DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Pintu Syurga]

leave a comment »

1. Di Penjara Janji (Awie)

Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga

» Hendak ke pintu syurga, tidak perlu tangga. Zam zam allakazam sahaja. Tidak.

2. Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

» Janganlah seorang pergi dahulu, seorang lagi pergi kemudian. Tidak manis dipandang orang. Pergilah bersama-sama. Berjemaah.

3. Melakar Cinta Di Pintu Syurga (Far East)

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku di pintu syurga
Moga terlakar cintaku di pintu syurga

» Cinta wujud dalam hati, mana boleh kita lakarkan.

4. Syurga Di Hati Kita (Ziana Zain)

Kekasih…
Cintaku ibarat rimba
Andainya dibakar
Tinggallah debuan arang
Siramlah dengan kata-kata saktimu
Semoga asmara berbunga ke akhir nanti
Bagiku engkau… permata hidupku
Inilah ujian buat kita

Berjanjilah… kan setia kekasih padaku
Kita bercinta hingga ke pintu syurga

» Haha, manusia bercinta sampai pintu syurga sahaja. Masuk syurga, cinta pada bidadara pula.

5. Di Pintu Syurga (Elite feat. KRU)

Andai daku pergi sebelummu
Kenangkanlah ku selalu didalam doamu
Kaulah cinta pertama dan terakhir untukku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurga

» Lohh, kenapa tunggu di pintu? Kenapa tidak masuk ke dalam?

6. Sampai Syurga (Faizal Tahir)

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

» Lerr, dah masuk dalam, buat apa mengharap cinta manusia yang tidak sudi? Sudah ada beribu-ribu bidadari yang bermata jeli. Kulit yang halus dan mulus. Payudara yang montok. Pantat yang segar. Tidak ada kencing dan tahi. Tidak perlu beristinjak.

» Halalan Toyiban wal Yusuf Taiyob (dengan gaya berbisik).

Sekadar gambar hiasan.

7. ARQAM: Tersungkur di Pintu ‘Syurga’ (Zabidi Mohamed)

» Tak dapek den nak nolong tu doh!


Nota

Maksud istinjak: perbuatan membersihkan qubul/dubur (kerana membuang air besar atau air kecil) dgn menggunakan air, batu, atau tanah keras; beristinjak membersihkan atau menyucikan dubur dan kemaluan sebelum wuduk atau sesudah buang air.

Cerita: “Ustazah, apa maksud qubul dan dubur?” tanya seorang murid perempuan darjah 6 Ainun Mata.
Qubul yang panjang. Dubur yang pendek,” celahku sementara menunggu ustazah memikirkan jawaban.

“Mohd Dewa, ke depan sekarang!” ustazah memanggil aku.
Sebaik sahaja aku ke depan, ustazah tersebut mencubit perutku.
Arghh sakit. Kuku ustazah panjang. Sudah berapa hari tidak dipotong?” aku bertanya selamba.

Murid perempuan tersebut terpinga-pinga sambil menanti jawaban yang pasti → ಠ_ಠ

Written by DewaKebaikan

22/06/2010 at 1:02pm

Posted in General

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s