DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Payudara Besar]

with 7 comments

Mengapa kebanyakan lelaki suka payudara besar? Aku tidak tahu. Oleh kerana aku tidak tahu, maka tidaklah patut aku menghuraikan isu tersebut di sini.

Ruangan komen sentiasa dibuka😛

Payudara isteri tidak seksi

SOALAN

SAYA baru berkahwin lebih kurang sebulan. Bagaimanakah cara untuk membesarkan buah dada kerana saiz payudara isteri saya terlalu kecil seperti saiz perempuan berusia 15 atau 16 tahun. Saya tidak nampak dia ‘seksi’. Apakah dengan sentiasa meramas atau meraba payudara isteri akan menyebabkan saiznya boleh membesar atau ia akan besar selepas melahirkan anak?

INSAN TIMUR
Kuantan, Pahang

JAWAPAN

Cara yang sangat berkesan ialah melalui pembedahan pembesaran payudara atau pembedahan ‘mammoplasty’ tetapi ramai berpendapat ia tidak ‘natural’ kerana payudara besar dan terjojol macam plastik.

Jika itu yang anda mahu, buat pembedahan itu kepada diri sendiri! Jangan dera isteri anda lagi sedangkan anda memilihnya sebagai isteri dalam keadaannya sebegitu sebelum ini.

Tidakkah anda tahu, Tuhan beri payudara kepada wanita untuk penyusuan bayi. Bukan untuk tayangan dan diramas.

Memang tak dinafikan tindakan meramas itu memberi perasaan ghairah kepada lelaki yang minat kepadanya, tapi jangan sampai mendera atau menyakitkan hati isteri dengan mempertikaikan saiz dan bentuk payudaranya.

Anda mungkin jahil mengenai payudara. Saiz dan bentuknya mengikut keturunan dan baka dan selain itu saiz dan bentuk payudara boleh berubah apabila wanita itu hamil dan memberi susu badan atau apabila badan wanita itu mula berisi.

Apabila badan susut dan pengeluaran susu juga berkurangan, payudara itu akan mengecil kembali dan boleh menjadi leper jika badan yang gempal itu susut ketara.

Paling mustahak ialah wanita itu menggunakan baju dalam yang sesuai untuk menampung payudara. Jadi hentikan tekanan kepada pasangan anda dan terimanya sebagai teman hidup dan ibu kepada anak anda.

— Dr.Ismail Thamby (hmetro.com.my)

Written by DewaKebaikan

08/12/2009 at 4:37pm

Posted in General

7 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: Aku_Hebat_Tahap_Dewa]

    insan timur dah insaf la

    DewaKebaikan

    04/01/2010 at 1:09pm

  2. Kpd Insan Timur…silalah kasi isteri anda dengar lagu nie krana ia dipercayai mampu untk membesarkan buah dada wanita…sumpah x tipu…http://www.4shared.com/file/135091749/b27af226/Rock_Melon.html?s=1

    Aku_Hebat_Tahap_Dewa

    03/01/2010 at 6:52pm

  3. [Re: C]

    HIHIHIHIHI

    [Re: ainonymous]

    INSAN TIMUR suka makan budu.

    [Re: tibitibi]

    mungkin sebab budak sekolah sekarang pakai tudung mini.

    [Re: lauryn]

    mmg padan muka dia.

    DewaKebaikan

    15/12/2009 at 12:53pm

  4. ler, kalo isteri dia komplen dia tak cukup besar baru padan muka

    lauryn

    09/12/2009 at 11:16pm

  5. Gila pedo insan timur boleh tau payudara budak 15 tahun camne

    tibitibi

    09/12/2009 at 9:31am

  6. bagus btol jwpn Dr Ismail tuh..bodo punye INSAN TIMUR!

    ainonymous

    09/12/2009 at 9:24am

  7. HAHAHAHAHHAHAHAAAAA

    C

    08/12/2009 at 7:53pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s