DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Solat Jamak]

with 2 comments

Shalom Aleichem,

Hari ini aku ingin menjadi Ustaz. Ustaz DewaKebaikan. Tajuk pada hari ini ialah solat jamak. Bukan jimak. Jika anda mencari petua-petua untuk berjimak, sila cari website lain.

Atau jadilah peserta Duit Perigi, Duit Tsunami, Duit Jana, Duit Pantas, Duit Pantat, Log In Facebook Dapat RM100, Duduk Rumah Tapi Pendapatan RM10,000 seminggu. Anda akan dapat kemudahan memuat turun e-book percuma. E-book tersebut semestinya berkaitan Kamasutra, Abang Gagah, Isteri Puas dan Ubat Kuat Lelaki Spring Return… toing toing. Belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu.

Okay, kembali kepada topik. Solat jamak tidak boleh dilakukan kerana sebab-sebab yang bodoh. Contoh sebab yang bodoh ialah anda “malas hendak membuka mulut.”

Katakanlah anda menghadapi peperiksaan 4 jam berterusan tanpa rehat. Waktu peperiksaan 12.00 — 4.00 petang. Waktu zohor 12.30 petang. Waktu asar 3.00 petang.

“Abang usroh ana kata, kita boleh buat solat jamak semasa peperiksaan. Ilmu agamanya sangat tinggi. Segala apa yang dia cakap adalah kebenaran.”

Habis, kalau abang usroh kau kata blowjob itu sedap… kau nak ke? Janganlah asyik menjilat pantat abang usroh kau sahaja.

Masalahnya sekarang, kau malas hendak membuka mulut, bertanya kepada pensyarah kau. Kau pemalas, kau pengecut dan kau tiada telor.

Aku pernah menghadapi peperiksaan sedemikian. Aku cakap kepada pensyarah aku, 12.30 aku hendak keluar, sembahyang zohor. Bukan setakat dia memberikan aku kelonggaran untuk keluar sembahyang, malah dia memberikan aku masa tambahan 10 minit. Aku tidak berbuat apa-apa sepanjang masa tambahan melainkan menyemak kembali jawapan dan membetulkan tulisan aku yang herot-berot.

Okay sekarang, bagaimana pula sembahyang jamak kerana balik dari kerja, tersangkut dalam kesesakan jalan raya? Kalau kau sendiri yang memandu, apa kata kau berhenti sekejap di tempat yang sesuai dan sembahyanglah di mana-mana, sekalipun di atas rumput. Setakat kerja di KLCC, rumah di PJ… itupun hendak jamak?

Kalau kau berada dalam situasi Gadis Kimanis, bagaimana pula? Lihat jawapan di bawah.

Solat jamak kerana sangkut kesesakan jalan

SOALAN

SAYA gemar membaca ruangan soal jawab agama. Bolehkah saya menjamakkan solat Maghrib dan Isyak saya kerana saya bekerja di Kota Kinabalu tetapi tinggal di Kimanis. Perjalanan dari tempat kerja lebih kurang 70 kilometer tetapi waktu balik kerja sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Saya tidak dapat singgah di mana-mana masjid atau surau kerana saya balik dengan menaiki bas sewa dan akan sampai di rumah selepas isyak. Apa yang patut saya lakukan? Adakah saya patut jamak saja solat saya atau hanya melakukan qada untuk setiap hari yang tertinggal?

GADIS KIMANIS
Sabah

JAWAPAN

Solat jamak hanya boleh dilakukan jika jarak perjalanan melebihi 90 kilometer (dua marhalah). Jarak dari rumah ke tempat kerja anda sekarang tidak cukup dua marhalah yang membolehkan solat jamak dilakukan. Jika berada dalam kenderaan boleh dilakukan solat dalam kenderaan sahaja. Pastikan saudari sudah berwuduk dan menutup aurat dan ketika masuk waktu laksanakan solat semampunya dalam kenderaan.
Nabi Muhammad SAW sendiri pernah melakukan solat ketika di atas unta tunggangannya.

Bila sudah sampai ke rumah lakukan “i-a-dah” atau ulangi semula solat berkenaan sekurang-kurangnya kita menghormati waktu solat.

Jika masih tidak mampu jangan lupa untuk qada solat berkenaan sebaik sampai ke destinasi.

Dr Mashitah

**********

Kehadapan Dr Mashitah yang dikasihi,

Semoga Dr Mashitah berada dalam keadaan sihat walafiat. Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk membetulkan sedikit jawapan yang anda berikan kepada Gadis Kimanis.

Solat yang dilakukan di atas kenderaan seperti kapal terbang, kereta, keretapi, bas, keldai mahupun kuda padi, TIDAK PERLU diulangi semula sekiranya berwuduk.

Jika bas tersebut menyediakan kemudahan ruang solat, maka bolehlah anda melakukan solat seperti biasa (berdiri, rukuk, sujud, etc). Tetapi sepanjang pengetahuan saya, tidak wujud syarikat bas yang berbuat demikian.

Oleh itu, sebelum menaiki bas, ambil wuduk. Semasa berada di dalam bas, apabila masuk waktu Maghrib, teruslah bersembahyang dalam keadaan duduk. Tunduk sedikit untuk rukuk. Tunduk lebih daripada tunduk rukuk tadi untuk sujud. Mungkin 45° untuk rukuk dan 80° – 90° untuk sujud. Jika anda mengamalkan yoga, pastinya tiada masalah untuk tunduk 90° dalam keadaan duduk. Err, bukankah yoga itu Hard Rock Alif Mim? Eh silap… Ha Ro Alif Mim.

Bagus sekiranya anda memiliki kompas untuk menentukan arah kiblat. Dada hendaklah menghadap kiblat pada permulaan sembahyang (takbiratul ihram.) Biarkan bas itu berpusing ke kanan dan ke kiri, anda tidak perlu mengubah kedudukan anda mengikut arah kiblat sebenar sepanjang solat tersebut.

Sekiranya anda terkentut ketika bersembahyang, pastikan kentut tersebut tidak didengar atau dibau oleh penumpang-penumpang lain di dalam bas tersebut. Jikalau tidak, anda akan terkenal sebagai Gadis Kentut dan bukannya Gadis Kimanis. Setibanya anda di rumah, hendaklah anda mengqada solat tersebut.

Namun demikian, jika anda sendiri tidak dengar atau bau kentut sendiri, abaikanlah kentut tersebut. Solat anda masih sah. Mungkin hanya perasaan kentut sedang bermain dalam hati anda.

Maafkan saya kerana berbelit-belit pula surat ini. Sekejap cakap dengan Doktor, sekejap cakap dengan Gadis Kimanis.

Pesanan terakhir buat Doktor, nipiskanlah solekan anda. Emak saya cakap, “Bughok bona, dah tuo-tuo besolek toba.” Maafkan emak saya kerana mengumpat Doktor. Sesungguhnya pemaaf itu adalah sifat ahli syurga.

Pen saya pun hampir kehabisan dakwat untuk meneruskan warkah ini. Saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah. Jangan jadi mat pit, jangan hisap dada.

Yang hensem tanpa bersolek,

DewaKebaikan

Written by DewaKebaikan

03/02/2010 at 2:25pm

Posted in General

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: nasrizal]

    benar

    DewaKebaikan

    23/11/2010 at 7:59pm

  2. tidak semua yang beragama itu berilmu…
    tidak semua yang berilmu itu beragama…

    nasrizal

    21/11/2010 at 2:20am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s