DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Kementerian Kesihatan]

leave a comment »

Anda masih ingat dengan kempen 5M, 5R, 3E, 4F, 100BS?

Sesungguhnya, orang yang mencipta kempen ini sungguh bodoh. Mungkin kerana keputusan SPM Bahasa Melayunya adalah C5.

Kita namakan beliau sebagai Encik Abun. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya. “Jika orang lain boleh berjaya, mengapa aku tidak boleh?” kata-kata motivasi daripada seorang pakar motivasi itu masih segar dalam ingatannya. Lalu, beliau mencari program motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri beliau dalam menghadapi arus kemajuan dunia yang serba mencabar.

Dengan langkah yang gontai, beliau menuju ke kedai menjual surat khabar. Lalu, beliau mencapai Harian Metropolitan dan tanpa ragu-ragu beliau membelinya. Sehelai demi sehelai dibeleknya dengan harapan akan menjumpai Program Pencahayaan Agung oleh Pakar Motivasi Sukses Agung Anda.

“Ya, ini yang kucari selama ini!” jerit Abun dengan nada gembira apabila beliau menjumpai iklan yang menawarkan Workshop Rahsia Tarikh Mampus Anda.

Blah blah blah daftar diri.
Blah blah blah hadiri kursus di Hotel Tanjung Yang Indah.
Blah blah blah belajar motivasi diri, tenaga dalaman, dll.
Blah blah blah belajar teknik ingatan akronim.

Akhirnya beliau berjaya menjadi penjawat awam di Kementerian Kesihatan. Beliau sangat pemurah untuk berkongsi ilmu-ilmu motivasi diri kepada rakan-rakan sekerjanya.

Seterusnya, beliau dilantik menjadi Pengarah Kempen Kesihatan. Maka, terciptalah berbagai akronim.

Amalkan 5M ← Sepatutnya “Amalkan KuGu KuGa KuMi LeBu LeSa.”

  • Mengurangkan Gula.
  • Mengurangkan Garam.
  • Mengurangkan Minyak.
  • Melebihkan Buah-buahan.
  • Melebihkan Sayur-Sayuran.

Remember 5R ← Sepatutnya “Remember 1P, 2D, 1R, 1T.”

  • Right Person.
  • Right Drug.
  • Right Dose.
  • Right Route.
  • Right Time.

Status Kempen: Gagal.


DK: Mengapa pula tarikh lahir itu suatu rahsia? Walhal kita sudah mengetahui bilakah kita lahir. Perkara yang sepatutnya menjadi rahsia agung untuk kita sekalian ialah tarikh mampus. 🙄

Back to Top

Written by DewaKebaikan

04/05/2009 at 12:39pm

Leave a comment