DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Tesko 5¢]

with 2 comments

Tiga minggu lepas, saya pergi Tesko. Saya membeli sepuluh unit barang. Kesemuanya berharga RM17.95. Saya menghulurkan not RM20.

RM20

RM20

Lalu juruwang wanita berbangsa India… eh berbangsa Malaysia bertanya, “Lima sen tiada. Tidak mengapakah?”
“Tidak mengapa ya,” juruwang itu menjawab bagi pihak saya. Lalu saya tersengih.
“Hehehe tiada konon. Juruwang penipu,” hati saya berbisik.

Selepas dapat baki RM2.00, saya terus ke kaunter Khidmat Pelanggan Tesko.

“Encik, saya tidak dapat baki lima sen,” saya mengadu kepada Encik Salim bin Bulat.
“Encik bayar di kaunter mana? Wanita berbangsa Indiakah?” tanya Encik Salim dengan dahi berkerut. Aku menafsirkan bahawa kedutan itu adalah kedutan syak. Syak wasangka pada juruwang itu.

“Tidak. Dia berbangsa Malaysia, sebab dia lahir di Malaysia dan mampu bercakap bahasa Malaysia dengan bagus. Tetapi saya rasa keturunan beliau berasal dari negara India,” jawab saya dengan panjang lebar.
“Oh,” beliau meng-oh-kan penjelasan saya sambil menghulurkan baki lima sen yang tidak dipulangkan oleh juruwang tadi.

“Terima kasih kerana membuat aduan,” ucap beliau sambil menguntumkan senyuman yang palsu.
“Sama-sama,” saya membalas.

Sesaat kemudian, aku lihat wajah Encik Salim bertukar menjadi masam, lalu bergegas ke kaunter juruwang wanita berbangsa Malaysia tadi. Aku mengekori beliau secara senyap-senyap.

Lalu… (bersambung)

AMARAN KERAS: Jangan komen “India memang suka mencuri.” Ini adalah kenyataan berbau rasialis. Nanti aku sepak buntut kau, jadi leper. Diulangi, ini adalah amaran keras. Sekeras dan seteguh Gunung Kinabalu.


DK: Kalau kau rajin, silalah sambung sendiri. Aku malas😛

Back to Top

Written by DewaKebaikan

14/10/2009 at 2:09pm

Posted in General

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: suhaimiramly]

    shopping kat Tessa Cohen bulan lepas.
    tiga minggu lepas, shopping di T.E. Stockwell pula.

    DewaKebaikan

    18/10/2009 at 11:20am

  2. ooo shopping kat tessa cohen ya

    suhaimiramly

    17/10/2009 at 4:30pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s