DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Adik Manis]

with 13 comments

Kepada adik-adik manis sekalian, pastikan ‘abang-abang bucuk’ anda tidak menjadi seperti Abang Ensem.

Pesanan ini dibawa khas untuk anda oleh DewaKebaikan — Gaya, Mutu, Keunggulan.

[Abang Ensem]
21 September 2006

Aku ada call seorang student perempuan batch bawah aku selama 1 jam 12 minit atas tujuan yang tertentu. Itupun aku yang stopkan. Kalau tidak, perbualan dengan beliau mungkin berlanjutan sehingga 2 jam ataupon 3 jam ataupun 10 jam.

Oh ya, “tujuan tertentu” adalah berkenaan urusan jenazah kawan beliau yang meninggal akibat dilanggar pick-up truck. Berborak tentang “bila sampai jenazah di Malaysia,” “siapa yang sambut di KLIA,” etc etc.

“Eh, apakah etc etc itu? Terangkan sahaja. Tidak perlu sorok.”

Jawaban: Hai… faham-faham sahajalah apabila borak dengan perempuan. Mestilah lama benar. Apa-apa perkara yang ada kaitan dengan si arwah, diceritakannya. Bagaimana dia dapat berita kematian. Bila dia maklum. Bila kali terakhir beliau borak dengan arwah. Kenangan manis dengan arwah semasa di sekolah/kolej. Arwah beli basikal baru. Selepas habis cerita, dia buka sesi soal-jawab dengan aku. Apa aku buat. Tahlil buat atau tidak. Itu ini blah blah blah blah blah blah blah.

Lepas call, aku tulis email kat dia:

“Sorry, telinga aku sudah penat setelah cakap 1 jam 12 minit dengan kau.”

Suatu hari, “balak” dia buka email si budak perempuan itu. Maka, berlakulah salah faham antara mereka berdua kekekeke.

Siang-siang lagi, si budak perempuan beritahu aku, kalau dapat email daripada “balak” dia, buat-buat tidak tahu. Walaupun aku bersetuju untuk “buat-buat tidak tahu,” tetapi aku hendak “ambil kisah” dalam website ini hehehe. Mari saksikan email beliau yg panjang lebar — menerangkan sikap LOSER beliau yang amat terang lagi nyata. Bersama-sama itu, saya selang selikan dengan komen saya.

From: Abang Ensem Anak Abang Munggah ‹ensem-munggah@international-loser-assoc.com›
To: Dewa ‹dewa@gomail.com›
Cc: Girlfriend saya ‹adikmanis@yahooo.com›
Date: Sep 7, 2006 10:49 PM
Subject: reminder

Dewa wrote on Tuesday, August 29, 2006 9:58 PM
To: adik manis
Subject: hehehe telinga aku penat

haha jgn marah eh. saje je gurau2.
1 jam 12 minit cakap ngan ko. dah lama aku tak cakap lama2 kat tepon. tu yg penat tu hehe


Dewa

A’kum saudara Dewa,

Utk pengetahuan kau, aku abang ensem, boyfriend adik manis. Aku ada masalah sikit melibatkan kau skrg nie. aku betul2 tak suka kau cakap lama2 mcm nie dgn adik manis. Aku tau la masa tu arwah baru meninggal, tp apa hal kau nak guna kesempatan tu utk bergayut dgn adik manis lama2 pulak ? apa banyak sangat ke modal kau nak kongsi sama2 dgn adik manis ? kenapa dlm ramai2 kawan perempuan kau, kau call adik manis lama2 ?

(1.1) Kau ada masalah? Pergilah mengadu di Jabatan Aduan Masalah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Aku tidak arif untuk selesaikan masalah orang lain.

(1.2) Kesempatan? Hehehe kau tahu tak? Masa call tu, aku yang minta stop-kan, kalau tidak memang berlanjutan sampailah esok hari.

(1.3) Dalam ramai-ramai kawan perempuan, aku call girlfriend kau lama-lama? Hehehe… untuk pengetahuan kau, masa kes kematian itu, aku bukan setakat call girlfriend kau, tetapi juga kawan-kawan PEREMPUAN si arwah, cikgu-cikgu PEREMPUAN arwah, jiran-jiran PEREMPUAN arwah, x-schoolmates PEREMPUAN arwah dan anak kepada nenek arwah iaitu ayahnya (aku memang kerap menelefon ayah si arwah, start daripada hari kematian sampailah hari pengebumian… rasanya, dalam sehari aku call 5 kali. Selepas ini, aku mungkin call sebulan sekali, atau setahun sekali, atau 10 tahun sekali).

(1.4) Ada orang yang memang lama aku call, ada yang sebentar. Of course-lah… aku kena bercakap lama dengan orang-orang perempuan. Semua benda hendak tahu. Jadi aku ceritalah semua benda. Penyampaian aku pun mestilah sesuai.

(1.5) Kalau kau berniat hendak memberi bunga kepada girlfriend kau, tetapi kau beri batang bunga sahaja, adakah itu akan diterima? Tentu tidak, bukan? Perempuan suka yang indah-indah, lawa-lawa dan halus tulus mulus kudus.

kalau kau dok kat tpt aku, gf kau buat mcm nie pd kau, apa yg kau rasa ? kalau gf kau dpt email mcm nie, kau baca email tu, apa yg kau rasa ? kau rasa hepi ? suka ? bahagia ? aku tau kau masih single, tp kalau kau berkeinginan utk couple sekali pun, kau cari la budak2 perempuan lain kat sana atau kat mana2 sekali pun kat muka bumi nie, tp bukan adik manis, okay ? kau tau tak kitorang nie couple ? she’s already fully occupied, okay ? tak pernah tengok frenster dia ? masih lagi nak tanya aku dgn adik manis nie kawan atau tunang ? guna la kebijaksanaan kau dlm hal nie, okay ? kau masih nak cuba utk rapat dgn adik manis lagi ker ? lagi satu, kau ajak adik manis main tennis sama2 tu, kau nak guna peluang tu utk rapat dgn adik manis ker ? kau nak cuba utk pegang pd prinsip ‘the best man win’ ker ? tak usah la kau buat mcm tu. sia2 jer. bukan aku nak membangga diri, tp dlm hidup adik manis, I’m her best man, okay ? sebab tu aku sentiasa bagi yang terbaik pd dia.

(2.1) Aku tiada girlfriend dan tidak mahu ber-girlfriend. Kalau tidak, akan jadi LOSER seperti kau. Hmm… mari kita berimaginasi sebentar… andaikata aku memang ada girlfriend… aku bagi kebebasan sepenuhnya untuk dia SELAGI dia belum bergelar isteri yang SAH. Dia ada hak untuk bercakap dengan sesiapa. Dia ada hak untuk bermain dengan sesiapa. Juga, dia ada hak untuk terima marriage proposal daripada orang lain.

(2.2) Wah… she’s already fully occupied. Bagaimana perkara itu terjadi? Kau sudah romen dia? Sempat tak pakai kondom? Ish ish bahaya sial, tak pakai kondom, nanti dijangkiti kuman HIV… lalu membawa kepada penyakit AIDS. Cikgu Kemahiran Hidup aku cakap masa darjah empat, penyakit AIDS tidak boleh diubati dengan ubat gigi.

(2.3) Main tenis untuk berpeluang merapatkan diri? Kekeke bongok. Aku buat mailing list dalam Google Group, ada 12 members. Jadi, bila aku ajak main tenis, aku ajak semua 12 orang dalam group itu. Kalau aku main tenis semata-mata untuk rapatkan diri, aku rasa membazir masa. Kau pun tahu, membazir adalah amalan syaitan. Penat-penat main tenis, pastu hendak rapatkan diri… tidak syoklah begitu. Lebih baik aku main penis, masuk dalam lubang… boleh “rapatkan diri” dengan dia kekeke. (Amaran: jangan cuba buat perkara ini di rumah/hotel atau tempat yang Allah nampak — wujudkah tempat yang Allah tidak nampak?)

(2.4) You’re her best man? Sentiasa bagi yang terbaik pada dia? Bagaimana kau tahu? Cuba kau mengawan dengan dia dulu (kahwin dulu, baru dapat pahala sedekah). Kalau dapat 15 orang anak dalam masa 30 tahun, maka tanpa sangsi aku akan jadi hamba pada kau. Aku jadi tukang cuci buntut kau, bila kau sudah tua nanti, tidak larat hendak cebuk sendiri. Aku tidak ambil bayaran upah. Kira hambalah kan?

aku tak nafikan, aku email kau dlm keadaan aku masih emosi dan marah di atas apa yang dah jadi nie. skrg nie pun aku dah cuba utk kurangkan kemarahan aku.

(3.1) Anda emo? Saya ada petua untuk hilangkan emo. Tontonlah filem “Finding Nemo.” Cerita itu memang kelakaw gilew taw. Sayew amat sukew filem tu taw. Kawwan2 sayew pon sukew cerite tu taw… ahaks lolz!

Aku tau kau punya ID ada dlm YM adik manis dan frenster kau pun ada dlm frenster adik manis. Aku dah suruh adik manis delete semuanya, dan kau jgn nak suka2 add dia lagi. Aku dah bgtau adik manis jgn sesekali contact kau lagi lepas nie. aku kenal kawan2 lelaki dia yg lain mcm abang sandum, abang jugah, abang nyauk dan lain2. aku x kisah adik manis nak berkawan dgn diorang tp aku tak suka dia berkawan dgn kau. For your info, aku ada access utk masuk email dan frenster adik manis, dan begitu jugak sebaliknya.

(4.1) Hehehe untuk pengetahuan kau, dia tidaklah se-LOSER kau. Dia kata, dia tidak kisah pun aku call. Setiap kali aku bagi hint untuk berhenti, dia tak faham. Akhirnya, selepas 1 jam 12 minit, aku cakap terus, “kau tak rasa telinga kau penat ke?” Kekeke lepas itu baru dia faham.

(4.2) Dia masih tidak buang YM, friendster aku. Kalau buang pun, kau yang buangkan. Atau pun dia yang buang dengan keadaan terpaksa.

(4.3) Kau ada access untuk masuk email dan friendster dia? So, what’s the point here? Haa… aku rasa, point-nya adalah kau SEORANG LOSER. Sibuk hendak kacau privacy orang lain. Kalau dia bini kau, lainlah ceritanya. Walaubagaimanapun, kau tidak boleh hendak cerita tentang hal pe-romen-an kau dengan bini kau kepada orang lain. Hehehe kau ingat lagi tak, ada satu radio swasta dulu, buat program menceritakan peristiwa malam pertama, ke-2, ke-100, etc… dan ditaja oleh “Adik Manja.” Eh ya kah? Entah. Aku tidak ingat syarikat apa yang taja. Selepas beberapa lama, rancangan tersebut di-ban kekeke.

Prinsip aku senang jer. aku tak kacau ‘telur’ org, aku harap org lain tak kacau ‘telur’ aku jugak. dan aku nampak kau mcm nak kacau ‘telur’ aku. Sebab tu aku marah sangat2. aku berhak utk mempertahankan apa yang menjadi hak aku biar pun kitorang masih belum kawin. mungkin cara adik manis bgtau pd kau x memberi apa2 kesan pd kau, so biar aku sendiri yang bgtau kau. Kalau kau nak jumpa, aku takde masalah. insyaAllah aku akan gi sana bulan 7-8 thn depan utk jumpa adik manis kat sana. Dan kat sana kita boleh jumpa. Kita boleh selesaikan secara gentleman, face to face. Tp aku bukan nak ugut kau nak cari gaduh atau pukul2 kau. Aku tak guna cara samseng atau budak2 kecik utk selesaikan masalah nie.

(5.1) Ish ish kenapa main telur-telur? Kalau kacau telur orang, itu GAY namanya. Kalau main telur sendiri, itu MELANCAP namanya. Astaghfirullahal azim. Bertaubatlah Abang Ensem. Dunia ini sementara. Akhirat kekal abadi.

(5.2) Syurga menanti untuk sesiapa yang Allah beri rahmat dan izin-Nya (semoga saya, Abang Ensem, Adik Manis dan seluruh umat dapat masuk ke dalam Syurga. Dalam syurga tu kan bang… ustaz saya cerita, setiap bidadari memiliki dua pasang benda yang BULAT dan BESAR. Satu pasang benda bulat ada di muka dan satu pasang lagi ada di dada. O_O

(5.3) Hendak jumpa di Amarika? Err… tidak perlulah susah-susah. Aku hampir hendak grad dan balik Malaysia insya Allahu sub7anahu wata3ala (7 = huruf HA, 3 = huruf AIN. Saya Mat Arab kekeke). Mungkin tidak sempat kita hendak berjumpa di sini. Selesaikan face to face? Payah benar tu. Baik kau selesaikan FACE to PENIS (hisap batang kau sendiri dengan mulut kau sendiri). Haa… aku dah cakap payah. Bukan setakat payah, malahan 7ARAM hukumnya.

(5.4) Aku memang TIADA niat langsung hendak propose dia untuk jadi ‘her best man’ atau tunang atau kahwin atau “ku menanti mu di pintu syurga.” Jadi, aku tiada masalah dengan kau. Abang Ensem sahaja yang terasa yang Abang Ensem ada masalah dengan saya.

Aku mintak kau tolong clear pasal benda nie, okay ? aku rasa semua kawan2 dia kat sana tau aku couple dgn adik manis. Dan aku mintak takde saper yang ganggu hubungan kitorang. Mungkin kau rasa kitorang masih tak bertunang atau kawin lagi nie, kau mungkin ada chance utk ‘menyelit’. Tp jgn kau mimpi la. kalau kau sorang lelaki yang gentle, kau cari perempuan lain. kalau kau desperate sekali pun sampai nak rampas gf org lain, kau rampas la gf kawan2 kau yg lain, tp bukan adik manis.

(6.1) Clear? Abang Ensem mesti suka letak bateri cap ABC dalam torchlight… bagaimana hendak terang? Lain kali, belilah bateri Energizer ke, Duracell ke, ataupun Kotex… orang cakap, Kotex tahan lama. Kalau basah, Kotex akan resap betul-betul. Haid tidak akan meresahkan kulit pantat Abang Ensem. Jadi, pantat Abang Ensem akan jadi segar menawan. (Err… pantat adalah qubul atau dubur? Hehe aku pun tidak tahu sebenarnya). Eh kejap, Abang Ensem lelaki atau perempuan? Hmm… terkonfius sebentar. Saya rasa orang yang suka emo bila ada masalah (yang direka sendiri) ialah perempuan. Tetapi, dalam kes ini, Abang Ensem telah terbalikkan dunia ni. Oooh dunia hendak kiamat!

Aku betul2 sayang dan cinta pd adik manis. Adik manis pun sama jugak. Aku dah komited pd hubungan kitorang nie. aku bukan nak main2 dgn adik manis. bagi aku, adik manis satu2nya kekasih, teman, sahabat dan bakal isteri dlm hidup aku. insyaAllah, habis study aku nak terus bertunang dan kawin dgn adik manis. Sudah banyak benda yang kitorang plan sama2. aku sentiasa berdoa hubungan kitorang berkekalan dan apa yang kitorang rancangkan selama nie, akan menjadi kenyataan. so, aku tak perlukan kehadiran mana2 ‘pengacau’ dlm hubungan kitorang nie.

(7.1) Sayang? Cinta? Komited? Bukan hendak main-main? Ish ish, habis tu… bagaimana nanti kalau sudah kahwin,  kau tidak “main-main” dengan bini kau? Ish ish… habislah bini kau nanti mengadu di pejabat Tok Kadi… “Wahai Tok Kadi, suami saya asyik bersolat sunat seluruh malam pada setiap hari. Dia tidak “main-main” dengan saya. Saya suka kena “main-main.” Tak mungkinlah Tok Kadi tak suka kena “main-main” dengan bini Tok Kadi sendiri?”

(7.2) Tidak perlukan pengacau? Oh, kau boleh ‘kacau telur’ kau sendirilah maksudnya? Ish ish, saya nak ulang balik tazkirah… tidak baik melancaplah, Abang Ensem. Kote amat berguna untuk buang air kencing, air mazi, air wadi dan juga air mani. Err.. bukan membuang air mani. Sepatutnya, digunakan untuk memancutkan air mani ke dalam faraj isteri. Bukan setakat nafsu Abang Ensem puas, bahkan dapat pahala sedekah. Kahwinlah cepat-cepat ya bang. Saya doakan Abang Ensem ditemukan jodoh dengan Adik Manis.

(7.3) Ha… lagi satu. Kalau Tuhan sendiri jadi ‘pengacau’ hubungan kau, apa tindakan kau? Bukankah kita hanya merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik penentu?

(7.4) Bahkan, kadang-kadang kita rasa sesuatu benda itu adalah terbaik untuk kita, tetapi itu adalah keburukan untuk kita. Kadang-kadang juga, kita rasa sesuatu benda itu adalah keburukan, walhal itu adalah yang terbaik buat kita.

(7.5) Eh eh… lagi satu. Andainya aku pergi dulu… eh silap pula. Sepatutnya… andainya engkau pergi dulu sebelum Adik Manis. Alang-alang, nyanyi teruslah:

Andainya engkau pergi dulu sebelum dia
Mestikah dia hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisi dia
Mestikah dia kecewa

Dia percaya kau selalu di sisi dia
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasih dia takkan berubah

Tapi, dia yakin andai kau pergi dulu
Dia tak perlu tunggu 3iddah
Dia tak perlu tangisi pemergian kau
Kerna dia ada hak untuk memilih yang lain

umur aku dah 29 thn. Dah banyak benda yang aku pernah tempuhi dlm hidup nie. aku dah masak dgn trick2 utk memikat mcm kau buat nie.

(8.1) Aku tidaklah sebodoh yang kau sangka. Kalau aku hendak pikat, aku pikat dengan benda ini:

(8.2) Aku cakap kat dia, “ukhuwah fillah lestari selamanya.” Itulah slogan saya selaku perwakilan Majlis Tertinggi Persatuan Masak-Masak Islami Se-Amarika. Setiap kali ada perjumpaan mu3tamar, pasti ana ambil kesempatan untuk bersua muka. Lebih penting daripada itu, ana dapat bertukar-tukar fikrah dan idea (err… fikrah bermaksud idea kan? Hehe entahlah, aku sudah lupa).

(8.3) Aku juga akan bagi dia lirik-lirik nashit dan lagu-lagu nashit yang best dan seronok, sambil saya ingat batasan hubungan (my ass) antara ana dan dia.

(8.4) Saya juga akan didik dia supaya nanti kalau dah kahwin, saya tidak perlu didik dia lagi, sebab saya sudah didik dia sebelum kahwin supaya jadi solehah. Tapi kan, aku rasa kan, tidak ada silibus “Ke Arah Membina Kebahagian Rumah Tangga untuk Orang-Orang yang Berkapel Secara Islami” dalam Pendidikan Agama. Hmm…

(8.5) Oh lupa pula tentang gambar di atas. Simbol tangan itu bermaksud nombor ’68’… nanti saya akan ajar bakal isteri saya, cara-cara membilang tanpa perlu menggunakan tasbih sama ada tradisional mahupun elektronik.

Aku cuba amik benda nie dr sudut positif. Mungkin dgn jadinya benda mcm nie, adik manis dah belajar sesuatu. Jgn bergayut dgn mana2 lelaki lama2 mcm dia buat dgn kau. Krisis nie pun akan menguatkan lagi hubungan antara kitorang. So, bagi org mcm kau nie, aku nasihatkan, back off jer la.

(9.1) HEHEHE positif bentuknya begini, kan?

atau begini?

atau begini?

Sumber: Sudah lupa

(9.2) Orang kata kan, monyet sahaja yang tahu bergayut. Kadang-kadang dari atas, kadang-kadang dari bawah, kadang-kadang dari kiri ke kanan. Aku hendak tanya, Abang Ensem yang mana satu? Kiri atau kanan?

Aku harap ini akan menjadi kali terakhir aku email kat kau. Thanks.


Abang Ensem Anak Abang Munggah,
Loser Executive,
International Loser Assoc.,
Media Department,
No. 786, Jalan Tan Sri Temenggong Jugah Anak Barieng 1,
88888 New Castle,
Negeri Bawah Langit.

Email: ensem-munggah@international-loser-assoc.com
Phone: 013-24434 (13 rukun solat & bilangan rakaat untuk 5 solat fardu)
Fax: 03-3333 3333 (3 perkara wajib suci — tempat sembahyang, pakaian dan anggota badan)

(10.1) La syukran 3alal wajib (tidak perlu berterima kasih atas tanggungjawab saya). Sebenarnya saya hampir hendak block email address Abang Ensem, selepas Adik Manis beritahu, kalau Abang Ensem email saya, buat-buat tidak tahu sahaja. Tetapi saya tidak jadi hendak block sebab saya terfikir, saya sudah lama tidak update website saya… ramai orang tanya saya “kenapa tidak update” atau “mana update” atau “bila nak update?”

(10.2) Sayalah yang sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kepada Abang Ensem, kerana menyumbangkan idea yang AMAT BERNAS untuk entry ini.

Written by DewaKebaikan

24/12/2009 at 11:26am

Posted in General

13 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: nasrizal]

    mungkin beliau takut dengan Bayangan Gurauan.

    DewaKebaikan

    23/11/2010 at 8:01pm

  2. Kalaw dah katanya dia dan adik manis tu cinta nak rak sampai dah janji nak kawen apsal dia takut sgt dewa ngorat adik manis… kalaw dah cinta sangat ngorat camana pun xsangkut punya…

    nasrizal

    21/11/2010 at 3:03am

  3. [Re: iznan]

    menurut sumber yang dipercayai, beliau tak jadi kawin. keh keh keh.

    DewaKebaikan

    11/01/2010 at 4:54pm

  4. aah..dia dah kahwin belum? ni entry lama ko di beri nafas baru kekeke..kalau belum atau dia dah tak jadi kahwin…..bagus gak kita pakat2 gelak kan dia…kekeke….org cam gini mmg tak layak jadik lelaki…mcm ayam serama

    iznan

    09/01/2010 at 8:29am

  5. [Re: Aku_Hebat_Tahap_Dewa]

    terima kasihlah kerana bersusah-payah utk mencari gambar beliau

    DewaKebaikan

    04/01/2010 at 1:01pm

  6. Wie…nie aku jumpa gambar Abang Ensem…x slah aku dia bru buat pembedahan plastik…(kes malu kowt?)….ish ish ish…haram tuh…http://www.stupidmonkeyplanet.com/wp-content/uploads/2007/11/329739181_5aadb2e44b.jpg

    Aku_Hebat_Tahap_Dewa

    01/01/2010 at 9:10pm

  7. [Re: pizli_mw]

    abg ensem mmg gitu sejak azali. gambar adik manis? cuba google

    adeh, takde la plak.

    [Re: famia]

    hehehe man jadda wajada.

    [Re: suhaimiramly]

    putus di tengah jalan. ku harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. wahahaha.

    aku try search email tersebut, tapi “No messages matched your search.” ahhh, gilo rugi.

    saya baik😳 hehehe terima kasih.

    [Re: C]

    saya pernah lempang seorang wanita di hadapan orang ramai.

    lepas lempang, terus hidung kembang… bangga!

    [Re: sani]

    bukan sumbat. mungkin bocor.

    [Re: mizi]

    jangan kentut berdarah sudahlah.

    DewaKebaikan

    30/12/2009 at 12:11pm

  8. hahaha..kelakornya,sampai nak terkentut aku rasa,bengong punya abg hesem..nyampah i nyah…

    mizi

    28/12/2009 at 8:16am

  9. i loike!!!
    i dah tataw nak tulis apew2 youuu
    i loike!!!

    ekekeke

    konek tersumbat abang ensem nih, siann p la dptkan khidmat dokter tambii

    sani

    26/12/2009 at 3:15am

  10. dewa adalah seorg yg suka mencarut.akan tetapi beliau sopan dgn wanita.sekiranya beliau ingin mengutuk wanita,beliau akan mengutuk di blkg shj.

    hehehe.betul tak dewa?

    ps:klu adik manis mintak clash dgn abg ensem,mau gila abg ensem tu dibuatnye…

    C

    24/12/2009 at 9:30pm

  11. sekarang diorang dah kawin ke?

    kalau belum kawin, ko fwd entry ni kat dia. atau kalau ko lebih keji lagi, ko letak nama betul dia dan adik manis kekekeke…tapi aku tau ko orang baik.

    suhaimiramly

    24/12/2009 at 4:35pm

  12. ahkahakhakhaks.
    as sobru minal iman.
    chill weh.
    12SX betul bahasa entry ni.

    famia

    24/12/2009 at 3:28pm

  13. Hahahaha.. Menggelabah betul Abg Hensem.. Cuba letak gambar adik manis, manis sangat ke dia sampai abang hensem jadi gila mcm ni.. (kalau cerita ni betulla)

    pizli_mw

    24/12/2009 at 12:16pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s