DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Majlis Kahwin]

with 5 comments

10 Perkara Bodoh

1. Upload Kad Kahwin di Facebook

Apakah yang bodoh? Perbuatan “Photo Tagging.” Biasanya tag sehingga 30 orang. Baki 170 kawan kenapa tidak tag? Tidakkah kau patut risau, mereka akan merajuk?😆

Kebangangan ini adalah sama seperti ayam Pak Mansor. Dedak diberi, tanah pula dimakan; Islam dihadari, rakyat diutamakan.

Facebook ada application khas untuk event. Letaklah segala maklumat tentang perkahwinan kau. Selepas itu, sila invite semua kawan-kawan.

Sila jadi pandai. Klik facebook.com/events.php dan silalah “Create an Event.”

2. Papan Tanda Arah Majlis

Sudahlah font bersaiz kecil, ditambah pula dengan 18 jenis kerawang pelbagai bentuk. Sukarlah orang ramai ingin membaca maklumat yang diperlukan iaitu

  • Nama pengantin
  • Tarikh/hari
  • Anak panah

Wahai Baghal bin Unta, tiga perkara tersebut SAHAJA yang sepatutnya diletakkan di papan tanda arah majlis. Jangan lupa untuk guna font bersaiz BESAR. Paling kurang saiz 100.

2.5 Penampalan Papan Tanda Arah Majlis

Perkara ini ada diajar semasa sekolah rendah: JANGAN MEROSAKKAN HARTA BENDA AWAM.

Bakal pengantin yang dungu akan menampal papan tanda arah majlis di traffic light, signboard arah, tiang elektrik, tiang telefon. Paling dungu ialah penampalan papan tanda arah majlis di signboard “Aduan Kerosakan.” Kalau traffic light rosak, bagaimana aku hendak lihat nombor telefon kontraktor/majlis bandaraya untuk membuat aduan? Menyusahkan orang betul. Sial.

Sila cacak atau ikat. Jangan tampal. Selepas selesai majlis, sila buang dengan SEGERA.

3. Bunting

Perkara pertama sebelum kau berfikir untuk letak bunting ialah, pastikan pengantin perempuan adalah cun, lawa dan sebagainya. Tahap kecantikan minima ialah 6/10.

Hot or Not

Credit: Wikipedia.org

5.9 dan ke bawah, sila simpan gambar anda dalam album di rumah. Jangan buat malu penduduk Kampung Batang Berjuntai Benar.

Pengantin lelaki tidak kisah. Sebab 96% rakyat Malaysia bukan gay. Statistik tersebut, aku baru keluarkan dari lubang buntutku yang suci.

Perkara kedua, background color haruslah cerah dan font berwarna gelap. Atau sebaliknya.

4. Peta majlis kahwin

95% kad kahwin yang aku terima, peta tunjuk arah majlis adalah buruk tahap Karim King Kong. Misleading. Sukar untuk mencari rumah/lokasi majlis perkahwinan.

Sekiranya kau ingin membuat peta majlis kahwin yang bagus, sila rujuk Google Maps.

5. Nombor Telefon

Kadang-kadang, dalam kad ada tulis 10 jenis nombor seperti nombor rumah, pengantin, mak, mak mentua, bapa, sepupu, etc. Tetapi pada hari perkahwinan, satu haram jadah tidak berfungsi/tidak berjawab kalau ada orang membuat panggilan.

Lain kali letak sahaja nombor 999.

6. Nanti aku sambung…

Written by DewaKebaikan

19/11/2009 at 3:43pm

Posted in General

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: anies]

    bab berjuta2 notification tu, mmg sungguh annoying👿

    DewaKebaikan

    21/11/2009 at 1:45pm

  2. ha’ah. pastu berjuta-juta notification. nak2 kalau benak lupa nk untag nama tu. benci btol.

    anies

    20/11/2009 at 9:32pm

  3. [Re: ainonymous]

    thank you. tanpa anda siapalah saya. tibe2 saya merepek :-s

    [Re: chics]

    nyalakan hazard light, pastu berenti 30 saat. bleh baca kejap kekeke.

    DewaKebaikan

    20/11/2009 at 4:43pm

  4. Plaing tak suka dahla papan tanda tulisan kecik lepas tu banyakkkkkpulak papan tanda lain. Haruskah berhenti kereta tengah jalan untuk menengok?

    chics

    19/11/2009 at 10:43pm

  5. a good post though..

    ainonymous

    19/11/2009 at 7:51pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s