DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Tandas FINAS]

with 2 comments

Kemudahan-kemudahan di FINAS sememangnya canggih. Contohnya, Studio Digital Mix Stage

Bertepatan dengan usaha memartabatkan industri filem tanah air maka lahirnya projek terulung Finas iaitu Studio Digital Mix Stage. Studio ini merupakan projek yang pertama seumpamanya di Malaysia dan diiktiraf sebagai DOLBY DIGITAL PREMIERE.

Ini memberi ruang kepada penggiat filem tempatan menghasilkan adunan audio dan bunyi dari tahap Dolby Digital 5.1 hingga 6.1. Dalam masa yang sama ia juga menawarkan ruang kerja yang beraspirasi dan menenangkan. Secara tidak langsung perhatian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada karya kretiviti mereka.

Studio ini dilengkapi dengan peralatan audio yang terkini dan setanding jika dibandingkan dengan studio-studio di luar negara. Tambahan pula pembinaan studio ini mendapat sentuhan pakar dari Hollywood dalam rekabentuk bangunan, akustik dan juga pemilihan peralatan.

Antara kemudahan yang ada yang ditawarkan di Studio Digital Mixstage ini adalah Mix Stage Studio, Audio Dubbing Room, Audio Sweeting Room, Foley dan Optical Sound Camera.

Aku merasakan bahawa TANDAS FINAS YANG CANGGIH dan lengkap dengan shower head, juga mendapat sentuhan pakar dari Persatuan Pereka Tandas Hollywood.

Pertama kali aku masuk tandas FINAS, aku pun mengeluh, “Aduh, bagaimana hendak buka paip ini?”
Aku pun pusing kepala paip ikut suka hati. Tiba-tiba *splepek* air terpancut terus ke siling tandas.
Lalu keluar perkataan dari mulutku seakan berbisik, “Holy shit.”

Sekadar gambar hiasan.

Kebetulan ‘jiran’ tandas sebelah aku, melalui benda yang sama, tidak reti pusing kepala paip gamaknya.
Lalu keluar perkataan dari mulut beliau seakan menjerit, “Astaghfirullahal azim!”

Lepas selesai urusan aku dalam tandas tersebut, aku cepat-cepat keluar, tidak dapat menahan ketawa.
BWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAAHAHAHA

“Eh, kenapa ketawa? Betullah tindakan beliau, ucap “Astaghfirullah” apabila terkejut/tersalah. Sesungguhnya mulut jiran ente lebih mulia daripada mulut ente yang busuk itu.”
Jawaban: Kekekekekekekke lawaklah ente orang ni.

Written by DewaKebaikan

09/03/2010 at 4:12pm

Posted in General

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [Re: hotmamma]

    ini semua salah Celcom Broadband (walhal mmg malas menulis secara tiba2)

    DewaKebaikan

    15/04/2010 at 12:05am

  2. pak cik…..mana lagi entry baru
    lama dah cek dok tunggu ni…

    hotmamma

    07/04/2010 at 10:19am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s