DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[AJL 25]

with 29 comments

Disclaimer: Segala apa yang enta enti baca di dalam artikel ini bukanlah hasil penulisan Dewa Dewi Konspirasi. Kesemuanya kami ambil sepenuhnya dari DewaKebaikan. Terima kasih kepada penulis tersebut yang mengupas isu ini dengan begitu terperinci sekali. Percaya atau tidak, itu terpulang kepada diri enta enti sendiri untuk menentukan.

Ada apa pada AJL 25?

Kalau tahun lepas, AJL 24 dihebohkan oleh Dewa Dewi Konspirasi kerana dipenuhi dengan elemen Freemason, Illuminati dan New World Order.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan perjuangan ente enti ikhwah sekalian, harapan ente enti termakbul.

AJL 25 yang baru sahaja berlangsung, membawa lebih banyak mesej anti-Freemason, anti-Illuminati dan anti-New World Order.

(1) Pertama sekali, sila perhatikan logo dibawah ini.

Sumber: Facebook AJL25

Ente enti masih tidak nampak apa-apa mesej tersembunyi di sebalik logo AJL 25 ini? Saya akan berikan sedikit pencahayaan kepada ente enti sekalian.

(١) Move “J” to the left.
(٢) Cut & paste.
(٣) Copy & paste.
(٤) Delete.

Mesej tersembunyi dalam logo:

(a) Allah adalah pencipta alam ini.
(b) “25 Rasul” adalah tajuk lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan.
Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yakub, Yusuf, Ayub, Syuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad. (Kali pertama aku menghafal nama-nama nabi ialah selepas mendengar dan menghayati lagu Raihan, 25 Rasul.)

Adakah ini satu kebetulan?

(2) Yuna mengenakan baju oren ala-ala Lady in Orange.

Sumber: ajl25.tv3.com.my

Ingatkah enta enti kepada Lady in Orange? Mungkin ada antara kita yang kurang tahu.

Jom kita saksikan photostream ini: The Arrival Pt 13 Si Gadis Berbaju Oren

Jadi apa yang dipakai oleh Yuna? Mungkin ada antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada enta enti. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? Saya kata tidak.

(3) Jom kita lihat apa yang seterusnya. Enta enti mungkin sudah tahu tentang mikrofon, turut dikenali sebagai mic. Tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.

Yuna sedang menggunakan mikrofon. (Sumber: ajl25.tv3.com.my)

Mikrofon adalah transduser akustik-ke-elektrik atau sensor yang menukar suara menjadi isyarat elektrik. Pada tahun 1876, Emile Berliner mencipta mikrofon pertama yang digunakan sebagai pemancar suara telefon.

Mikrofon digunakan dalam banyak aplikasi seperti telefon, perakam pita, sistem karaoke, alat bantu dengar, produksi filem, kejuruteraan audio untuk rakaman atau secara langsung, Family Radio Service (FRS) radio, megafon, dalam siaran radio, televisyen dan komputer.

Kebanyakan mikrofon pada masa ini menggunakan aruhan elektromagnet (mikrofon dinamik), kapasitor (mikrofon kondenser), piezoelectric generation, atau modulasi cahaya untuk menghasilkan isyarat voltan elektrik dari getaran mekanikal.

en.wikipedia.org

Ustazah Siti Nurbahyah sedang menggunakan mikrofon. (Sumber: mstar.com.my)

Penyanyi menggunakan mikrofon. Ustaz, ustazah, qari dan qariah juga menggunakan mikrofon. Bukankah mikrofon dicipta oleh orang kafir Musyrikin Mekah?

Adakah ini satu kebetulan?

(4) Susunan kerusi penonton AJL 25.

M Nasir berjaya memperoleh pencahayaan agung. (Sumber: ajl25.tv3.com.my)

Suasana dalam Stadium Putra semasa AJL ke-24. (Sumber: cybertechpb.blogspot.com)

Susunan kerusi AJL sama macam Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa.

Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2010. (Sumber: digitelwerk.blogspot.com)

Adakah ini satu kebetulan?


[Addendum]

(5) Lihat persembahan Faizal Tahir dengan lagu Hanyut di atas pentas ini. Terdapat mesej tersembunyi untuk mengajar sesuatu. Lihat screenshot di bawah.

(a) Dalam sangkar: Sedang berniat mandi wajib.
Faizal Tahir sepatutnya berniat “Sahaja aku mandi wajib, kerana Allah taala.”
Bukannya “… harus bagaimana…” (1:51/6:37)

(b) Dalam air: Sedang meratakan air ke seluruh anggota badan.
Beliau hanya mengambil masa lebih kurang 30 saat (5:06 hingga 5:36) untuk mandi.
Dibimbangi air tidak rata ke seluruh badan.

(c) Meneruskan lagu Hanyut: Hanyutlah hadas beliau.
Beliau telah menjadi suci (jika beliau membetulkan rukun pertama dan kedua.)

Sekadar addendum. Terima Kasih.

[/end]

Pembaca sekalian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau enta enti teruskan pandangan enta enti seperti itu, enta enti mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? Bagi memperlihatkan kepada enta enti bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda enta enti.

Berikut ialah kata-kata harapan Gbam, semasa persiapan AJL 25 sedang giat dilakukan:

Dalam masa yang sama, Gbam juga menolak kemungkinan penganjuran AJL kali ini akan mengundang kontroversi seperti penganjuran pada tahun lalu yang mengatakan AJL 24 mempunyai unsur-unsur Iluminasi. Jelas Gbam, apa yang berlaku pada tahun lepas adalah secara kebetulan. Pihaknya tidak pernah mempunyai agenda tersembunyi seperti yang didakwa.

“Saya yakin tema yang kami pilih untuk tahun ini tidak ada bersangkut-paut dengan isu yang tidak diingini. Kalau ada pun, ia hanya secara kebetulan. Apa yang kami cuba buat hanyalah untuk memberi yang terbaik kepada penonton di luar sana. Tidak ada sebab lain,” jelas Gbam lagi.

gua.com.my

Tahniah Encik Gbam!

Encik Gbam jangan lupa untuk menonton filem Jibam The Movie, bila siap nanti ya! Paling lewat siap pun lebih kurang 200 tahun lagi.

Sekian, syukran jazilan & jazakumullahu khairan kathira.

Sila sebarkan mesej anti-Freemason, anti-Illuminati dan anti-New World Order ini kepada sahabat-sahabat muslimin dan muslimat yang lain. Jika tidak, solat anda tidak sah 40 hari 40 malam.

Ditulis oleh: Dewa Husna Kebaikan Bin Taliban
B.Sc in Conspiracy Theory
Al-Mansor University, Gordan.
6 Safar 1432 | 11 Januari 2011


DewaKebaikan: Mak ayah hantar ke Jordan, supaya menjadi ulama. Tetapi Dewa Dewi Konspirasi pula menjadi ulamak (ular dalam semak) yang membodohkan masyarakat. Nasib baik aku belajar di Gordan. Universiti aku sebelah dengan universiti Dr Azizan Tarikh Lahir, Gordon University.

PS: Gordon University – Cawangan Mekah kekeke.
PPS: Sebahagian artikel ini adalah plagiat. Terima kasih kepada Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib.

Written by DewaKebaikan

11/01/2011 at 3:31pm

29 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. kepada tuan blog,terima kasih sebab buat aku senyum sorang-sorang depan laptop.
    dan menjadi tanda bahawa lelaki bijak masih wujud di Malaysia tercinta.🙂

  2. aduh..kesian betul orang-orang yang jenis bila baca sesuatu,tak reti nak read between the lines.tu lah, dulu cikgu ajar KOMSAS ngan LITERATURE, pegi tuang kelas.pastu camni lah,jadi jakun.orang macam ni lah yang kalau ada orang kata ‘tahi kini boleh dimakan untuk mengubat penyakit’,terus tadah tahi buat breakfast.

    sekian.

  3. haha..ada budak bawah umur baca blog kau.pastu cuba explain apa yang kau tulis kat pembaca2 blog kau yg dah lama baca dan faham apa yang kau cuba sampaikan.

    ak klu org bodo otak sempit duk diam2 xpe tp yg jenis bukak blog orang first time pastu baca dua tiga baris then nak jadi dewa pencerahan agung pastu mengaku insan jujur ni yang aku anti ni…

    hahaha…

    seifu

    18/06/2011 at 12:27am

  4. ak klu org bodo otak sempit duk diam2 xpe tp yg jenis bukak blog sebar2 buat pandai dan ajak org laen jd bengong yg ak anti ni…..oii,dewa kebebalan..cukup2 la 2 dgn dakyah ko ni…..ko dh la bodo,ajak org jd bodo lg….budak skola pon xbodo mcm ko…syabas…

    insan jujur nasihat jgn jd bodo

    16/06/2011 at 5:57pm

  5. aih ada lagi yg tak faham entri ni just meant to be sarkastik.

    sori dh berapa ulan entri baru nk komen *senyum*

    miza

    04/06/2011 at 6:25am

  6. Islamik??…jgn sesat sudaaa…

    Hamba Allah

    26/04/2011 at 10:13am

  7. habis kalau dorang xpakai mike..nk guna apa?apa beza dorang pakai baju orange?menutup aurat je aku tgk.

    hih

    22/04/2011 at 10:21am

  8. habis kalau dorang xpakai mike..nk guna apa?jerit?guna speaker besar?apa beza dorang pakai baju orange?menutup aurat je aku tgk.

    hih

    22/04/2011 at 10:18am

  9. HAHA OH GOD NAK MATI AKU. thanks member aku sebab bagi link blog ni. at least tak la aku boring mati kering kat rumah.

    Ammar Mariti

    17/04/2011 at 7:01pm

  10. kenapala ramai sgt kaki komen yg slow nih?
    AzamHassan & Nabil Danial -kau memang slow

    ajanlatib

    07/04/2011 at 3:27pm

  11. hahahahaa….lawak gile..menangis2 aku

    ajanlatib

    07/04/2011 at 3:20pm

  12. [Re: AzamHassan]

    terdapat banyak unsur-unsur yang menginsafkan dlm AJL25.

    DewaKebaikan

    17/03/2011 at 11:11am

  13. saya kurang faham apa yang cuba disampaikan dalam entri ni..menunjukkan AJL25 masih ada unsur2 freemason ke..?

    AzamHassan

    17/03/2011 at 9:36am

  14. [Re: Nabil Danial]

    Kepala otak mereka dan keluarga mereka.

    DewaKebaikan

    10/03/2011 at 11:17am

  15. kpale otak ko “Jika tidak, solat anda tidak sah 40 hari 40 malam”!!! dalil mne ko pki ni, bodo!!

    Nabil Danial

    09/03/2011 at 10:35pm

  16. [Re: saifuddin]

    Sungguh terang sekali pencerahan tersebut hehehe.

    DewaKebaikan

    08/03/2011 at 1:06pm

  17. [Re: omar489]

    1. dalam cage: sedang berniat mandi wajib.
    2. dalam air: sedang meratakan air ke seluruh anggota badan.
    3. nyanyi lagu hanyut: hanyutlah hadas beliau. beliau telah menjadi suci.

    [Re: mun]

    aduhh, ketuk lah perlahan sedikit.

    DewaKebaikan

    19/01/2011 at 12:32pm

  18. Haram lu! Memang gua rasa nak hentak kepala lu. True.

    mun

    19/01/2011 at 3:12am

  19. tambah lagi, faizal tahir-hanyut. mula2 dalam cage, pastu dalam air, pastu nyanyi lagu hanyut. nampak macm ade something. kekekeke.

    omar489

    13/01/2011 at 5:09pm

  20. [Re: aje]

    lupa pula. terima kasih kerana ingatkan.

    DewaKebaikan

    13/01/2011 at 1:09pm

  21. ko lupa nak letak ayat penamat emel cenggini…

    “Sila sebarkan kepada yang lain, jika tidak solat anda tidak sah 40 hari 40 malam”

    aje

    12/01/2011 at 5:44pm

  22. [Re: suhaimiramly]

    Terima kasih daun keladi.

    DewaKebaikan

    12/01/2011 at 2:16pm

  23. kekeke bijak2…aku dah link ke sini

    suhaimiramly

    12/01/2011 at 1:44pm

  24. [Re: Datin Lulu]

    Terima kasih.

    [Re: mangkuk]

    Err, bukan Allah 25. Allah ahad/esa (1).
    25 adalah nama-nama rasul yang kito kono hapal.

    DewaKebaikan

    12/01/2011 at 1:12pm

  25. Satu tulisan yg power bro. Adakah ini satu kebetulan semata?
    Allah 25 ! muahahhaha.
    Tak lama lagi ade la mat2 constipasi masukkan dalam fesbuk ni.
    thanx.

    mangkuk

    11/01/2011 at 9:52pm

  26. […] This post was mentioned on Twitter by Haris bin Ali and Dewa Kebaikan. Dewa Kebaikan said: New Post! [AJL 25] – Disclaimer: Segala apa yang enta enti baca di dalam artikel ini bukanlah hasil penulisan Dewa D… http://ow.ly/1aOCya […]

  27. Kahkah!
    Bagus ni.

    Susah payah aku carik balik blog yang tulis ala-ala Islamik macam ni
    Jumpa pun:

    http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/01/teori-konspirasi-untuk-kaunter.html

    Datin Lulu

    11/01/2011 at 4:18pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s