DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Baiki Komputer]

with 4 comments

Sekiranya anda hendak memperbaiki akhlak, bolehlah ke Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Seng Khor. Tetapi bagaimana pula anda hendak memperbaiki kerosakan komputer? Ya, hantarlah ke kedai komputer yang boleh dipercayai 100% HALAL. Kedai Komputer Mukmin, maybe?

Sekiranya anda ada masa terluang, bacalah ulasan Ustaz Zaharuddin:

Penipuan Jurutera Komputer

Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.

Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.

Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-

  1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.
  2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.
  3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.
  4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.
  5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund’ kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.

Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah..


DK: Hari ini saya bosan.

Back to Top

Written by DewaKebaikan

27/07/2009 at 1:14pm

Posted in General

Tagged with , ,

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: chah]

    setahu saya screwdriver mmg diperlukan.

    DewaKebaikan

    28/10/2009 at 9:53am

  2. boleh beritahu saye apa peralatan yang diperlukan untuk bIKI KOMPUTER

    chah

    27/10/2009 at 11:21pm

  3. [Re: suhaimiramly]

    “Dia juga sorang yang berani bercakap benar.”
    Begitu juga dengan DewaKebaikan. Kah kah kah ana orang ni, sungguh perasan…

    DewaKebaikan

    28/07/2009 at 11:15pm

  4. bagus camni la update tiap2 hari

    entry ni bagus. Ust Zaharuddin ni aku respek sebab dia tulis pasal benda2 yg relevan dengan keadaan semasa, termasuk isu2 yang orang lain (pakar agama atau tidak) selalu abaikan, contohnya isu ni. Dia juga banyak mensyarahkan isu-isu kewangan Islam semasa, dan kepakaran dia di kedua2 bidang (ekonomi dan fiqah) adalah kombinasi yg jarang dijumpai di kalangan sarjana. Dia juga sorang yang berani bercakap benar. Dulu dia penah datang ofis aku bagi ceramah — sebuah firma pelaburan yang besar — dan dia dengan terus terang bagitau ada benda-benda yang syarikat aku buat adalah haram. Tapi dia cakap dengan hikmah, disokong oleh dalil-dalil syarie yang kuat.

    Semoga ulama-ulama yang lain juga berusaha meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah umat berdasarkan lunas-lunas ilmu.

    – hari ini saya juga bosan kekekee…

    suhaimiramly

    27/07/2009 at 3:16pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s