DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Sumpahan Ibu]

with 6 comments

Shalom Aleichem,

Berkata-katalah dengan kata yang baik. Jika tiada kata yang baik untuk dikata, maka diamlah daripada berkata-kata. → (Alasan kukuh untuk saya tidak update selama seminggu kekeke)😛

Oleh kerana hari ini saya ada kata yang baik, maka saya akan berkata-kata. Renung-renungkanlah kata-kata saya. Selamat beramal!

Fwd: Gempar!!! Anak derhaka disumpah menjadi kambing. Sila fwd-kan kepada moslem lain.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2001 di sebuah kampung terpencil di Tibet. Seorang anak telah menerajang ibunya yang sedang rukuk semasa bersolat sunat. Anak tersebut telah menendang buntut ibunya dengan begitu kuat sekali sehingga menyebabkan ibunya koma selama dua hari. Sebelum koma, ibunya sempat berkata,

“Semoga kau menjadi kambing mati.”

Beberapa saat kemudian, tubuh anaknya terus menggeletar dan beliau mati dalam keadaan fizikalnya berubah menjadi kambing biri-biri.

Sumber: Telegraf Harian, Tibet.

Setelah ibunya sedar dari koma, beliau terpinga-pinga sambil bertanyakan perihal anaknya. Suaminya yang berada bersebelahan berkata, “Anak kita telah kembali menemui Ilahi. Innalillahi wainna ilaihi raji’un.”

“Sudah dikebumikan?”

“Belum.”

“Di mana dia sekarang?”

“Di bilik mayat.”

Beliau bersama suaminya pergi ke bilik mayat. Atas kata-kata nasihat suaminya, beliau menyesal kerana menyumpah anaknya menjadi kambing mati. Lalu beliau menukar sumpahannya,

“Semoga kau menjadi TV Sharp Aquos 37 inci.”

Blinggggg!!!

Moral:
1. Kepada anak: Jangan jadi anak derhaka.
2. Kepada ibu: Jangan sumpah anak dengan sumpahan yang bukan-bukan. Tiada manfaat.


DewaKebaikan: Entry ini diilhamkan oleh orang lain.😕

Written by DewaKebaikan

15/01/2010 at 4:13pm

Posted in General

6 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: chics]

    kekeke ok gak tu.

    [Re: topsy krets]

    mmg bukan kambing mati pon. kambing tu baru lahir sebenarnya. opss bocor rahsia.

    [Re: Aku_Hebat_Tahap_Dewa]

    tak buleh. anak adalah anugerah yg tiada galang ganti. cewaahh, saya berceramah plak

    [Re: green apple]

    a ah semacam je kan. tapi, takde bukti plak dia mati dlm iman. kalau p. ramlee, mmg ada bukti yg direkodkan.

    [Re: mizi]

    sikit lagi dah bleh sama macam angelina jolie

    DewaKebaikan

    19/01/2010 at 10:23am

  2. tebal lah bibir kambing tu..kambing negro ke?? hihi..

    mizi

    19/01/2010 at 7:51am

  3. tapi kalau dibelek-belek muka kambing tu macam tersenyum kan? Mesti before dia mati dia cakap ‘Aku mati dalam imannnnnnn.’

    green apple

    18/01/2010 at 4:59pm

  4. kalu camtu stiap kli bini aku mngandung aku minx bini aku sumpah anak aku tuu jdi kamera kerr…laptop kerr…aper2 jerlarrhh yg mhal2…fuh…kna bwat anak banyak2 nie…huhuhu…>.<

    Aku_Hebat_Tahap_Dewa

    15/01/2010 at 10:51pm

  5. gmbr ape yg kt atas tu? xrupe kambing mati kena sumpah pon…penat aku belek..

    topsy krets

    15/01/2010 at 8:33pm

  6. Oh, kalau macam tu nanti I nak sumpah anak I jadi beg gucci hehe

    chics

    15/01/2010 at 6:05pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s