DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Sarcasm: Failed]

with one comment

Telah dikhabarkan bahawa Infinity Downline = Login Facebook Dapat RM 100 = HARAM.

Namun, apabila golongan orang lemah fikiran bermain dengan kata-kata, inilah hasilnya…

Khairul:

Salam…

Saya Mungkin Masih Tak Tahu Rupanya Apa Itu Riba,
Selama Ini Seingat Saya…Riba Tu Macam Kalau Kita Bagi Duit Singgit, Pastu Kita Minta DIBAYAR Balik Singgit setengah, Sesama Manusia, Macam Trend Hutang, Interest,Itulah Riba Yang Nyata,Salah Rupanya.
Sebaliknya Bila Saya Sertai ID, Dan Memperkenalkannya Dengan Rerakan Lain, Saya Usaha Guna Masa(emas),Ilmu,Kenal Rakan Baru Setiap Pelusuk Malaysia,berbincang, Ajar Dan Mengajar, Berkongsi Ilmu, Sehingga Akhirnya Member Setuju Dan Join, Dikira Riba Juga.

Kemudian Kalau Kita Masuk Dalam LIBRARY UMUM, Tetiba Ternampak 3-4 Buku Yang Tertulis Perkara Yang Haram Bagi Kita,
Rupanya Haram Juga Kita Untuk Masuk Library Tu,Buang Kad Ahli, Sebab Ada Buku Yang Haram Kat Dalam tu,
Baru Saya Tau,

Mungkin…. Dan Segalanya Masih Mungkin.

Namun Hari Ini Mungkin Dah Ada, Pertengkaran Sesama Umat Islam, Ada Yang Patah Hati, Sakit Hati, Terpinga Pinga,
Minta Duit Balik, Marah Atas, Marah Bawah. Sampai Bergaduh Gaduh, Larikan Diri,Tak Lena Tidur… Dan Segala Yang Nagetif,
” Aduuh , Dah Haram Pulak, Penat Jer Rasa”

Positifnya Pula, Ada Yang Sedar, Insaf, Akur, Muhasabah Diri, Menyesal, Berbincang, muzakarah, Memperbetulkan, Dan Segalanya Yang Positif Dari Hal Ini
“Nauzubillah”

Dan Tak Kurang Juga, Yang Senyum Sendiri, Seronok, Besar Kepala, Komen Sana, Komen Sini, Hipokrit,” Haaa Kan Aku Dah Kata… Diorang Tak Percaya, Padan LAA Muka Diorang… “

Itu Yang Saya Nampak Hari Ini,

Pada Saya Pula,Itulah Bangsa Kita,
Melayu.
Betul Kata Hang Tuah..Takkan Melayu Hilang Didunia,
Hari NI kITA masih Boleh Nampak, Kelibat Sultan Yang Berkuasa, Tapi Jatuhkan Hukum Tanpa Usul Peksa,
Bayangan Tun Ali, Kononya Orang LAMA, Tapi Tak Suka Tengok Yang Muda LEBIH bERJAYA,
Yang Seperti JEBAT, Toksah Citer, Banyak Nya,

Pendek Kata. Ada Pro Dan Kontra Nya,Setiap Sesuatu
Sedangkan Sesama Ulama Pun Bersidang, Berbahas,Sebelum Letakkan Hukum,

Maafkan Saya Ustaz. And Rerakan

[Advice_1: Failed]

Azman Yaakob:

Sejauh manakah maklumat yg Ustaz ada..

Pertama sekali, kita tidak usah panik. Itu hanyalah pandangan Ustaz Zaharuddin dan kita menghormati pandangan beliau itu. Tapi saya berasa amat curiga dari mana sumber Ustaz membuat kajian tersebut kerana ternyata berbeza dari apa yg saya pelajari mengenai program ini. Ia tiada Riba kerana setiap org membayar amaun yg sama iaitu RM100 tanpa mendapat komisen atau org tengah…

Saya juga rasakan bahawa ustaz sepatutnya ada buat perbincangan dengan para peserta2 Infinity Downline terlebih dahulu sebelum membuat rumusan mengenai status halal atau haram ini tanpa hanya berpandukan pada blog atau website semata2…jgn disebabkan dorongan sesetengah org yg mungkin iri hati dgn bisnes Infinity Downline ini sampai sanggup utk menyalurkan maklumat yg sama sekali salah kepada Ustaz…untuk makluman Ustaz, program ini dah byk membantu mereka2 yg susah dan telah dpt menyelesaikan masalah kewangan tanpa perlu bergantung pada Credit Card @ peminjam2 yg biasanya mengenakan interest..maka salahkah mereka menjana kewangan dgn memilih program ini yg ada produk dan bukan memilih MLM lain spt stormreaders dan sebagainya…renung2kan lah Ustaz…harap penjelasan dari Ustaz dan perkara ini tidak berhenti disini saja…

[Advice_2: Failed]

Moslem Anoar:

Terima Kasih Ustaz & Teguran Ikhlas

Terima kasih kerana memberi penerangan panjang lebar mengenai perkara diatas. Untuk pengetahuan Ustaz saya bukanlah ahli ID dan penulis buku serta perunding korporat dan perniagaan.

Hampir setiap kali memberi cerama perniagaan di Malaysia, Singapura dan Brunei saya selalu menasiatkan usahawan Islam kita mengenai perkara2 diatas.

Terima kasih sekali lagi ustaz. Tetapi saya ingin membuat teguran yang membina kepada ustaz tidak mendalami ataupun mengkali sedalam-dalamnya satu2 perniagaan sebelum membuat kesimpulan.

Saya mendapati ada beberapa fakta (andaian) perniagaan yang ustaz kemukan bercanggah dan tidak betul mengikut konteks perniagaan yang sebenarnya.

Saya harap ustaz mendalami dahulu ilmu perniagaan sebenar-sebenarnya sebelum membuat tulisan ataupun ulasan kerana dikhuatiri kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Terimalah teguran saya sebagai sesuatu yang membina dari seorang islam kepada saudara islam yang lain.

Ustaz tak perlu masukkan post ini ke laman web ustaz sekiranya ustaz berasakan ianya tidak sesuai.

Sekian terrima kasih. Saya sanggup bersama-sama menjaid think tank ustaz demi memastikan saudara seislam kita berniaga berlandaskan ajaran Islam yang betul.

Diharapkan ilmu perniagaan yang Allah berikan kepada saya (Diploma sampai Master semua didalam bidang Perniagaan dan Pengurusan) dapat membantu.

Wallahualam…

Moslem Anoar
H/P 012-8868552

[Advice_3: Failed]

AZRUL:

Salam Ustaz , adakah ustaz telah melihat dahulu @ menganggotai ID ini , sebab ada banyak kesilapan yang saya baca paling ketara dibawah ini :

Level 1 – 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 – 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 – 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 – 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 – 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

Jadi kalau boleh sila perhatikan betul2 , ianya telah lama diguna pakai oleh kaum lain untuk perniagaan masing-masing. Seterusnya akad belian dan juga persetujuan seseorang untuk menganggotai ID jelas .

Saya harap perhatikan dahulu , kaji dahulu .. adakah ianya MLM ?..bukan sama sekali , ianya bukan pyramid..

Jangan terlalu asyik memandang serong atau kepada perniagaan orang lain terutama sesama kaum sendiri .Kita tidak pasti jika ada orang yang benar – benar susah ingin melakukan bis ini untuk kebaikan mereka.

Ustaz juga kena akui bahawa term of bis ini , mana2 bis tanpa ada pembeli atau usaha mereka , sudah pasti mereka tidak dapat income daripada apa yang mereka lakukan .

Saya harap ustaz kaji dahulu sebenar-benar nya sebelum menjelaskan hukum-hukum tersebut.

Sekian sahaja .

[Advice_4: Failed]

roy:

sigh~malu bertanya maka langgar dinding

mungkin saudara Zaharuddin boleh cuba menjadi ahli TAPI BUKAN TUJUAN NAK BUAT DUIT..TUJUAN ADALAH UNTUK MENGKAJI SISTEM DALAM ID sebelum menulis artikel ini atau review artikel ini. I welcome u anytime to reg under me FOC. I give u 1 month time for u to go through all the software audio and video and come out with a new review.
Saudara sanggup mencuba? Sekiranya saudara dpt memberikan saya artikel yang cukup mantap bahawa ID memang tidak halal selepas saudara mengkaji kesemua videonya(KAJIAN ANDA DISAKSIKAN DAN DIREVIEW OLEH 3 PENGKAJI yang lain..dlm ISLAM afdal 3 saksi kan?).. saya sanggup melepaskan ID saya. Saya berada di pihak yang benar jadi saya tidak takut pada saudara.

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA… OSAH GILO EH. MATO BUTO DEK DUIT.

Written by DewaKebaikan

01/03/2010 at 12:16pm

Posted in General

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. memang gilo

    ajanlatib

    07/04/2011 at 4:43pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s