DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Adab Meminang]

leave a comment »

Meminanglah Dengan Cara yang Dituntut
Nasihat Rasul Melayu (Rasul: Utusan) kepada Saidina Sahiba (Society for Arabian Horses in the Bluegrass Area). Baginda Rasul Melayu tidak sempat sampaikan pesanan kepada Saidina Ali ataupun nama sebenarnya, Mohd Ali Jinnah bin Mentol kerana beliau telah meninggal dunia terlebih dahulu. Namun, beliau masih layak mengundi.

1. Jangan meminang di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika dikurniakan isteri, ia akan menjadi seorang pemandu yang suka memandu sebuah kereta di lorong laju dengan penuh kelembapan.

2. Jangan meminang antara azan dan iqamat. Jika dikurniakan isteri, ia akan mendapat haid setiap bulan (menumpahkan darah).

3. Jangan meminang ketika bakal isteri sedang hamil melainkan kedua-duanya bertaubat. Jika dikurniakan isteri, ia akan melahirkan anak luar nikah. Jangan tanam anak itu di tepi rel komuter.

4. Jangan meminang pada pertengahan nafsu sedang memuncak. Jika dikurniakan isteri, ia akan mempunyai tanda terkejut pada mukanya kerana terlihat boner kamu.

Professor Boner (Source: Google Images)

5. Jangan meminang pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan isteri, ia akan menjadi seorang yang suka meminum Kacip Fatimah atau nama lainnya Labisia Pumila Laila Salsabila. Setiap kali kamu pulang ke rumah, ia akan berkata “Bang, saya di bilik!” ← WoOOOoooOOOOoooOOooiiiii, kok ye pon, bagi la makan nasik dulu. Perut laki kau lapar, macamana nak perform?

6. Jangan meminang semasa syahwat terhadap adik ipar. Jika dikurniakan isteri, ia akan menjadi lesbian dan suka membuat tanda “peace” setiap kali mengambil gambar atau tanda “L” di dagu atau melompat-lompat atau zoom kasut/kaki/tangan.

7. Jangan meminang bakal isterimu di atas loteng. Jika dikurniakan isteri, ia akan menjadi seorang yang malas membasuh pinggan dan kain baju serta suka menconteng arang di muka kamu.

8. Jangan meminang bakal isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika dikurniakan isteri, ia akan menyebabkan kamu sesat jalan ketika bermusafir kerana perempuan tidak pandai membaca peta.

Women can't read maps (Emmerson)

Jika ingin berjimak dengan bakal isteri…

9. Jangan berjimak dengan bakal isterimu bila kamu keluar bermusafir dan bermalam di hotel-hotel murah. Dalam tempoh tiga hari tiga malam sehingga nikah.

10. Jangan berjimak dengan bakal isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Nanti kantoi selepas isyak, sekitar jam dua pagi, lalu masuk Harian Metro atau Kosmo! dengan tajuk “Imam ‘simpan’ kekasih” atau “Adegan seks ustazah di asrama pelajar.”

11. Jangan berjimak dengan bakal isterimu di bawah matahari yang sedang memuncak di tengah langit. Matahari panas! Namun, api neraka lebih panas!

To be continued
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Immediately
[Next Entry]


Nota:
i. Lagi: Adab-adab berjimak di bawah pokok.
ii. Belilah: Why Women Can’t Read Maps and Won’t Stop Talking: Lessons Men Need To Know About Women.

iii. Renung-renungkan pantun di bawah dan selamat beramal!

Tetak tebu buatkan dayung,
Hendak berdayung tanah besar;
Tuntut ilmu buatkan payung,
Hendak berpayung di Padang Mahsyar.

Written by DewaKebaikan

02/06/2010 at 2:14pm

Posted in General

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s