di dalam hati.

» Begini caranya. Setiap pembelian kotak besar Kondom Mokmen Halal (12 helai kondom), hadiahkan pembeli dengan satu Ubat Gigi Mokmen Halal. Insya-Allah strategi ini akan berhasil dengan jayanya. Rasionalnya ialah setiap pasangan yang ingin melakukan hubungan kelamin, perlukan nafas yang segar dan tidak busuk. Jadi, mereka perlu menggosok gigi terlebih dahulu. Kemudian mereka boleh berjimak dalam keadaan yang sungguh halal (2,000% 2,200% HALAL), romantis dan menyegarkan.

Back to Top

[Part 6]

Sungguh banyak maklumat yang tidak dilabelkan di kotak/tiub Ubat Gigi Mokmen. Antaranya ialah drug facts dan cara penggunaan.

Cara guna ubat gigi wajib dilabel

JITRA 8 Jan. – Kementerian Kesihatan mengarahkan 14 pengeluar ubat gigi di negara ini supaya melabelkan cara penggunaan yang betul pada kotak dan tiub ubat gigi sebagai panduan terutama kepada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.

Menterinya, Datuk Chua Jui Meng berkata, pengeluar yang didapati gagal mematuhi arahan tersebut akan didakwa di mahkamah di bawah Akta Kawalan Dadah 1984 dan boleh didenda maksimum RM1,000.

”Akta itu sedang digubal semula bagi membolehkan pesalah dikenakan hukuman yang lebih berat memandangkan jumlah denda yang dikenakan terlalu kecil.

”Arahan tersebut dikeluarkan selepas satu perjumpaan bersama kesemua pengeluar ubat gigi terbabit di Kementerian Kesihatan, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Tabung Pendidikan Chew Kee Lin di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Lam Min di Kerpan, dekat sini malam tadi.

Pada 21 Disember lalu, Pusat Racun Negara menggesa Persatuan Pergigian Malaysia (PPM) melabelkan cara penggunaan ubat gigi yang selamat di atas kotak dan tiub ubat gigi kerana penggunaan fluorida yang berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.

Pengarahnya, Prof. Dzulkifli Abdul Razak berkata, penyelidikan mendapati kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah cenderung menelan ubat gigi berfluorida ketika memberus gigi.

Kata beliau, fluorida tersebut akan terkumpul di dalam badan mengakibatkan keracunan dalam badan seperti muntah-muntah, bibir bengkak, serangan penyakit buah pinggang dan jantung serta kencing manis.

Chua berkata, pihaknya mengesahkan bahawa kesemua ubat gigi berfluorida yang berada di pasaran adalah selamat digunakan termasuk kepada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kesan-kesan buruk terhadap kesihatan yang berpunca daripada penggunaan fluorida.

”Hasil kajian menunjukkan kesan-kesan sampingan akibat daripada penggunaan fluorida secara berlebihan adalah sangat kecil dan tidak membimbangkan.

”Bagaimanapun, bagi kanak-kanak di bawah umur tiga tahun dinasihatkan supaya tidak menggunakan ubat gigi berfluorida kerana dikhuatiri mereka akan menelan ubat gigi itu ketika memberus gigi,” katanya.

Sehubungan itu, Chua menasihatkan ibu bapa supaya menggunakan ubat gigi yang tidak berfluorida kepada anak-anak mereka yang berumur tiga tahun ke bawah dan memberi tunjuk ajar kepada mereka cara memberus gigi yang betul.
Utusan Malaysia (9 Januari 1998)

Back to Top

[Part 7]

[Saya dapat idea daripada pengomen. JaY Zee KaY kepada antum sekalian kekeke]

“Terlihat Colgate Teringat Babi” adalah propaganda paling sial oleh si polan (saya tidak mengetahui siapakah yang menyebarkan perkara itu).

Saya sangkakan Ubat Gigi Mokmen Sdn Bhd mengilangkan sendiri produk mereka di belakang rumah Dr Maamol Osman. Rupa-rupanya dikilangkan oleh kilang kafiroon — Kilang “Singa Amerika.”

Nampaknya PPIM (Persatuan Pelampau Induk Mogadishu) TIDAK boikot Amerika 100%. Mereka hipokrit dan sungguh barua. Benarlah kata-kata Salim Firdausi Al-Habshee dalam sajaknya:

Bila poket sudah tebal
Otak makin bebal
Iman sudah tidak kebal
Pak Maamol pun jual sambal

Sambalnya basi
Pak Maamol jual nasi
Nasinya laris
Pak Maamol jual keris

Kerisnya patah
Pak Maamol jual getah
Getahnya putus
Pak Maamol jual berus

Berus giginya hilang
Pak Maamol jual ubat gigi
Ubat gigi tiada fluorida
Pak Maamol jual… (sambung sendiri).

Back to Top

[Part 8]

Kalau engkau takut hendak menggunakan fluorida, tidak perlulah membeli Ubat Gigi Mokmen. Sesungguhnya harga Ubat Gigi Mokmen amat mahal. RM2.90 untuk 75 gram. Lebih afdal sekiranya RM2.90 itu digunakan untuk membeli enam batang miswak, harganya cuma RM0.50 setiap batang.

Kalau kau hendak menambah khasiat lagi, miswak itu bolehlah direndam di dalam minyak biawak dab yang asli lagi halal. Minyak tersebut dapat menguatkan gigi dan gusi selain daripada kegunaan untuk “mengeraskan yang lembik dan memanjangkan yang pendek.”

Minyak dhob dicampur dengan darah kambing gurun.

Minyak biawak dab dicampur dengan darah kambing gurun.

Sungguh lazat bukan?


Credit: Abd Rahman Taib.

Back to Top

[Part 9]

Keburukan lain jika membeli Ubat Gigi Mokmen, kau akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Bukankah tiub ubat gigi diperbuat daripada plastik? Bukankah plastik mengambil masa 1,000 tahun untuk mereput ke dalam tanah?

Squeeze tubes consisting of three elements:

  1. a conical shoulder with threaded neck manufactured from high density polyethylene,
  2. a barrier material of polyester (PBT) or polyester (PET) below and inside the conical shoulder, and
  3. a cylindrical laminated tube barrel.

The laminated tube barrel is manufactured from 5-ply laminated webstock consisting of:

  1. Outer layer: Low density polyethylene
  2. Outer layer: Ethylene acrylic acid copolymer
  3. Outer layer: Aluminium foil
  4. Outer layer: EAA copolymer
  5. Inner layer: Linear medium density polyethylene
    • Medium density polyethylene
    • EMA/EvOH barrier
    • Medium density polyethylene.

Kalau miswak, sehari selepas kau campakkan ke tanah, miswak itu akan dimakan oleh biawak. Ini berlaku disebabkan kebusukan mulut terlampau yang telah di-transfer-kan ke miswak.

Macamlah tiub ubat gigi jenama lain bukan daripada plastik kah kah kah. Ah, lantaklah. Ini adalah ruangan mengutuk Ubat Gigi Mokmen. Eh, saya silap. Sebenarnya saya bukan mengutuk, tetapi menasihati.


Credit: Colgate Professional.
Kuiz: Menurut Resin identification code, dalam kategori nombor berapakah tiub ubat gigi tersenarai?

Back to Top

[Part 10]

Dahulu, taktik kotor PPIM hanyalah satu iaitu dengan mengeksploitasi perkataan “halal.” Tetapi kini, mereka sudah ketandusan idea keh keh keh. Hampir kesemua jenama ubat gigi sudah memiliki cap HALAL daripada JAKIM.

Taktik barua terbaru mereka ialah pengeksploitasian ‘keracunan’ fluorida. Mari kita sama-sama melawati http://www.moslemconsumer.org.my/fluorida. PPIM memberi penerangan tentang fluorida yang amat misleading (menyesatkan):

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai “ubat baru yang tidak diluluskan” kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai “ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan” disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

Saya yakin, sekiranya rejim Dr Maamol dan konco-konconya menziarahi website DewaKebaikan, mereka akan menjawab “Oh, kami merujuk kepada laporan CAP, sebuah badan kepenggunaan yang masykur.”

Jawaban: Ya, CAP sungguh masykur lagi teamkaya. Tetapi, PPIM tidak sama sekali masykur kerana tidak berpengalaman dalam mengendalikan forex trading untuk Dinar Iraq mahupun menguruskan Team Kaya.

Serius, aku rasa PPIM (Persekutuan Purba Indera Majapahit) buta sejarah. Wahai orang PPIM, sekarang ini sudah tahun 2009, bukannya 1914 atau 1937!

Mungkinkah rejim PPIM hanya duduk di dalam gua batu kapur dan tidak pernah mendengar berita-berita ini?

Fluoride: Nature’s Cavity Fighter in the News

Cavities used to be a fact of life. But over the past few decades, tooth decay has been reduced dramatically.

The key reason: fluoride.

Fluoride is a mineral that occurs naturally in all water sources, including the oceans, in lakes and in underground water sources. Extensive research has shown that optimal levels of fluoride not only reduce cavities in children and adults, it also helps repair the early stages of tooth decay even before the decay is visible.
American Dental Association.

Toothpaste a Hazard? Just Ask the F.D.A.

”Warning: Keep out of the reach of children under 6 years of age. If you accidentally swallow more than used for brushing, seek professional assistance or contact a Poison Control Center immediately.”

”It’s a little scary,” Mr. Vanegas added. ”This sounds like you should get an ambulance over immediately.”

No ambulances will be necessary. The F.D.A. ordained the advisory not because some new study suggested more serious side effects, but because it believes that any product that contains a substance classified as a drug should be labeled with a recommendation to seek professional help in cases of excess ingestion.
NY Times.

More facts:

  1. FDA — Drug Approvals ← Google Cached.
  2. FDA Approves First Toothpaste For Gum Disease ← Google Cached.


Typo: masykur — masyhur.

Back to Top

[Part 11]

Ya, marilah kita sama-sama memboikot kekejaman tentera Israel. Namun, janganlah enta orang mencari ‘lubang’ pasaran dengan cara yang Dewa Soleh tidak redho (ejaan sebenar — reda).

Boikot Tiga Jenama

Boikot Tiga Jenama.

Ewah, ada satu ‘nasihat’ ditaip dengan tulisan berwarna merah:

Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.

Aku yakin, sebenarnya Persatuan Pelampau Induk Mogadishu (PPIM) ingin ‘menasihatkan’ agar rakyat Malaysia memboikot Colgate dan memberikan keuntungan kepada Ubat Gigi Mokmen Sdn Bhd yang kononnya mesra pengguna, bermoral dan beretika.

Aku hantar email empat puluh hari yang lepas, untuk mendapatkan maklumat, sehingga sekarang tidak berbalas. Adakah itu dikatakan mesra pengguna? Bal hum adhol. Eh silap, bal hum ______ (sila translate “menyusahkan” ke bahasa Arab).

Tetapi, untuk mengaburi mata pengguna, PPIM telah meletakkan sekali Coca-Cola dan Starbucks dalam kempennya, “Boikot Tiga Jenama.”

Kesimpulannya, PPIM memiliki tujuan ‘sampingan’ yang utama iaitu menjatuhkan Colgate dengan cara paling barua dan menaikkan jenama Ubat Gigi Mokmen yang tidak berfluorida.

Timbul satu persoalan. Bagaimana kita hendak mencegah oral cavity tanpa fluorida? Mungkin ini jawapan PPIM:

Kita hendaklah menafikan kekuasaan fluorida dalam mencegah oral cavity dan hendaklah kita mengisbatkan Allah taala sahaja yang Maha Berkuasa dalam mengubati segala penyakit termasuklah oral cavity.

Jawaban: Ya, betul. Apa kata kalau enta orang menafikan pula kekuasaan Ubat Gigi Mokmen dalam mencegah oral cavity. Gunakan sahaja arang dan garam untuk menghilangkan kotoran di celah-celah gigi.

Back to Top

[Part 12]

Okay, kita berhenti sebentar. Aku sudah lapar. Part 13 sehingga 16 akan disambung selepas ini (mungkin bulan depan kekeke). Aku hendak menikmati makanan Islam yang lazat:

Restoran Vargina.

Restoran Vargina.

Restoran Vargina (001235587-D)
43A-16, Ground Floor
Jln 3/48a Sentul Perdana
51000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4045 4640.

Sumber: yellowpages.com.my

[Part 13]

Seorang pengguna Moslem bernama Husin Lempoyang telah mengutarakan kemusykilannya di forum PPIM http://www.moslemconsumer.org.my/ppim/forum.php. Apa yang beliau dapat? Jawapan yang gelabah daripada PPIM (Pee Pee Ay Em).

Husin Lempoyang bertanya:

Assalamualaikum w.b.t.,
Adakah pihak pengurusan PPIM sedar bahawa ubat gigi Mokmen dikeluarkan oleh American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat bukan Islam?

buktinya : http://www.halaltoothpasta.com.my/images/halalcert.jpg

sila rujuk laman web JAIS untuk pengesahan : http://www.jais.net.my/listhalal/listhalal_jan2020.htm

Harap dapat jelaskan isu ini. Terima kasih.

Pee Pee Ay Em menjawab:

SAUDARA HUSIN LEMPOYANG DAN PEMBACA-PEMBACA LAIN SEKALIAN!!!

1. Salah satu kesalahan orang kita adalah sifat yang amat mudah menuduh tanpa memeriksa dengan sepenuhnya. Disebabkan keadaan itu, Kesultanan Melayu yang suatu masa gemilang hancur, di tangan para penjajah dengan bantuan orang-orang yang mempunayi perasaan khianat dan dengki serta tidak bijak atau mereka yang telah “dibeli”.

2. Seharus penulis memberikan sekalung tahniah dan berterima kasih kerana dengan usaha PPIM kini buat pertama kalinya sebuah syarikat ubat gigi yang dikuasai oleh orang Islam/Bumiputra akhirnya wujud. Seharusnya kami di PPIM tak perlu melayan orang yang tidak matang dalam ruangan forum ini tetapi bagi maklumat yang lain-lain yang mungkin telah terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan penulis yang kurang matang ini, di sini kami ceritakan apa sebenarnya berlaku kepada para ahli lain bagi membolehkan mereka memberikan sokongan yang lebih padu kepada syarikat ini di masa akan datang dan tolong berkempen untuk syarikat ini..

3. Kira-kira 3 tahun lalu, lanjutan aduan yang diterima, PPIM telah telah menyiasat kilang American Lion.. Didapati kilang mempunyai mempunyai kelengkapan yang cukup baik, bersih dan mempunyai sijil halal yang sah oleh JAKIM. Antara jenama yang dikeluarkan adalah Mokmen.

4. Lazimnya tiada apa yang dapat dibuat oleh sesiapa apabila kilang mempunyai sijil halal, kelulusan Kementerian Kesihatan dan nama jenama yang dibenarkan. Orang Islam hanya boleh tengok kalau kita tidak bijaksana. Namun demikian di atas pandangan jauh, ( juga kerana sayangkan nama Mokmen) kami telah “menasihatkan” syarikat ini supaya tidak menggunakan nama Islam, sebagaimana Pau Ahmad, restoran Melor, Safi, Mee Azam dan banyak lagi jenama tidak terkira yang menggunakan nama Islam (dan orang Islam hanya dapat tengok semata-samata) KECUALI MEMPUNYAI PEMILIK SAHAM BUMIPUTRA/ISLAM). Untuk makluman kita semua terutama penulis, kewujudan syarikat yang menggunakan nama Islam seperti ini memang banyak di Malaysia dan Kerajaan sendiripun tidak dapat berbuat apa-apa. Mungkin penulis boleh lakukan sesuatu, kita suka berkongsi.

5. Atas desakan dan pujukan dan menggunakan berbagai kebijaksanaan, Alhamdulillah, di peringkat pertama kami telah menasihatkan pemilik syarikat untuk melantik beberapa panel syariah, pemantau dan juga yang beragama Islam yang meneruskan kerja pemantauan yang dijalankan oleh JAKIM. Mereka dibayar elaun dan ini menambahkan peluang pekerjaan kepada orang Islam. Peluang seperti ini tidak berlaku di kebanyakan syarikat setelah sijil halal diperolehi bagi produk mereka. Sebelum penglibatan kami, kilang ini tidak menggunakan nasihat kakitangan/ panel syariah Islam dan juga tiada membuat sebarang sumbangan pendapatan kepada masyarakat Islam.

6. Cadangan kami diterima secara positif oleh pemilik syarikat ini.

7. Di masa yang sama, di peringkat kedua, setelah berbincang di kalangan AJK PPIM dan setelah membuat kajian ketiadaan ( yang diketahui ) syarikat pembuat ubat gigi yang dikuasai oleh orang Islam/Bumiputra di mana-mana tempat di dunia, maka menjadi fardu kifayah kepada kita untuk menceburkan diri dalam bidang ini, sekumpulan ahli PPIM ( yang telah bermuafakat dan berpakat ) telah membuat tawaran untuk membeli saham di syarikat Ubat Gigi Mokmen Sdn Bhd (sister company of American Lion) dan dipersetujui dibeli secara berperingkat dan memulakan operasi baru di kilang yang baru dibina khas untuk UBAT GIGI MOKMEN. Kalau penulis benar-benar ikhlas dan tidak mempunyai agenda syarikat ubat gigi antarabangsa, satu klik pun boleh sampai ke laman web ubat gigi Mokmen.

8. Lihat sendiri wahai penulis, syarikat ini mempunyai saham majoriti orang Islam, malah lebih daripada apa yang kerajaan sarankan , iaitu 30% biasanya. Bolehkan penulis lakukan lebih daripada ini demi manfaat kepada Ummah? Fahamkah penulis strategi perniagaan bagi membawa manfaat kepada kita semua ataupun penulis mempunyai agenda tertentu? Kami harap tidak.

9. Hari ini dengan adanya ubat gigi Mokmen yang semua polisinya ditetapkan oleh orang Islam dan dipantau oleh PPIM, kita semua patut berbangga. Hari ini juga syarikat Mokmen juga telah menaja 3 musim, puluhan slot siaran “Mencari Keberkatan” dan mengisi tabung Mokmen demi membantu Umat Islam dan masyarakat yang memerlukan. Adakah ini salah? Kenapa tidak lihat dan siasat lain-lain syarikat yang tidakpun dibuat di Malaysia, tidak mempunyai logo halal JAKIM, halalnya diragui, tiada pemilikan oleh orang Islam, tidak diuruskan oleh orang Islam, tidak prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam dan tidak “Muslim Friendly”. Harus diingat, wahai saudara Penulis, ada beberapa syarikat yang bukanpun milik Islam, bukan dibuat di Malaysia, tidak mempunyai Halal Jakim, menggunakan nama Islam di luar sana. Tidakkah penulis tahu ataupun pura-pura tak tahu?

10. Hari ini Alhamdulillah kami bersyukur, syarikat Ubat Gigi Mokmen Sdn Bhd diurus oleh anak-anak muda Islam professional yang bertungkus lumus siang malam, memerah keringat berusaha untuk memasarkan ubat gigi di seluruh Negara dan juga di pasaraya besar yang tidak dikuasai oleh orang Islam yang sebenarnya kerja yang boleh menitiskan air mata!. Namun apa nak dikata, sebagai syarikat Bumiputra, syarikat ini melalui berbagai cabaran yang amat besar seperti masih terdapat berlakunya diskriminasi terhadap syarikat ini ( dan lain-lain syarikat bumiputra/Islam) untuk memasuki beberapa pasaraya besar ataupun kedai-kedai biasa. Adakalanya nak masuk ke kedai orang Melayu sendiri pun seksa. Seharusnya orang-orang Islam tidak menyebarkan fitnah, ada tertib jika benar-benar ikhlas hendak bertanya. Datanglah ke PPIM jika ikhlas. Tidakkah terlintas sebagai pejuang maruah dan Agama, PPIM mungkin ada muslihat yang dilaksanakan di sebalik apa yang dilakukan yang mungkin terlihat kurang jelas. Ataupun perlukah ‘business strategi’ seperti ini diiklankan untuk memberitahu setiap orang di luar sana. Terutama perlu memaklumkan kepada saudara penulis.

11. Adakah penulis gembira jikalau dengan tohmahan yang dibuat, syarikat ini akan tutup operasinya dan diserahkan kepada orang bukan Islam akhirnya! Sebenarnya, tohmahan seperti ini memang berkali-kali berlaku kepada syarikat Aminah Hassan, Tamin, Adabi dan banyak lagi syarikat Islam yang terkapai-kapai hendak masuk pasaran/ berada dalam pasaran. Sesungguhnya orang-orang yang mudah membuat tohmahan seperti penulis memainkan peranan besar dalam menutup perniagaan saudara seIslamnya. Kami menasihatkan berhati-hatilah membuat atau membawa berita. Tuan penulis juga dijemput hadir ke PPIM atau satu lawatan ke kilang boleh dilakukan jika perlu..

Di masa yang sama kami di PPIM berharap dalam proses kami memantau akan terdapat lagi syarikat – syarikat (kini dalam 2 lagi proses take over ) yang dapat dimiliki oleh orang Islam menggunakan kebijaksaan dan kewarasan. Doa kan kami.

BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA

Husin Lempoyang membalas:

Assalamualaikum w.b.t., ,
Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua pembaca topik ini.

Kepada admin/moderator, niat saya bukanlah untuk menjatuhkan maruah/nama mana-mana pihak. Asalnya saya sedang membuat kajian berkenaan ubat gigi halal yang terdapat di pasaran. Produk berkenaan pada permulaannya saya kategorikan sebagai produk HALALAN THOYYIBAN keluaran syarikat Muslim. Namun begitu, saya amat terkejut dengan penemuan maklumat berkenaan.

Memandangkan terlalu banyak isu yang ditimbulkan, saya perlu memberikan jawapan satu-persatu agar tidak berlaku kekeliruan kepada pembaca yang lain :
1. Tiada fitnah yang saya sebarkan. Penemuan saya adalah berasaskan kepada rujukan kepada laman web JAIS dan salinan sijil halal yang dipaparkan kepada laman web syarikat berkenaan.

2. Saya agak terkejut dengan tuduhan pihak Tuan yang menyatakan saya ini tidak matang dan membangkitkan tohmahan dan dakyah sedangkan apa yang saya temui adalah perkara yang serius di mana ia melibatkan kepentingan pengguna Muslim lain. Selama ini produk ini dicanangkan sebagai produk keluaran Muslim, sedangkan hakikatnya ianya merupakan keluaran bukan Muslim, cuma dipasarkan oleh sebuah syarikat Muslim. Adakah fakta ini sengaja tidak dimaklumkan kepada pengguna Muslim?

3. Memang tidak dinafikan syarikat American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd telah lama memasarkan ubat gigi halal berjenama SAFI, namun hakikatnya ia masih syarikat bukan Muslim

4. Saya setuju bahawa kini sangat berleluasa penipuan syarikat bukan Muslim dengan menggunakan nama produk yang berunsur islamik / arabik, tapi apa yang mampu kita lakukan sebagai pengguna hanyalah berhati-hati ketika memilih produk yang hendak dibeli.

5. Alhamdulillah

6. Alhamdulillah

7. Tuan silap kerana sekiranya tuan menyatakan tiada syarikat Muslim yang memasarkan produk ubat gigi HALAL. Pada masa ini terdapat sebilangan syarikat Muslim yang telah agak lama memasarkan produk ubat gigi HALAL ini. Mungkin tuan tidak pernah mendengar ubat gigi cenkudu, ubat gigi herba HPA, ubat gigi herba Halagel atau lain-lain?

8. Sekiranya ada ahli-ahli PPIM yang mememiliki saham dalam syarikat berkenaan, maka saya ingin bertanya berapa peratuskah jumlah saham yang mereka miliki berkenaan? Adakah secara total 100% atau hanya sebahagian sahaja? Sehubungan dengan itu, adakah secara tidak langsung PPIM lebih mengutamakan produk berkenaan berbanding produk Muslim yang lain yang tiada berkepentingan? Bukankah fungsi utama PPIM adalah untuk menjaga kemaslahatan pengguna Muslim di Malaysia tanpa sebarang prejudis?
P/S : Adakah tuan admin/moderator sendiri memiliki sebarang saham dalam syarikat berkenaan?

9. Tahniah kepada syarikat berkenaan. Namun begitu, penajaan boleh dilakukan oleh mana-mana syarikat yang berkemampuan, tak kira sama ada syarikat Muslim atau bukan Muslim, maka isu ini tidak releven dengan topik.

10. Memang tidak dinafikan betapa sukarnya produk keluaran Muslim bersaing untuk memasuki pasaran sedia ada,maka ucapan tahniah atas kejayaan syarikat berkenaan, tapi sekali lagi isu ini tidak releven dengan topik.

11. Seperti yang saya nyatakan, niat saya bukan untuk menutup periuk nasi sesiapa, tetapi sekadar bertanya dan berkongsi dengan para pengguna Muslim lain. Biar kita jadi pengguna Muslim yang bijak dan bermaklumat. Seterusnya tanggungjawab masing-masing untuk memilih yang terbaik bagi diri masing-masing.

Untuk makluman, saya seorang pengguna Muslim yang memperjuangkan produk HALALAN THOYYIBAN, maka amatlah sedih apabila saya difitnah sebagai pejuang produk bukan Muslim yang sekian hari menindas umat Islam di seluruh dunia.

Dahulu saya menggunakan ubat gigi yang tidak Halal yang telah digunakan sejak zaman datuk-nenek kita. Apabila saya berkesedaran berkenaan kepentingan produk Halal saya mula menggunakan jenama Safi. Tapi apabila saya mengetahui ia bukan keluaran Muslim, maka saya menukar pula kepada jenama yang dikeluarkan sepenuhnya oleh Muslim. Insya-Allah anak-anak saya dan keturunan saya yang seterusnya akan menyambung tradisi ini, Alhamdulillah.

Berbalik kepada balasan daripada admin/moderator, saya ingin bertanya kepada Tuan, dengan merujuk kepada topik mula, di manakah yang saya membuat tuduhan melulu yang tidak berasas? Sedangkan saya cuma inginkan penjelasan sama ada pihak pengurusan PPIM sedia maklum berkenaan fakta bahawa produk berkenaan dikeluarkan oleh American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat bukan Muslim.

Akhir kalam, saya sendiri lebih mengutamakan produk Halal yang dikeluar, diproses dan dikilangkan sepenuhnya oleh syarikat Muslim. Kalau saya dan tuan/puan para pembaca lain tidak berkerjasama mengubah pendirian kita, maka sehingga bila-bila pun para pengguna Muslim akan ditindas dan dipermainkan.

Wassalam.

Back to Top

[Part 14,15,16]

Akan datang…

[Banner]



Sebarkan pada rakan-rakan | Dapatkan code widget banner ini

Copy and paste this code:
<a href=”https://dewakebaikan.wordpress.com/2009/05/26/halal-toothpaste”><img src=”https://dewakebaikan.files.wordpress.com/2009/05/bahaya-tanpa-fluorida.jpg&#8221; border=”0″/></a>
<br><a href=”https://dewakebaikan.wordpress.com/2009/05/26/halal-toothpaste/#final”>Sebarkan pada rakan-rakan | <b>Dapatkan code widget banner ini</b></a>

PS: Please change all quotation marks to (“)


DK: Mengapa Ubat Gigi Mokmen Sdn Bhd dan PPIM (Persekutuan Purba Indera Majapahit) sungguh barua? :evil:

Back to Top

Written by DewaKebaikan

26/05/2009 at 12:09pm

27 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Gosok gigi pakai jari sudah…

    Effy

    10/12/2011 at 3:19pm

  2. saya setuju dgn pandangan blog owner, carilah yang halal. Terima kasih utk maklumat yang dikongsi, saya pun skg nak guna barang halal keluaran muslim jer.

    ehsan

    16/10/2011 at 11:09am

  3. haha..ada budak bawah umur baca blog kau.pastu cuba explain apa yang kau tulis kat pembaca2 blog kau yg dah lama baca dan faham apa yang kau cuba sampaikan.

    ak klu org bodo otak sempit duk diam2 xpe tp yg jenis bukak blog orang first time pastu baca dua tiga baris then nak jadi dewa pencerahan agung pastu mengaku insan jujur ni yang aku anti ni…

    hahaha…

    seifu

    18/06/2011 at 12:31am

  4. blog ni plg bodo penah ak visit…syabas..entri2 laen pun menunjukkan kebangangan dewa kebaikan yg berfikiran dungu…susahlah klu ader ramai org berfikiran cetek mcm ni…ilmu xpenuh tp gaya mcm ulama…

    insan jujur nasihat jgn jd bodo

    16/06/2011 at 5:26pm

  5. [Re: Malika]

    bak kata Ustaz Hamid (Madrasah Miftahul Ulum, KL)… guna kayu sugi dapat 2. guna berus dan ubat gigi dapat 1.

    apa yg 2… apa yg 1… lu pikir la sendiri. cewahh, gaya nabil plakk.

    [Re: sherawat]

    correct… correct… correct…

    DewaKebaikan

    03/02/2010 at 11:35am

  6. [Re: Malika] <- aku tiru format Dewa Kebaikan haha..

    isunya bukan nak pakai ubat gigi apa…isunya, nak jual ubat gigi produk sekian2 tu, jual la, tapi jangan la sesuka hati kutuk brand2 lain, siap bagi tuduhan macam2 lagi…

    cth: saya suka pakai deodoran Syahera…tapi Syahera takde la kutuk2 deodoran brand2 lain dan mengaku yang Syahera itu sungguh islamik…check2 kat label Syahera, oooo Syahera ni produk Ginbera rupanya….

    sherawat

    27/01/2010 at 10:21am

  7. [Re: Malika] Lion Corporation
    Syahera -> Ginbera

    sherawat

    27/01/2010 at 10:19am

  8. wOow..hebatla artikel ni.So nak guna ubat gigi ape..hurm kena guna kayu sugi je lah yek :)
    Btw gOod infOrmatiOn.

    Malika

    26/01/2010 at 1:49pm

  9. [Re: Venomancer]

    oooohh ye ke…

    DewaKebaikan

    21/12/2009 at 2:52pm

  10. Laman web http://www.halaltoothpasta.com.my tu salah ejaanya, patut lar mula-mula tidak boleh buka. Ini adalah laman web yang betul http://www.halaltoothpaste.com.my. :)

    Venomancer

    21/12/2009 at 2:32pm

  11. [Re: suhaimiramly]

    boleh tahan gak la makanan2 kat situ. paling best ialah ‘pau kaya’ kekeke

    DewaKebaikan

    09/06/2009 at 2:53pm

  12. makanan kat restoran vargina tu sedap sehingga menjilat ***i tak?

    suhaimiramly

    09/06/2009 at 1:51pm

  13. [Re: suhaimiramly]

    Starbucks — Kopi Janda kekeke.
    cuba dengar Iklan Kopi Janda di Sinar.fm lebeh kurang cam iklan ubat gigi safi je

    “Ana mahu selesai cara maaruf” — yg cakap ni, mesti anak Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi :-s

    DewaKebaikan

    09/06/2009 at 10:40am

  14. dari pada aku pakai UG mokmen baik aku pakai Ubat gigi Safi:

    bangun pagi
    gosok gigi
    dengan ubat gigi safi
    (dinyanyikan oleh Waheeda)

    teka ni sapa cakap: “Ana mahu selesai cara maaruf”.

    suhaimiramly

    08/06/2009 at 1:05pm

  15. Re: Iznan

    starbucks = Old Town White Coffee atau kalau nak lebih halal lagi, kopi jantan , kopi kapal api dsb. kekeke

    suhaimiramly

    08/06/2009 at 12:59pm

  16. [Re: iznan]

    part 11-16, masih ttg ubat gigi mokmen. tapi ppim (persatuan pelampau induk mogadishu) ada la sket. mungkin lepas ni, saya mahu buat entry khas utk ppim plak.

    eh, kalau enta ada simpan poster tu dlm bentuk jpeg, sila email ke dewakebaikan @ gmail.com
    syukran :-s

    DewaKebaikan

    07/06/2009 at 10:02pm

  17. hehehe..

    Berus giginya hilang
    Pak Maamol jual ubat gigi
    Ubat gigi tiada fluorida
    Pak Maamol jual spenda belang

    part 11 – 16 masih pasal ubat gigi or pasal persatuan pelampau induk mogadishu….??

    ada satu poster ppim yang pasal boikot terpilih…iaitu

    colgate
    coke
    starbucks

    clgate — mokmen
    coke — zam zam cola /mecca cola ??
    starbucks — ???

    iznan

    07/06/2009 at 6:10pm

  18. [Re: nurmahani]

    sahih. sape2 yg dapat rekod iklan TV tu, sila upload ke youtube ya. syukran jazilan.

    DewaKebaikan

    04/06/2009 at 10:24am

  19. “Ubat gigi bukan saja perlu halal, tetapi juga perlu fluorida untuk membantu gigi mencegah cavity”, kata doktor gigi kepada mak budak

    good marketing by colgate hehe :)

    nurmahani

    04/06/2009 at 10:21am

  20. [Re: saifuddin]

    hehe kita tunggu dan lihat.

    DewaKebaikan

    31/05/2009 at 2:25am

  21. Betul ke ada sampai 16 part? Macam kelentong je.

    saifuddin

    30/05/2009 at 9:31pm

  22. [Re: DEWAn serbaguna]

    hehehe. saya ingatkan Mokmen buat sendiri ubat gigi kat belakang rumah Dr Maamol Osman. rupanya dikilangkan oleh kilang kafiroon… kilang Singa AMERIKA. kekekeke nampaknya PPIM (Persatuan Pelampau Induk Mogadishu) TAK boikot 100% amarika pon. PPIM hipokrit gilababi.

    bak kata pepatah:

    Bila poket sudah tebal,
    Otak makin bebal;
    Iman sudah tidak kebal,
    Maamol pon jual sambal.

    tibe2 panjang plak komen balas saya. ok2. noktah.

    [Re: suhaimiramly]

    ya sahih. propaganda paling lancau dan cibai oleh ~tuuttt~ (tak tau sape yg sebarkan kekeke)

    DewaKebaikan

    28/05/2009 at 5:44pm

  23. terlihat colgate teringat babi itu merupakan slogan paling bangsat pernah difikirkan

    suhaimiramly

    28/05/2009 at 2:56pm

  24. DEWAn serbaguna

    28/05/2009 at 9:12am

  25. baru aku tau. Ingat diorang buat sendiri ubat gigi tu dari ramuan2 yang tidak haroom.

    DEWAn serbaguna

    28/05/2009 at 9:04am

  26. [Re: dewa amuk]

    jawapan utk kesemua soalan: Google ngeh ngeh ngeh.
    eh gelak plak saya. astaghfirullah.

    DewaKebaikan

    26/05/2009 at 11:16pm

  27. mane tau yg mokmen tu same kilang ngan tesco? ade jurujual ke bgtau?

    hmm apsal takleh buka website mokmen tu?

    dewa amuk

    26/05/2009 at 10:02pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.