DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Sejadah Berdiri]

with 23 comments

1. Apakah persamaan “Sejadah Berdiri” dan “Roti Tisu Berdiri”?
Jawaban: Kedua-duanya bediri. Bacalah entry [Roti Berdiri]

2. Perlukah kita percaya?
Jawaban: Sila baca entry [Mestikah Percaya?]

3. Ada lagi kejadian sejadah berdiri, sembahyang atau sujud yang terkini?
Jawaban: Tentulah ada. Siap boleh buat “Siri Bercakap dengan Sejadah.”

4. Ah, saya tidak faham juga. Boleh terangkan dengan lebih lanjut?
Jawaban: Sila baca entry [Melayu Tahayul]


Kalau aku rajin, aku akan mengulas berita ini kekeke

Lihat sejadah berdiri 8 jam
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim @kosmo.com.my

SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.

SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.

GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.

Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.


DK: Ulas ulas ulas.

Back to Top

Written by DewaKebaikan

17/09/2009 at 12:22pm

Posted in General

23 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. mantab mantab infonya

    kang

    10/03/2014 at 12:52am

  2. salam?klau yew pn nk tlis blog jgn la guna ‘dewa kebaikan’sbb ‘dewa’ mrjuk kpd jin.jin ni sngat2 jhat,sbaik-baik jin pun adlh sjahat2 mnusia,ha manusia yang plng jaht..fkir2knlah.?????????????????

    ilias

    19/12/2011 at 12:53am

  3. [Re: amirul]

    “kun fayakun”

    [Re: (JA)ngan_me(LALLUT)]

    aku sungguh tak (BE)rapa hen(DAK) paham.
    (BEDAK=FOLLOW ME) ting tonggg.

    DewaKebaikan

    14/04/2010 at 11:52pm

  4. Jangan (MENCA)ri (PAB)lisiti (MENCAPAB=MENCAPAP)…sesungguhnya (MENCA)ri (PAB)lisiti itu sungguh tidak baek…

    (JA)ngan_me(LALLUT)

    14/03/2010 at 4:41am

  5. aku pelik la. biasenye kalau allah ingin menunjukkan kebesarannNya mestilah die buat ape yang kite x leh buat.tapi sejadah berdiri tu nenek aku pun boleh buat.

    amirul

    13/03/2010 at 11:26am

  6. [Re: farah]

    entahnya Nick Name… betul ke?

    DewaKebaikan

    03/02/2010 at 11:39am

  7. betulker ni tipulah…dosa tau tipu…msk neraka

    farah

    29/01/2010 at 11:02am

  8. [Re: Nick Name]

    hehehe mungkin juga.

    DewaKebaikan

    03/11/2009 at 11:38am

  9. “Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.”

    Sejadah tu berdiri sbb mak dia solat subuh tadi, lepas solat, tertarik skali ngan kain. Sbb tu la berdiri. Anak dia pukul 8.30pagi baru bangun. Apa dia tahu. Subuh pun ntah ke mana…..

    Nick Name

    02/11/2009 at 11:31am

  10. [Re: Khairi]

    hehehe kelakar benar komen saifuddin

    [Re: Faqihatul Insyirah]

    ya betul… nur hikmah binti abdul khalik

    [Re: aje]

    sohih.

    [Re: tora datang lagi]

    sebab sejadah tu tak cukup hensem nak masuk paper

    DewaKebaikan

    24/10/2009 at 12:41am

  11. [Re: Aje]

    aku dah buat susun sejadah tuh 2 minggu lepas. 1 untuk imam, 1 untuk makmum.dalam keadaan berdiri lagi.tapi apsal tak masuk paper?nak gak publisiti.huhu

    tora datang lagi

    22/10/2009 at 9:39am

  12. :mode insaf on:

    sayangnya, islam berkembang dengan sebab akhlak pengikutnya atau agama tu sendiri, bukannya dengan cerita- cerita yang hairan bin ajaib…

    :mode insaf off:

    dang…maybe idea nak susun sejadah tu dah ramai terpikir…sampai 35 helai plak tuh… gigih betul…

    aje

    21/10/2009 at 8:27pm

  13. kembalikan semuanya kepada alkhaliq… semua yang berlaku ada hikmahnya. di mana situasi kita sekarang? pastikan diri sentiasa berada dalam ketaatan kepadaNya..

    Faqihatul Insyirah

    21/10/2009 at 11:39am

  14. He he he.

    Komen saifudin sgt kelakar.🙂

    Khairi

    21/10/2009 at 11:18am

  15. [Re: iznan]

    hampas semua itu

    [Re: aje]

    – saya sokong cadangan men-snap gambar tersebut.
    – jawab je. boleh kita bertukar2 idea hehe

    [Re: qila~]

    adoi~ juga hihi

    DewaKebaikan

    06/10/2009 at 9:58pm

  16. aku x sempat nak jawab…next entry dah kuar…

    aje

    06/10/2009 at 4:15pm

  17. adoii la..ntah2 mmg btol ker..kuasa Allah..

    qila~

    04/10/2009 at 12:56pm

  18. the star hari ni ada lagi… kali ni kat penang lak.. aku rasa nak susun sejadah umah aku 3 4 lai, siap selai jadi imam kat depan lagi… pastu snap gamba, send kat kosmo pulak..

    aje

    03/10/2009 at 8:17pm

  19. hampeh gile…

    iznan

    27/09/2009 at 10:35pm

  20. [Re: Orang Terer]

    mana plak serupa. sejadah tak boleh makan. roti tisu boleh makan kekeke😛

    [Re: saifuddin]

    ye tak ye kan. lepas duduk, mestilah sujud balik.

    [Re: aje]

    biasalah wartawan zaman sekarang sudah tiada bahan… macamlah wartawan dulu byk bahan😕

    DewaKebaikan

    27/09/2009 at 5:46pm

  21. serius bende ni bole buat berita? adoyai…

    aje

    25/09/2009 at 11:07pm

  22. “Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.”

    Apa pulak dah berakhir. Lepas sejadah tu duduk antara dua sujud mesti la dia sujud. Pasal tu la menyembah lantai. Rukun solat pun tak reti

    saifuddin

    19/09/2009 at 12:35pm

  23. gambar sejadah berdiri tu serupa dgn roti tisu aku makan kat NZ mamak haritu hehehehek :p

    Orang Terer

    17/09/2009 at 10:38pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s