DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Pakar Motivasi]

with 15 comments

Malas. Malas. Malas. Man jadda wajada. Wa man zara3a hasoda. Wa man kasala fashala. Ewah, berbahasa Arab pula ana. Silalah baca entry daripada defunct website ana.

[Berusaha Berjaya]
15 February 2006

BS = Berusaha + Sukses = Bull + Shit

Sejak dua menjak ini, aku perhatikan ramai orang mahu jadi ‘pakar-pakar’ motivasi walaupun baru dua tahun jadi pensyarah/kaunselor/cikgu/ustazah. Tidak ketinggalan juga golongan artis yang sibuk menceburkan diri dalam bidang pemotivasian untuk menambah sumber pendapatan yang tidak cukup-cukup. Mereka terbitkan buku ntah-ape-ape pastu jual dapat duit dan bolehlah beli tisu tandas lap buntut untuk istinjak.

Mereka juga membuat kem-kem motivasi dengan harga mahal-nak-mampos untuk memberi semangat dan kata-kata motivasi sampai muak orang dengar. Namun, apabila pulang ke rumah, jadi macam biasa semula. Cis, membazir duit mak bapak mereka sahaja.

Mari kita buat “Case Study” untuk topik ini.

PENDAHULUAN

Sila baca semula perenggan di atas.

CONTOH MOTIVASI

1. Akronim motivasi yang homeless-pon-buleh-buat
S = sentiasa
I = ingat
A = arah
L = laluan

H = hendaklah
E = engkau
A = ada
D = daya
S = saing
H = hoi
I = itupun
T = tak tau ke?

2. Kata-kata semangat yang aku-pun-boleh-cipta-dengan-korek-hidung-sekali-lalu
“Usaha yang tidak kenal erti letih akan menjamin kecemerlangan.”
“Sentiasa fikir arah tuju hidup kita.” — Seperti anda mensasarkan tahi anda ke dalam lubang tahi supaya tahi itu menuju ke arah tujuan yang sebenar.
“Kita perlu sentiasa ada target” — Apabila anda kencing, pastikan batang anda tepat ke arah sasaran lubang tandas. Kalau tidak, kencing akan terpercik ke seluar dan batang betis anda. Sembahyang tidak sah kalau ada najis pada anggota badan dan pakaian anda.

Kita perlu sentiasa ada target.

Kita perlu sentiasa ada target. (Source: Unknown)

Soalan: “Eh, kenapa tidak sebut “solah?” Kalau “sembahyang,” penganut agama yang lain “sembahyang” juga.”
Jawaban: “Kena samakkah lidah aku kalau aku cakap “sembahyang?” Ha, jawablah wahai si bodoh.”

3. Formula-formula yang kambing-pun-boleh-fikir
Langkah 6S 1F ke arah kecemerlangan
Shit — Sentiasa buang shit anda. Jangan tahan-tahan, nanti ganggu mood studi anda.
Suck — Ketepikan segala benda suck yang menganggu emosi anda. Jika tidak, hilang motivasi anda.
STFU — Sentiasa jerit “STFU” kepada orang-orang yang bising di sekiling anda.
S p a s m — Jangan sepah-sepahkan barang anda sebagaimana anda s p a s m-kan nama dan status anda di MSN, YM, Friendster, Facebook, etc. Apabila meja, lantai, katil berada dalam keadaan kemas, anda berasa lebih seronok untuk studi.
Shirty — Jangan rasa shirty kalau ada orang tanya sebarang soalan. Berkongsilah ilmu yang anda ada.
Sial — Berdoalah supaya diri anda terhindar daripada sial setiap kali sebelum studi.
Fuck — Jangan lupa bayar bil air anda setiap bulan. Kalau tidak, nanti JBA potong. Saya merepek :-s

TUJUAN-TUJUAN

Seperti mana yang telah saya sebutkan, tujuan utama mereka membuat buku-buku, kem-kem di tepi sungai yang dipenuhi oleh beruk… tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan RM RM RM.

Tujuan kedua adalah untuk mendapatkan feedback yang bagus-bagus daripada failed parents dan secara tidak langsung, akan menggalakkan lebih ramai failed parents untuk membazirkan duit dengan menghantar anak-anak mereka menyertai program-program motivasi.

“Wah wah wah, anak saya sudah jadi bijak sekarang. Dahulu dia memang bodoh-gila-babi kerana setiap kali keputusan peperiksaan, selalu dapat kedudukan yang ke-31. Tetapi selepas menyertai kem dua hari bersama Dr. Sulong bin Ahmad Sihat, anak saya telah mendapat kedudukan yang ke-13. Secara tidak langsung, anak saya telah membuat lonjakan pradigma (my ass) dengan menaiki 18 anak tangga. Kini, saya boleh berbangga dengan jiran sebelah kerana anak dia hanya dapat nombor 15 iaitu 2 anak tangga di belakang anak saya.”

Tujuan ketiga ialah… (sambung sendiri).

Kesemua ini membuktikan bahawa ‘pakar-pakar’ motivasi juga memerlukan motivasi kerana mereka sudah kekeringan idea. Mereka hanya dapat membuat duit dengan mengorek simpanan failed parents.

HARGA YANG DIKENAKAN

1. Anak anda boleh meyertai kursus motivasi XXX ini dengan pelaburan hanya RM365.25 SAHAJA untuk setiap pelajar.
2. Kadar untuk badan-badan selain badan kerajaan ialah RM2,032.10 sejam untuk program “Babiku Sayang.” Untuk program “Pantatmu Dalam,” sila hubungi 017-932 YYYY.
3. Penganjur perlu menyediakan tiket penerbangan pergi dan balik untuk Dr. Sulong bin Ahmad Sihat (pakar motivasi pembelajaran) dan seorang pembantu wanita (mestilah cun dan masih ada dara).
4. Kursus Motivasi Kecemerlangan untuk pelajar-pelajar PMR/SPM/STPM oleh Dr. Sulong bin Ahmad Sihat. Sehari RM6,330.60 SAHAJA untuk satu sekolah (harga boleh dirunding untuk dinaikkan). Jumlah peserta lelaki mesti kurang daripada 130 orang manakala perempuan mesti lebih 220 orang. Sekiranya peraturan ini dilanggar, kursus akan dibatalkan dan duit yang telah dibayar tidak akan dipulangkan.

PROGRAM YANG DIBUAT

1. Makan, minum, kencing dan berak cangkung.
2. Jawab soalan-soalan kuiz dan cara-cara membuat tahi mata.
3. Ceramah pasal ilmu kaji bintang. (Contoh: Anda lahir sekian-sekian haribulan. Maka, anda adalah seorang yang ceria, tetapi sedikit pemalu. Anda cepat marah tetapi lambat reda. Anda selalu kencing berdiri dalam tandas dan selalu lupa istinjak).

Ilmu bulan bintang.

Ilmu bulan bintang.

Bahagian bawah sekali ada tiga baris ayat bertulisan halus berwarna biru, menyatakan:

Tidak ‘wajib’ betul, ‘harus’ salah. Jika betul dan ia baik rangsang terus, jika ia betul tetapi tidak baik sama-sama tolong hapus. Sekadar kajian psikologi untuk membantu membentuk peribadi unggul. ALLAH MAHA BERKUASA!

I didn’t edit anything on the sentences.

Ya, marilah kita hapuskan semua bullshit yang wujud dalam alam mayapada ini.

Hihihi kalau lelaki lembik/perempuan tengok ‘ilmu’ horoskop ini, dan kebetulan dia lahir pada bulan satu, maka dia akan kata, “Wah, bagusnya. Memang tepat dengan saya. Tidak syak lagi.”

Semasa aku masih di tingkatan tiga, aku pernah menghadiri Kem Motivasi Kecemerlangan PMR (sebab free kekeke). ‘Pakar’ motivasi bertanya aku semasa ceramah bulan bintangnya,

“Kamu lahir hari apa?”
“Hari Ahad,” aku menipu beliau dengan petah sekali.
“Maka, kamu akan mati pada hari Rabu berdasarkan kaji selidik bintang (my ass) saya,” beliau membuat jangkaan dengan penuh yakin.

Jadi, persoalan yang kita kena “just something to ponder on,” what the fuck are they (‘pakar-pakar’ motivasi) trying to predict?

NOTA KAKI

1. Sekiranya anda berumur lebih daripada 12 tahun, JANGAN gunakan “sejak dua menjak,” “udang di sebalik mee,” dan istilah-istilah macam haram yang lain.
2. Kamu — kata ganti diri kedua untuk ramai, bukan untuk seorang. ‘Pakar’ motivasi memang moron.
3. “on the sentences” — Kekeke kau ingat, kau sorang sahaja yang pandai, berketrampilan, berwawasan, berkarismatik, berpandangan jauh, bercita-cita tinggi, berfikiran mendalam, berfikiran abstrak, berpewatakan jujur, berpengaruh dalam organisasi, berpesonaliti menarik menawan, bersikap aktif dinamik, bersikap sistematik (otak kiri), bersemangat tinggi, berdaya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), berfikiran unik, bersifat patriotik dan berkepimpinan? Sepatutnya aku tulis: “in the sentences.”

KOMENTAR PEMBACA 1

saya pakar roti-basi.saya sangat setuju dengan pendapat bahawa motivational speakers hanya pandai rip people off dengan cara verbalize common-sense. dr fadzilah kamsah ke shukri abdullah ke hm tuah iskandar ke sulaiman masri ke… sume motherfuckers… sama je dgn smart shop play on other people’s gullibility

hehe motivasional speaker actually secara tak langsung..menyebabkan ramai orang rasa negatif tentang diri sendiri sebenarnya..

let’s say dr-quack fadzilah kamsah (yang sendiri gullible beli mercedes mata bulat 40k..pala hotak ko mana ada mercs murah camtu) cakap camni2..pastu nanti ramai orang akan tunggu je nak dgr dia cakap ape..baru buleh buat keja..maknanya efficiency orang tu utk maju depend utk dgr talk ko..dah la penipu..demote other people’s feelings plak tu.. ala..kat astro kan ada BS show dia..malam ni bersama fadzilah kamsah or something..aku penah dgr bini orang cakap “saya kalau tak dgr dr punye ceramah satu hari..takleh nak buat keja aa”..kalau aku jadi suami dia.. aku ikat kat katil..i’ll show her who’s boss HE HE HE..kesimpulannya as I’ve said before..motivational speakers are TRASH

p/s: sorry about the personal attack kepada dr quack..non-personal intention..mmg tak suka tapi takde la vendetta pon..hanya sebagai contoh

KOMENTAR PEMBACA 2

1. banyak motivator tak ada credential yg betul2 stellar (even motivator omputeh yg world famous). diorang cuma pandai public speaking, dan pandai project image of “positive thinking”. ramai dapat phd pon dari degree mill, atau mediocre school. career ape tah lagi, nothing to show off, sebab tu tukar ke career motivation yang lebih senang sebab too incompetent to do real jobs.

kalau ko nak motivate, ko kena jadi REAL SUCCESS STORY first. aku lebih rela dengar bill gates bercakap 30 minit benda yang boring, daripada dengar pakar2 motivasi cakap berapi2 berjam2.

aku rasa orang2 motivasi ni in real life macam ular (disclaimer: bukan yang malaysian, just omputeh2 yg jual kaset / buku motivasi) atau macam slimeball.

2. aku tak kisah kalau nak motivate rakyat / golongan muda / belia / etc, walaupun probability untuk ada lasting effect approacing 0 (at least good intention).

tapi kena buat free atau harga berpatutan. tapi itu pon aku rasa baik takyah buat.

3. lebih baik dari motivasi ialah ajar buat benda2 practical — sistem belajar dengan effective (real stuff, bukan benda2 yang motivasi-ish), kelas tambahan matematik, kelas programming, kelas usahawan, kelas public speaking etc.

People should teach HOW to do, not WHY to do.

4. ade budak2 baya aku bercita-cita nak jadi pakar motivasi, pegi sekolah2 kampung, bagi talk, dapat duit, buat kem, buat institute, etc etc.

while i admire your good intention and vision, aku rasa better use your resources to do things that will give real results, bukan buat omong2 kosong dan organised “kem2″ untuk budak2 sekolah worship abang2 dan kakak2 faci yang kononnya dah “berjaya” (benda ni heavy among budak2 IPT malaysia, ntah ape kelayakan pon tak tau lah, kerja pon tak penah).

5. benda yang membuat kan aku pissed off #1 ialah kem motivasi ni banyak guna pseudoscience atau guna material2 “scientists” yang dah discredited by the establishment atau dah dianggap sebagai kook dan scammer (e.g. kevin trudeau).

ade yg mcm penulis ckp, guna benda2 bodoh seperti astrology, dan mengelaskan personality anda ikut tahun / bulan / zodiac / warna kegemaran / hari lahir / warna spender / huruf dalam nama etc etc.

go to hell assholes

6. aku kenal sorang member yang motivation-junkie…seme benda dia redah…kelas cepat kaya la, kelas positive thinking la, kelas attitude la, kelas feng shui la, kelas motivasi islam la, etc etc. duit toksah cerita la, aku rasa ade la dalam seribu sebulan abis buat mende2 ni.

never found a more pathetic person in my life.

kepada pembaca2 (yang aku assume mostly in their early 20s) sila beware:

kalau in the future nanti ko ada anak, dan anak ko perlu pegi program2 motivasi, maka ko dan spouse ko adalah FAILED PARENTS, period.

Written by DewaKebaikan

25/11/2009 at 2:07pm

Posted in General

15 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: azizul]

    Mungkin pakar motivasi tidak sedar, mereka sering membodohkan masyarakat.

    Masyarakat pula merelakan diri mereka dibodohkan oleh pakar motivasi.

    Pakar motivasi = roti basi.

    DewaKebaikan

    12/01/2011 at 12:49pm

  2. haha..Kecian Kita soma dperbodohkan pakar motivasii

    azizul

    29/12/2010 at 5:33am

  3. [Re: ayoooo]

    errkk, saya tidak faham bahasa yang kamu gunakan. saya telah semak Kamus Dewan. Tapi ini hasilnya…

    # Cadangan : Pastikan perkataan dieja dengan betul
    # Cuba masukkan perkataan yang lain

    DewaKebaikan

    16/04/2010 at 2:53pm

  4. PUKIMAKK LANCAU~!

    ayoooo

    15/04/2010 at 6:09pm

  5. [Re: Jalud]

    tanpa negatif, bateri menjadi useless. walaupun masih ada positif, positif pon tidak berguna. ape yg aku merepek ni?

    [Re: aje]

    huwaaaaaaaaaaaaaa…

    [Re: Orang Terer]

    pakar membakar roti…

    [Re: suhaimiramly]

    …sedang membakar roti basi

    DewaKebaikan

    15/12/2009 at 1:10pm

  6. roti basi

    suhaimiramly

    12/12/2009 at 1:36pm

  7. *BIG yawn*

    pakar motivasi kalau nak beri motivasi tolong la provide benda yang aku tak tau lagi.

    *yawn*

    Orang Terer

    10/12/2009 at 3:03pm

  8. “macamlah hangpa ni bagus sangat”…

    *yawn*

    aje

    10/12/2009 at 2:08pm

  9. Mengata org. macamlah hangpa ni bagus sangat. Yang jelas komen korang ni, banyak -ve.

    Ini generasi “shit” yang ada.

    Jalud

    09/12/2009 at 9:38pm

  10. [Re: C]

    wah cunnya… mmg cun… barangan malaysia. lalala.

    DewaKebaikan

    26/11/2009 at 2:11pm

  11. eh…mmg cun ape….hehehe

    C

    25/11/2009 at 8:34pm

  12. [Re: nbm]

    hehehe kebanyakan ayat2 oleh ‘pakar’ motivasi adalah ayat-perasan-bagus.

    [Re: saifuddin]

    mungkin maksud MBA ialah Motivational Business Admin.

    [Re: chics]

    ada sekali dengar Motivasi PaGi TV3, seorang ‘pakar’ motivasi berjantina perempuan menyanyikan lagu ‘semangat’ dgn lirik beliau sendiri:

    saya boleh berjaya
    saya yakin saya boleh
    saya boleh!

    bayangkan beliau nyanyi dengan nada seperti “wah cunnya.” itulah kali terakhir saya menonton Motivasi PaGi TV3.

    DewaKebaikan

    25/11/2009 at 6:11pm

  13. Kalautidur dengan mak,pagi-pagi dia akan bukak rancangan motivasi dan akan suruh bangun, dengar. Eeeek

    Dah terlebih dengar,dekat sekolah dulu sikit-sikit kem motivasitapi pnadainya/motivatednya tak jugakkkkk,lagi rasa nak mengamuk ade hehe

    chics

    25/11/2009 at 4:44pm

  14. Motivator kebanyakannya tidak mempunyai kelulusan dalam bidang yang sepatutnya. Ada yang berkelulusan MBA tapi mengaku diri pakar motivasi. Malah ramai juga yang membeli Phd semata-mata mendapat gelaran doktor.

    saifuddin

    25/11/2009 at 4:39pm

  15. saya dulu slalu beli buku motivasi h.m.. kunun nak memotivasikan diri.. tapi tiap kali baca, tiap kali tu la menyampah kat h.m tu.. macam dia sorang je bagus.. heh!

    skang dah insaf tak beli dah buku-buku mengarut tu.. baik baca Gila-Gila..😉

    nbm

    25/11/2009 at 3:20pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s