DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Wah Cunnya!]

with 4 comments

Wah cunnya
Memang cun
Barangan Malaysia

Bukan saja menarik
Tapi kualiti dan harganya
Pun amat berpatutan

Belum cuba belum tahu
Sudah cuba pasti mahu
Memang aku tak mahu
Buat apa hendak coba

Andai aku Letto
Wis pasti aku wong Jowo
Kah kah kah kah

*Ulang runk·kap 1 ← Gila kewl aku tulis “rangkap” seperti itu. Dabeliyu Tea Ef. Aku lagi kewl.😛

Lagu dan lirik macam ini, menambahkan keyakinan aku bahawa kebanyakan barangan Malaysia sungguh tidak berkualiti. Sebab, takrif “cun” ialah:

cun I
C ukuran panjang bersamaan dgn satu persepuluh kaki atau 3.05 sentimeter.

cun II
bp 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran.
Kamus Dewan Edisi Empat

Sungguh tidak masuk akal, apabila dikatakan “Wah cunnya, memang cun, barangan Malaysia.” Lagipun, bukankah lagu merupakan salah satu daripada agenda Yahudi “5S dan 3F” yang sepatutnya diboikot? Kekekeke

Protokol ke-10 Yahudi Mengandungi 8 Perkara:

1. Song

Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap, tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi. Hingga kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

»» Kah kah kah. Selama ini kau pernah dengar radiolah? Bila kau sudah boikot lagu (agenda Yahudi), maka kau pun risau, “Ish, radio pun boikot lagu, bosanlah jadinya tanpa lagu an-nasyeed.”

“Eh, an-nasyeed tidak mengapa.”
“Oh, ya kah?”
“Disahkan halal 100% oleh PPIM (Persatuan Pelampau Induk Mogadishu)”
“Iyolah. Suko ati kau lah.”

2. Sex

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana. Di kaca tv, dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

»» Ayoyo, sex memanglah ada di mana-mana. Bukankah sex ada dua, lelaki dan perempuan. Kalau kau tidak suka sex, jadilah mak nyah. Oh ya, mak nyah haram 100%. Sekian ceramah saya pada hari ini.😛

sex
n 1. fact of being male or female, jantina: what is the ~ of the kitten?, apakah jantina anak kucing itu?; ~distribution, taburan jantina; ~ discrimination, diskriminasi jantina; 2. (the male group) lelaki; (of animal) jantan; (the female group) perempuan; (of animal) betina: members of both ~es are welcome, lelaki dan perempuan semuanya dialu-alukan;
— Kamus Inggeris-Melayu Dewan

“Eh, sex ada dua makna”
“Apakah?”
Alaa, yang ehem-ehem itu”
“Bangang, ehem-ehem itu apa?”
Alaa, malulah hendak cakap”

Kekeke, malu konon.

3. Smoke

Rokok menjadi kegilaan para remaja. Sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar “up to date.” Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok dari filem P Ramlee). Syabas Yahudi, berjaya lagi kamu.

»» Haa, kau pun sudah terperangkap dalam agenda Yahudi dengan menonton filem P Ramlee. Mesti kau belum pernah baca email fwd beritahu bahawa “Setiap saat kita menonton filem P Ramlee adalah bersamaan dengan satu peluru kapur yang digunakan semasa sesi latihan atlet-atlet sukan Israel.”

4. Sport

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan. Hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah, akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi. Sampai ada ulamak kata, kerana sukan sembahyang boleh tangguh.

»» Malas sungguh hendak aku ulas. Ulas sendiri, boleh?

5. Fun

Hiburan. Di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi.

»» Malas sungguh hendak aku ulas. Ulas sendiri, boleh?

6. Female

Perempuan. Tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan, terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta, di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Kalau iklan Modess, perempuan adalah patutnya. Yahudi bersorak lagi.

»» Bagaimana kau mengetahui perempuan itu adalah gadis sunti? Sudah pernah “locok-locok” kah? Kekekeke.

7. Fashion

Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut, mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu, kalau dah rambut diwarnakan. Sembahyang pun tak sah. Malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. Yahudi ketawa lagi. Umat islam sudah jadi macam Yahudi.

»» Malas sungguh hendak aku ulas. Ulas sendiri, boleh?

8. Food

Makanan. Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MCD, Kentucky, Pizza Hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan. Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky, rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check, halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam Yahudi, tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah. Yahudi makan Islam lagi.

Itu baru protokol yang ke 10. Yang lain-lain entah macam-macam lagi. Aku cinta Malaysia, tapi lebih cintakan ALLAH. Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, dahulukan kepentingan Allah!!!

»» Bodoh! Bukankah cintakan negara merupakan Protokol ke-11 Yahudi?

Sesungguhnya, Allah tidak ambil apa-apa kepentingan daripada amalan hamba-Nya. Sekiranya seluruh manusia dan jin, patuh perintah Allah, maka darjat Allah tidak akan naik walau seinci. Begitu juga, jika seluruh manusia dan jin, langgar perintah Allah, maka darjat Allah tidak akan turun walau seinci.


Google: Protokol ke-10 Yahudi.
DK: Ada sesiapa yang sanggup fwd artikel ini kepada KPDNHEP (atau nama barunya KPDNKK)?😎

Back to Top

Written by DewaKebaikan

29/07/2009 at 11:34pm

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: jibam]

    sib baik bukan runk·cup hehe

    DewaKebaikan

    11/08/2009 at 10:34am

  2. gila kewl ko tulis “rangkap” as runk kap…kekeke…

    tapi aku bengang dgn org yang bajet kewl menulis nama abu bakar as ash burn..

    jibam

    03/08/2009 at 12:36pm

  3. [Re: suhaimiramly]

    hehehehe nanti masuk ‘nuraka’ pon, mesti cakap:
    “ouhh, ni semua salah yahudi. yahudi yang ajak saya buat maksiat”

    DewaKebaikan

    02/08/2009 at 9:57am

  4. semua nak salah kan yahudi…

    akademi fantasia salah yahudi, mat rempit salah yahudi, iklan seksi salah yahudi, pokemon salah yahudi, colgate salah yahudi, tengok bola tak semayang salah yahudi, isap rokok salah yahudi, budaya lepak salah yahudi, anu dalam botol salah yahudi

    kekekekke ini namanya PERASAN. yahudi pon takde masa nak pikir pasal Malaysia yang tak significant langsung ni. itu lah sikap orang Malaysia, taknak mengaku kelemahan diri, semua nak salahkan orang lain.

    mungkin ada yang kata: yahudi bukan attack malaysia je, tapi dia attack seluruh dunia islam dengan filem, sukan, konsert, music, etc etc…malaysia ni terima tempias je dari perancangan yahudi sedunia

    jawapan: aku tak mau argue apa-apa, sebab korang tak beri bukti (perdebatan tanpa bukti kukuh adalah sia-sia). itu semua cuma cakap-cakap kosong.

    baca dulu buku ni:
    Uncomfortable Questions for Comfortable Jews by Meir Kahane
    ftp://samsonblinded.org/Rabbi-Meir-Kahane/text-english/kahane-questions.pdf

    sekurang-kurangnya cari data sikit sebelum bukak mulut nak salahkan yahudi sana sini

    suhaimiramly

    30/07/2009 at 12:46am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s