DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Aduh, Melepas]

with 2 comments

“Nah, who needs another search engine?”
The Next Web | Posted on Oct 24th, 2010 by Zee

Andaikan anda mendapat peluang untuk menjadi antara pekerja terawal di Google. Bayangkan anda dapat berpatah balik ke masa lalu dan Sergey Brin atau Larry Page menawarkan peluang untuk menyertai syarikat enjin carian baru; mungkin berpeluang mendapatkan opsyen saham. Anda mungkin berkata, “Ya” tanpa keraguan, bukan?


Oops. Apakah kesilapan paling besar pernah anda lakukan di tempat kerja?
(Merugikan majikan atau anda)

ditanya oleh Sad_Scientist (permalink)

dibalas oleh zestyping (Ka-Ping Yee)
Saya berjumpa Carl Page dan Larry Page di sebuah parti yang dianjurkan oleh seorang kawan saya di Standford pada tahun 1998. Carl, pengasas eGroups, memberikan saya kad namanya dan berkata, “Kami sedang mencari pekerja.” Larry, pengasas Google, memberikan saya kad namanya — sekeping kertas nipis yang jelas dicetak oleh pencetak bubble jet — dan berkata, “Kami sedang mencari pekerja.”

Saya berkata, “Ah, siapa yang perlukan enjin carian yang lain?” dan saya meneruskan pengajian di peringkat sarjana.

Saya masih memiliki kad tersebut.

Advertisements

Written by DewaKebaikan

27/10/2010 at 12:29pm

Posted in General

[Konspirasi Yahudi]

with 25 comments

Saya menyokong penuh artikel ilmiah bertajuk “Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan” yang terhasil daripada kajian dan pemerhatian mendalam oleh Syeikh Qolamul Haqqoq. ← Jangan lupa, ada qolqolah di situ.


Artikel ini ditaja oleh Coca-Cola.
(Sebenarnya, aku sedang minum Coca-Cola… Brrr!!)

Read the rest of this entry »

Written by DewaKebaikan

09/09/2010 at 1:57pm

Posted in General

[Seluar Dalam]

with 9 comments

Tidak gemar pakai seluar dalam
2010/08/29

SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan saya memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah kerandut. Adakah kenyataan ini benar?

ZUA
Kuala Terengganu,
Terengganu


Jika dilihat secara imbas, anggota sulit lelaki dan perempuan ada pelbagai pelindung daripada segala gejala. Bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit selain mengawal suhu dan kelembapan kulit dan menjadi penyerap tekanan ketika bersetubuh.

Kerandut lelaki menampung kedua-dua buah kerandut dan mengawal suhu supaya ia dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma. Otot spermatik atau ‘spermatic cord’ yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitar.

Apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan sebagai contohnya, kedua-dua buah kerandut itu tertarik ke atas supaya ia terselindung.

Jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam. Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelak berlaku ‘pandangan’ mata sudah mencukupi.

Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut. Sama juga jika pakai seluar denim yang ketat dan pakai seluar dalam longgar. Jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa ‘subur’nya mereka.

Dr. Ismail Thamby
Doktor Sakit Tuan


Seluar dalam dicipta oleh Yahudi untuk mengurangkan kesuburan umat Islam. Ini satu konspirasi yang jahat dalam usaha untuk melumpuhkan kekuatan mujahidin. Janganlah lagi kita memakai seluar dalam.

Dr. DewaKebaikan
Doktor Pakar Konspirasi
Merangkap Pengerusi PUNDeK

(Persatuan Ular-Dalam-Semak Negeri DewaKebaikan)

Written by DewaKebaikan

03/09/2010 at 12:20pm

Posted in General

[Bahasa Sanskrit]

with 13 comments

USE THE WORD SOLAT PLEASE!!~

I have a friend who is now studying in UKM and as the medium is Bahasa Melayu, the lecturers/professors there would, once in a while, in between lectures, spend some time discussing the Malay language.

The latest discussion was on the word “Sembahyang”. According to one of the professors (who is an expert in Malay language), the word “sembahyang” is taken from 2 Sanskrit words which are “sembah” and “yang”. “Sembah” is the word sembah that we’ve always understood. However, the word “yang” refers to some “berhala” or “dewa”. So by putting the words together, it means to “sembah” the one that is equivalent to God.

Almost all of us have been using the word “sembahyang” throughout our lives. And it has been okay because we’ve always interpreted that word to mean sembah Allah. However, since now that we know where and how the word originated, it would be much much better and safer (to the aqidah) to use the alternative word,”solat”; when we mean to say “sembahyang”.

p/s : the same thing was once reminded to me thru an email, concerning the word mosque whereby the origin of the word is actually mosquito which is a sarcastic way the kafirs are saying our azan is as noisy and disturbing as the humming of the mosquito…

~TOLONG INGAT-MENGINGATKAN ANTARA KITA. WALAUPUN KITA TIDAK TAHU APA YANG KITA INGATKAN. APA YANG PENTING? FORWARD KEPADA IKHWAH, AKHAWAT DAN UNTA-UNTI LAIN!

~JANGAN LUPA LETAK CACING BANYAK-BANYAK ~~~ NGEE ~~~ NGEE ~~~

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam keuntungan;
Kecuali mereka yang suka forward perkara bodoh lagi dungu.
Hai, saya Encik Google. Marilah berkawan dengan saya.

Read the rest of this entry »

Written by DewaKebaikan

28/08/2010 at 9:10pm

Posted in General

[Burger Ultraman]

leave a comment »

Burger paling sedap dalam dunia ialah Burger Ultraman. 100% halal. Sijil PPIM pun ada.

Written by DewaKebaikan

23/08/2010 at 4:26pm

Posted in General

[Pembuangan Bayi]

with one comment

Zaman Nabi Musa, bayi-bayi lelaki dibunuh oleh tentera-tentera Firaun untuk menghapuskan ‘musuh-masa-depan’ Firaun.

Zaman Nabi Muhammad, bayi-bayi perempuan dibunuh oleh orang-orang Arab jahiliah untuk menghapuskan perasaan malu.

Zaman sekarang, bukan setakat bayi lelaki dan perempuan ditinggalkan merata tempat; bayi pondan pun turut dibuang oleh ‘haiwan’ berkaki dua dan boleh bercakap.

Credit: Tidak pasti pelukisnya


Dipetik daripada Ustaz Ismail Kamus. Diriwayatkan oleh Imam Dewa.

Written by DewaKebaikan

19/08/2010 at 12:30pm

Posted in General

[Berbuat Baik]

with 2 comments

“Niat untuk berbuat baik adalah seumpama ‘tetamu’ daripada Allah. Sekiranya kamu melayan tetamu itu dengan baik, maka tetamu tersebut akan suka untuk datang selalu.” — Dipetik daripada Syeikh Hamzah. Diriwayatkan oleh Imam Lapar.

Credit: berocat (lubuk.net/forum)

“Jika kamu tidak mampu berbuat baik, maka janganlah kamu berbuat jahat. Sesungguhnya meninggalkan perbuatan jahat itu adalah sesuatu yang cukup baik.” — Dipetik daripada Ujang. Diriwayatkan oleh Imam Abu Backer Sitihiq.

Cendol Kuala Pilah (Abu Backer Sitihiq)

Written by DewaKebaikan

18/08/2010 at 12:22pm

Posted in General