DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Numerology = Bullshit]

with 15 comments

Tolonglah hentikan 'kajian-kajian' numerology seperti ini.

Tolonglah hentikan 'kajian-kajian' numerology seperti ini.

Waktu Gempa di Padang Menyamai 3 Nas al-Quran.
Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan Ilahi
Oleh Ibrahim Abdullah

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka.

Hehehehe okay, mari kita bersama-sama membuat ‘kajian.’ Waktu yang disebutkan di bawah mungkin waktu tempatan atau waktu antarabangsa. Aku malas hendak tukar.

Bukit Antarabangsa, 2008 (03:50) — Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008, kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.

[Surah: 03; Ayat: 50]
Dan (aku datang kepadamu) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan kepada kamu; dan aku datang kepadamu dengan membawa mukjizat dari Tuhanmu. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

» Adakah kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa merupakan mukjizat Allah? Ada nabi atau rasul di situ? Tiada. Siti sahaja yang ada. Erk, siapa Siti?

Hurricane Katrina, 2005 (05:40; 12:00) — Just after midnight, at 12:40 AM CDT (0540 UTC), Hurricane Katrina reached Category 4 intensity with 145 mph (233 km/h) winds. By 7:00 AM CDT (1200 UTC), it was a Category 5 storm, with maximum sustained winds of 175 mph (280 km/h), gusts up to 215 mph (344 km/h) and a central pressure of 902 mbar.

[Surah: 5; Ayat: 40]
Tidakkah engkau ketahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Dia menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

» Eh, ‘ada’ kaitanlah. Masya-Allah.

[Surah 12; Ayat: 00]
…………………………?

» Eh, wujudkah ayat bernombor ‘kosong’ sebenarnya? Al-Quran cetakan negara mana yang kau pakai? Kekeke. Walaubagaimanapun, ayat bismillah terletak sebelum ayat pertama, surah 12. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Jadi, apakah kaitannya dengan kejadian tersebut?

“Eh eh eh, aku ada nampak nombor kosong ٥ dalam al-Quran.”
Jawaban: Itu adalah “Hindu-Arabic” numerals yang bermaksud nombor 5.

Indian Ocean Tsunami, 2004 (00:58) —  The 2004 Indian Ocean earthquake was an undersea megathrust earthquake that occurred at 00:58:53 UTC on December 26, 2004, with an epicentre off the west coast of Sumatra, Indonesia. The quake itself is known by the scientific community as the Sumatra-Andaman earthquake. The resulting tsunami itself is given various names, including the 2004 Indian Ocean tsunami, Asian Tsunami, Indonesian Tsunami, and Boxing Day Tsunami.

[Surah 00; Ayat: 58]
…………………………?

» Bamm… pwned. Kalau ikut susunan surah-surah al-Quran, tidak wujud surah sebelum al-Fatihah. Hanya kulit al-Quran yang ada sebelum al-Fatihah. Kah kah kah kah.

“Alah, tukarlah kepada 24:58.”
Jawaban: Baiklah.

[Surah: 24; Ayat: 58]
Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah salat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk di antara kamu dan mereka, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

» Hah, apa kaitan?

Kesimpulan yang kita dapat daripada ‘kajian’ ini ialah janganlah kau memandai-mandai ingin menjadi pakar numerology. FAHAM?

Persoalan: Mengikut sistem waktu 24 jam, hari bermula dengan 00:00 dan berakhir pada 23:59 atau 24:00. Adakah al-Quran mengandungi 23 atau 24 surah sahaja?
Jawaban: Tentulah tidak. Al-Quran mempunyai 114 surah. Surah terakhir mengandungi 6 ayat (114:6).

BODOH SUNGGUH, seperti ibarat pepatah “Tak tahu akan siput empuk.”


DewaKebaikan: Sila forward-kan artikel ini kepada 8 orang. Anda akan dapat laptop Sony Ericsson percuma. Belum cuba belum tahu. Sudah cuba pasti mahu. Eh, macam lagu kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia pula.

Back to Top

Written by DewaKebaikan

25/10/2009 at 12:58pm

Posted in General

15 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. numerologi, astrologi, sihir atau teori2 sesat adalah ilmu yang berada pada tingkat ilmu yang tidak bermanfaat..

    lihat buku karangan Sulaiman Nordin, Sejarah Pemikiran 1 muka surat 9.

    haidar alam

    26/05/2011 at 4:31pm

  2. [Re: aje]

    alagapas… sungguh sedap.

    DewaKebaikan

    10/11/2009 at 9:14pm

  3. pemahaman 786, kena add some spice sket dlm fikiran kita (dan jugak makanan hahah)

    aje

    09/11/2009 at 3:26pm

  4. [Re: syed umar]

    بدون مشاكل… biduna masyakil (cam salah je ana sebut)

    jgn lupa credit ya… kepada Ibrahim Abdullah, wikipedia dan DewaKebaikan.😳

    DewaKebaikan

    05/11/2009 at 11:32am

  5. sheikh..aku copy n paste yer..

    sebb ko bg permission utk forward..tp aku forward masuk dlm bolg aku la..haha..

    boleh x??

    syed umar

    05/11/2009 at 11:10am

  6. [Re: suhaimiramly]

    persoalan itu, kita serahkan kepada pakar sejarah kita, encik aje.

    DewaKebaikan

    03/11/2009 at 11:37am

  7. kalau pemahaman 786 lak?

    suhaimiramly

    01/11/2009 at 4:33pm

  8. [Re: aje]

    terima kasih atas info. barulah tahu sape yg sebarkan pemahaman “19” ni kekeke.

    DewaKebaikan

    31/10/2009 at 7:38am

  9. tragedi org2 yg obses dgn numerology = rashad khalifa…

    aje

    29/10/2009 at 5:22pm

  10. [Re: dayangbest]

    thank you

    DewaKebaikan

    28/10/2009 at 12:02pm

  11. good one!

    dayangbest

    27/10/2009 at 6:24pm

  12. [Re: suhaimiramly]

    syukran jazilan O:-)

    [Re: chics]

    you are welcome.

    [Re: Hamka]

    hehehe serius tak paham aku, camne bleh disamakan surah dan ayat al-quran dgn waktu bencana. otak udang betul.

    DewaKebaikan

    27/10/2009 at 3:37pm

  13. dulu ada berita camni aku gi laman web kau untuk update…

    sekarang, memori itu berulang..

    chewah…

    Hamka

    27/10/2009 at 12:02pm

  14. Thank you for this entry, letihla baca artikel macam ni dekat surat khabar

    chics

    26/10/2009 at 9:49pm

  15. amat mantap.

    suhaimiramly

    26/10/2009 at 8:22pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s