DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Marilyn Kosmo!]

with 8 comments

[Revised: 21 August 2009 @ 7:55PM UTC+8]

Hantu terbang pakai tali

TERGELAK sampai terguling-guling dibuatnya bila melihat sebuah drama bersiri genre hantu yang Marilyn tonton di televisyen kelmarin.

Kalau Marilyn beritahu judul drama itu pasti semua orang tahu sebab sebelum ini ia diadaptasi dari sebuah filem yang telah pun mendapat sambutan hangat.

Tahulah sekarang ini dah jadi drama bersiri, kot ya pun, kualiti kerja perlulah dijaga. Ini tak, masa Marilyn tengah layan tengok aksi hantu yang cuba membunuh manusia, tiba-tiba perasaan takut Marilyn bertukar menjadi kelakar. Siap ketawa berdekah-dekah lagi.

Sebabnya, hantu itu terbang dengan cara memakai tali ala firefox untuk menangkap mangsanya.

Aduh! Punyalah Marilyn gelak tahap melampau. Sampaikan anak buah Marilyn pun gelak melihat hantu terbang pakai tali.

Marilyn harap sangat pihak produksi yang banyak menghasilkan filem itu menjaga kualiti drama tersebut. Buat malu saja.

Marilyn: Drama TV semakin membosankan, apa sudah jadi?
Sumber: kosmo.com.my

FirefoxGoogle Flying FoxGoogle.

Wartawan Hiburan = Bosan = Bangang?🙄

Keh keh keh wartawan semakin membangangkan dan membosankan, apa sudah jadi? Suka gelakkan kelemahan orang lain, tetapi lupa pada diri sendiri. Awak yang tidak menjaga kualiti. Kalau saya jadi Editor in Chief awak, sudah lama saya pecat awak. Kalau masih ada perasaan simpati tersimpan di dalam hati saya, akan saya turunkan pangkat awak daripada columnist kepada ‘kopist,’ iaitu pembancuh kopi.


DK: Awak ini buat malu saja.

Back to Top

Written by DewaKebaikan

17/08/2009 at 2:18pm

Posted in General

Tagged with ,

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: Iznan]

    fire fire fire!!!

    DewaKebaikan

    25/08/2009 at 7:59pm

  2. flyerfoksss…..kakakaka

    iznan

    25/08/2009 at 12:52pm

  3. [Re: Nurmahani]

    kekekeke mungkin dia belum update firefox beliau. mungkin masih Firefox version 1.0.18 =))

    DewaKebaikan

    18/08/2009 at 12:12pm

  4. Hantar je kat Kosmo. Dah bape juta manusia gelakkan die dah si Marilyn ni ntah haha. Mesti die pengguna setia firefox tu sampai tersasul

    Nurmahani

    18/08/2009 at 12:02pm

  5. [Re: suhaimiramly]

    Sungguh marbeles cadangan itu.

    DewaKebaikan

    18/08/2009 at 11:56am

  6. kekekkkkeeke somebody please email marilyn kosmo with a link to this entry

    suhaimiramly

    18/08/2009 at 3:11am

  7. [Re: chics]

    makanlah habbatus sauda (black seed/Nigella Sativa Oil) dan madu. insa alla (cakap gaya pakistan), otak anda akan bertambah power. wahahaha tibe2 nak promote barang

    DewaKebaikan

    17/08/2009 at 10:41pm

  8. Masa baca ayat firefox tu, terbayang musang firefox, bila dah habis baca baru macam..ohhh flying foxx kee

    bengap jugak rupanya hehe

    chics

    17/08/2009 at 4:32pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s