DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Salah Tilik]

with 5 comments

Pakar motivasi sah cerai talak satu
Harian Metro | Selasa, 27 Oktober 2009

TENANG...Madiha (tudung merah) berbincang dengan saudara-mara yang menemani sepanjang prosiding.

MELAKA: Pakar motivasi, Dr Azizan Osman, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Madiha Mohammad, 33, secara baik, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ayer Keroh, Muhammad Yusro Borhan Nordin, jam 11.58 pagi, semalam.

Azizan, 35, yang terkenal menerusi beberapa program motivasi kelihatan tenang ketika membacakan lafaz perceraian itu di hadapan isterinya yang sebelum itu bersalam dan mencium tangannya sebagai tanda memohon kemaafan.

Muhammad Yusro yang mendengar lafaz cerai itu mengesahkannya serta memerintahkan Azizan mendaftar perceraian itu di Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), manakala Madiha diperintah beredah tiga kali suci.

“Mahkamah dengan ini mensabitkan jatuh talak satu kali pertama berjumlah satu talak,” katanya yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.

Beliau turut mengingatkan kedua-dua plaintif dan defendan supaya bermuhasabah diri di atas kejadian berlaku.

Terdahulu, peguam syarie, Mohd Mohtar Karim yang mewakili Azizan memberitahu kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perceraian secara baik.

Peguam Madiha, Mohd Adli Ithnin pula memberitahu defendan akur permohonan plaintif walaupun sepanjang perkahwinan tiada masalah rumah tangga berlaku.

Mari kita lihat komen-komen yang saya petik daripada forum-forum di Internet

[1] BatuBata:
Apalah… sibuk motivasi orang dengan tarikh lahir, tapi rumahtangga hancur.

[2] BatuBoto:
Cerai bini lama, nikah dengan bini baru di Thailand. Dasar kaki betina!

[3] BatuButuh:
Adik perempuan dia yang belajar syariah pun kaki jantan! Dulu purdah, sekarang seksi pakai seluar jin ifrit.

[4] BatuKeras:
Dia mungkin salah tilik tarikh lahir bekas isteri dia.

[5] Batu710:
Cerita rumahtangga orang… hanya mereka berdua saja yg tahu apa sebabnya.
Jangan campur la..
Ko nak salahkan sebab kejar harta dunia pulak…

Aku tak pernah attend mamat ni punya talk.. tapi kalau macam tu punya tarikan, he must be very good. The crowd dont lie.

Apa pun.. bila kita curah ilmu dan org mula datang beramai2 macam tu utk belajar.. sebagai guru kita perlu pikul tanggungjawab dan penuhi hajat yg nak belajar tu. Kita dah jadi milik masyarakat…

CONTOH/ANDAIAN – Kalau Nabi2 dulu berputus asa sekerat jalan sebab tunduk dgn kemahuan bini2 mereka yg kata..”Abang ni asik mengajar agama je.. Ayang kat rumah duduk sorang2 je.. Abang tak pentingkan ayang ke?” heheh alamatnya kita semua masih pikul kavadi naik Bt Cave le… hahaha.

Ramai yg aku tengok ayat macam baik giler tapi masej yg disampaikan cetek ilmu.

Aku tidak setuju dgn BatuBata, BatuBoto dan BatuButuh. Sebab — personal attack. Mungkin hanya gosip.
Aku partially agree dengan BatuKeras. Sebab — witty and amusing.
Aku setuju dengan Batu710, tetapi untuk dua baris pertama sahaja. Baris ketiga, aku tidak berapa hendak faham (buat-buat tidak faham sebenarnya). Ayat-ayat seterusnya yang disembur oleh Batu710, memang BULLSHIT, terutama baris terakhir.

Mengata dulang paku serpih
Mengata orang awak yang lebih

Lebih apa? Lebih cetek ilmu
Ilmu apa? Macam-macam ilmu

(i) Ilmu bahasa Malaysia
— “mesej” bukan “masej”
— “kau” bukan “ko”
— “pula” bukan “pulak”
— “ini” bukan “ni”
— “itu” bukan “tu”
— “gila” bukan “giler”
— “lah” bukan “le” atau “la”
— “sahaja” bukan “je”
— “seorang” bukan “sorang”
— “asyik” bukan “asik”
— “kah” bukan “ke”
— “sayang” bukan “ayang” ← ayang-ayang: sj tumbuhan (pokok renek yg dibuat ubat), Lasianthus longifolius.
— “haha” bukan “heheh” atau “hahaha” ← gelak tidak boleh lebih daripada dua kali.

“Ramai yg aku tengok ayat macam baik giler tapi masej yg disampaikan cetek ilmu.”
“Ramai yg aku tengok ayat” ← Kau tengok “ayat” atau “ramai”? “Ramai” adalah frasa adjektif bukan frasa nama. Secara amnya, dalam bahasa Melayu, frasa nama sahaja yang dapat berfungsi sebagai subjek ayat.
— Keseluruhan stuktur ayat adalah salah. Sepatutnya ditulis begini:
“Ramai orang menulis ayat yang membayangkan mereka adalah orang yang baik. Namun, mereka cetek ilmu.”

(ii) Ilmu bahasa Inggeris
“The crowd dont lie” ← Engkau sungguh malas untuk meletakkan tanda apostrophe
— “Doesn’t” bukan “don’t”
— Tidak wujud pepatah “the crowd dont lie.” Pepatah yang wujud ialah “Hips Don’t Lie”
— Aku tidak pernah pergi ke konsert Shakira (baca: Workshop Rahsia Tarikh Lahir). Tetapi kalau begitulah tarikannya, she must be very good. Hips don’t lie.

Maaf, salah lagu pula😛

Eh, kita bercakap tentang Azizan ke Azizah? Melalut pula saya.

(iii) Ilmu sejarah
“Kalau Nabi2 dulu berputus asa sekerat jalan sebab tunduk dgn kemahuan bini2 mereka yg kata..”Abang ni asik mengajar agama je.. Ayang kat rumah duduk sorang2 je.. Abang tak pentingkan ayang ke?” heheh alamatnya kita semua masih pikul kavadi naik Bt Cave le… hahaha.” ← Kau mengumpamakan nabi dan ilmu kenabian dengan dR Azizan dan ‘ilmu’ ketololannya. Kau hendak mampus?
— Kita tidak bernabikan nabi-nabi dahulu melainkan Nabi Muhammad seorang sahaja. Kalau nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad putus asa seperti andaian kau, kesannya hanya pada masa/zaman itu, bukan sampai ke zaman Batu Cave.
— Contoh nabi dahulu: Nabi Musa. Beliau tidak diutuskan untuk kita. Kalau Nabi Musa hidup zaman ini, dia mesti ikut syariat Nabi Muhammad. Kita pula tidak boleh bersyariatkan Nabi Musa.

“Apa pun.. bila kita curah ilmu dan org mula datang beramai2 macam tu utk belajar.. sebagai guru kita perlu pikul tanggungjawab dan penuhi hajat yg nak belajar tu. Kita dah jadi milik masyarakat…”
— Sesungguhnya, ilmu yang dicurahkan hanyalah ‘ilmu’ kebebalan. Wajib kita sebarkan atau hentikan?
Ingatlah bahawa, ilmu yang hakiki tidak dicurah. Penggunaan “curah” yang sesuai adalah untuk frasa “tandas curah” (sejenis tandas yg perlu dijirus dgn air utk mengalirkan najis ke dlm lubang yg ditutup)

Kesimpulan untuk bab pertama ialah, kita hendaklah memisahkan kehidupan peribadi dR Azizan dan kisah ‘kejayaan’ beliau yang ‘gilang gemilang’ itu.

Soalan: Adakah saiz punggung dR Azizan lebih besar daripada Shakira?
Alamak, itu adalah personal attack. Tolong jangan jawab.

Bersambung…

Intro | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10


DewaKebaikan: Harap-harap, tiadalah guru bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang membaca entri ini. Saya takut kena sembur kekeke. Eh, silap. Bukan “kekeke” tetapi “haha.”

Written by DewaKebaikan

22/04/2010 at 12:50pm

Posted in General

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. GILA MEROYAN LAH KOMEN2 ATAS NIE…TAK PERGI TUE BODOH, YANG DAH PERGI KELAS FREE PUN LAGI BODOH SBB TAK DAPAT APA2 INPUT! DIA MELAHIRKAN RAMAI USAHAWAN MELAYU ISLAM WEYH..FIKIRAN TERBUKA SIKIT…NIE DAH TAHUN BARU LAH AZAM BARU…PEMIKIRAN BARU! OTAK JAJAHAN MCM KORANG NIE MASIH HIDUP LAGI ERK..KESIAN..KEMBALI KE PANGKAL JALAN LAH..ROSAK KOLAM HATI AK TGK ANGPA NIE..ERMM

    LOREN

    03/03/2015 at 5:50pm

  2. aku penah attend talk azizan ni….bagi aku membazir je pegi program dia ni sebab cerita dia bagi aku kebanyakan basi…..bagi org baru mungkin anggap best,rasa kejutan…………sebenarnye cite dia tu lebih kurang je cara org bisnes MLM ….contohnye mcm hai o dan DCHL yang dah banyak menipu orang……setakat cite ELMU,petua dll tu suma sekadar xubah mcm motivasi masa zaman sekolah nak amik SPM dulu….so,bagi aku mengarut jela program tu

    aji

    26/12/2012 at 10:28pm

  3. Jgn mudah terpedaya dgn azizan .. Walaupon die seorg motivate tp die dan abang die, azmin sama2 mcm syaitan.. Azmin tlah membuat beberapa org sesat agama.. Azizan dan Azmin sama2 kaki perempuan dan sama2mengikis harta org.. Apa yg saya ckp nie benar belaka, kerana ianya pernah terjadi dekat keluarga saya.

    peace

    16/12/2012 at 8:11pm

  4. [Re: Miza]

    i serius nihh 8)

    DewaKebaikan

    03/09/2010 at 8:25pm

  5. lawak lah you ni…

    Miza

    03/09/2010 at 1:29pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s