DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Generasi Y]

with 7 comments

Pertama kali aku dengar istilah “Generasi Y” adalah sekitar tahun 2008. Tetapi baru sekarang aku mengerti apakah yang dimaksudkan dengan Generasi Y.

Generasi Y adalah satu generasi yang melahirkan generasi baru, Generasi Tanpa “i” (GTi). Ini disebabkan oleh sentimen anti-Israel yang berleluasa di kalangan pelajar universiti ketika itu dan terbawa-bawa sehingga ke alam keibubapaan. Mereka adalah golongan yang benar-benar anti-Israel; sehingga mencapai tahap sanggup menggugurkan huruf “i” daripada set aksara bahasa Melayu.

Bagi mereka, set aksara yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu, bukan lagi berjumlah 26 abjad, tetapi hanya 25 abjad. Allahu Akbar!

Berikut ialah contoh nama-nama bayi GTi:

  • Abbi Abadi — Abby Abady
  • Daniel Iman Haikal — Danyel Eyman Hykal
  • Danish Aiman — Danysh Ayman
  • Effi Fifi Abadi Lestari — Effy Fyfy Abady Lestary
  • Emira Elia Elissa — Emyra Elya Elyssa
  • Fatimah — Fatymah
  • Hafiz — Hafyz
  • Haifa Wahabi — Hyfa Wehby
  • Ibrahim — Ebrahym
  • Ismail — Esmayl
  • Khadijah — Khadyjah
  • Mahir Zain — Mahyr Zyn
  • Said Muslim — Syd Muslym
  • Saifuddin — Syfuddyn
  • Saifullah — Syfullah
  • Sakinah Saliha Elina — Sakynah Salyha Elyna
  • Suri Shahira Suhaila — Sury Shahyra Suhyla
  • Zainal Abidin — Zynal Abydyn
  • Zarif — Zaryf
  • Ziana Zain — Zyna Zyn

Berikut ialah contoh nama-nama anak binatang GTi:

  • Anjing — Anjyng
  • Ikan — Eykan
  • Itik — Eytek
  • Kambing — Kambyng
  • Keldai — Kelday
  • Babi — Baby

Contoh nama-nama universiti/tempat:

  • Universiti Sains Malaysia — Unyversyty Sayns Malaysya
  • Pulau Pinang — Pulau Pynang


Entri lama (sumber inspirasi):

[Nama Anak]
Oleh DewaKebaikan | 21/04/2009 | dewa.kebaikan@gmail.com

Ramai expecting parents yang memikirkan apakah nama yang paling ‘cool’ dan ‘glamour’ untuk anak-anak mereka. Hari ini, saya akan hidangkan anda dengan senarai nama-nama yang tidak ‘cool’ dan sungguh ‘cool’.

Nama-nama yang tidak ‘cool’

Pearl Zaharah — Nama panggilan ialah Peza.
La Isla Nina Bonita — Nama panggilan ialah La Ni.
Maznah binti Daud — Nama panggilan ialah Mazda.
Fasha Shasha Laisha Tasha Sanda — Hampir sama dengan bunyi spenda.
Putera Danish Spanish — Bila pula kau berdarah Raja Sepanyol?
Diyana Daniyelle Danny — Habis cool-lah nama ini?
Cinta Strawberi Abadi — Nama panggilan ialah Straw.
Exora Ayu Natasha — Baru beli MPV Proton kah?
Eliya Elissa Laila Isabella — Plup (bunyi berak jatuh ke lubang jamban).
Qistina Emira Edora Iman — Bluwek (bunyi muntah).
Effy Fify Abadi Lestari — Ptuih (bunyi meludah).
Misbahunnur La Israel La Amerika — Mesti anak orang PPIM (Persatuan Pelampau Induk Mogadishu).
Puteri Tiara Daniel Ellezi — Nama panggilan ialah EZ. Nenek kau berdarah raja negeri mana?
Mohd Salem Munsyi Al-Hafiz As-Serabuti — Mohd ‘bermaksud’ anjing mulut besar. Kepala hotak kau.

Kenapalah suka sangat bubuh nama panjang-panjang, tetapi panggilannya macam harom. Berikut adalah cadangan saya untuk nama-nama bayi anda.

Nama-nama yang sungguh ‘cool’

Batman.
Mentol.
Mohd Sori.
Suparman.
Milo Anak Tali Pinggang.

Written by DewaKebaikan

24/06/2011 at 11:09am

Posted in General

7 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. entah ape2 tah..

    etie

    20/10/2011 at 11:14am

  2. y itu Yahudi la!

    Anonimus

    10/08/2011 at 3:01pm

  3. set aksara yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu, bukan lagi berjumlah 26 abjad, tetapi hanya 25 abjad. Allahu Akbar!

    SALAH!!! Set aksara melayu skrg ada 24 je. Why? Sebab dah takde huruf K. Semua ganti Q. Contoh, AQ NAQ MAQAN TAIQ.

    TQ.

    Lovesucks

    10/08/2011 at 2:29pm

  4. Haha. Suka hati ubah nama aku, ya.

    saifuddin

    28/07/2011 at 5:18pm

  5. Islam, Iman, Imam, Ibadat, iraq, Iran, Illah, Insha Allah, Israk Mikraj, Innalilahi wa innarajion,
    tak tukar ka? xD

    lol

    24/07/2011 at 7:34pm

  6. merepek!!!

    myrick

    15/07/2011 at 5:50pm

  7. haha. hakikat sebenar. nama anak semua nak gempaq, maksud entah ke mana. Danyel Karl Syah. Panggil Dakar. yeehaa pemandu rally terbaik

    sanposmen

    24/06/2011 at 11:23am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s