DewaKebaikan « أفضل موقع الويب في العالم

Sumber Sahih Lawak Sensasi dan Mendidik Minda

[Pantat Kuning]

with 29 comments

Selamat Senja kepada murid-murid sekalian. Hari ini, kita akan belajar beberapa perkataan/peribahasa. Sila berikan tumpuan.

Untuk perhatian murid-murid sekalian, perkataan ‘kotor’ yang digunakan untuk tujuan kebaikan (e.g., nasihat, pembelajaran), tidaklah dinamakan sebagai perbuatan mencarut. Namun, apabila perkataan tersebut digunakan untuk memaki orang lain, barulah dinamakan sebagai carut-marut.

Sebagai perbandingan, “pulut kuning” dan “pantat kuning” merupakan dua perkara yang berbeza maksud. Tetapi, daripada sudut ‘kesucian,’ kedua-duanya adalah berstatus ‘dara suci.’ Maka, janganlah kita semua segan-silu untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut.

Berikut ialah beberapa maksud untuk perkataan “pantat.”

1. Mulut bau madu, pantat bawa sengat.
» Takrif: Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat.
» Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal.

2. Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak.
» Takrif: Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya.

3. Kena pukul di pantat, gigi habis tanggal.
» Takrif: Sindiran (jawapan) yang tepat.

4. Hitam bagai pantat belanga.
» Takrif: Perihal keburukan sifat seseorang.

5. Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.
» Takrif: Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.

6. Menjilat pantat.
» Takrif: Melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan (utk mendapat pangkat, pujian).
» Contoh ayat: Sarimah suka menjilat pantat bosnya yang baru dicukur. ← Ayat contoh yang salah kekeke.

7. Tulang pantat.
» Takrif: Bahagian tulang pungkur yg di bawah sekali.
» Contoh ayat: Tulang pantat Karim retak setelah terjatuh dari anak tangga di rumah beliau.

8. Pantat kuning.
» Takrif: Kedekut, kikir.
» Contoh ayat: Pakcik Ahmad sungguh pantat kuning. Duit raya yang diberinya hanya lima puluh sen.


Credit: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kamus Dewan Edisi Empat.
DK: Jujurlah terhadap bos anda. Janganlah anda selalu menjilat pantat beliau. 😛

Back to Top

Written by DewaKebaikan

05/05/2009 at 5:51pm

29 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. 6. Menjilat pantat.
    » Takrif: Melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan (utk mendapat pangkat, pujian).
    » Contoh ayat: Sarimah suka menjilat pantat bosnya yang baru dicukur. ← Ayat contoh yang salah kekeke.

    Yang lain aku baca secara santai tanpa ada emosi yang keterlaluan.. Untuk yang no 6 ni, aku masih lagi santai sehingga aku terbaca “ayat contoh yang salah” … Entah kenapa aku rasa terlalu lawak, ketawa hingga lebih dari cadangan (kekeke) 3 kali je.. ko superb DewaKebaikan, teruskan usaha..

    Topic askum juga menarik.. teruskan usaha.. yang tak berminat, boleh cari blog lain untuk dilawati… tidak ada yang memaksa anda untuk berkunjung ke mari (minah kumari)

    taliban

    25/05/2012 at 1:39pm

  2. Hehehe ni la susahnya lahir tahun 94, takpun tahun 2000

    p.s mujur lahir tahun 84

    Sulaiman A. Wahab

    24/11/2011 at 10:13pm

  3. [Re: blogniownerdiaorgcinatauindiataukeling]

    jew yg bwangang ataw blowg yg bwangang?

    lew… mwacam mwana sawdara taw sayew dwarah kweling?

    sayew adew dwarah ketuwrunan Maghribiw, Swiam dan Windia.

    DewaKebaikan

    23/11/2010 at 7:41pm

  4. mcm bangang jew la blog ni.sume tulisan2 kow mcm sampah.ko ni keling ekh?

  5. [Re: hariz, H]

    Ken (yes in hebrew). serius, aku rasa nak belanja nasi ayam kepada encik hariz, H. oh ya, Seifu punya nasi ayam 2 tahun lepas, aku tak belanja lagi kekeke. sila tuntut ya antum2 sekalian.

    DewaKebaikan

    12/05/2009 at 1:46pm

  6. gua boleh teka apa maksud lu tulis tu. Itu tulisan Hebrew, maksud yg sama saja, kan?

    hariz, H

    11/05/2009 at 11:17pm

  7. [Re: Name]

    DewaKebaikan

    10/05/2009 at 6:14am

  8. pe lagi tuka a.

    Name

    09/05/2009 at 1:33pm

  9. [Re: sani]

    ngeh ngeh ngeh.

    DewaKebaikan

    09/05/2009 at 7:10am

  10. Golongan Dewa yang mana satukah yang menepati ciri-ciri saya?

    boleh dibuat soalan kuiz dalam laman ‘social network’
    kemudian semuanya jadi bahan gelak ketawa saja…

    anda mungkin boleh dikategorikan kpd…

    dewa jenaka (dalam makud ni) perli dan perasan bagus

    sani

    09/05/2009 at 4:45am

  11. [Re: sani]

    Hehehe saya berasa sungguh malas untuk meng-edit. Kalau saya edit, komen itu tidaklah asli.

    Walaubagaimanapun, saya ingin mengemukakan sebuah pertanyaan kepada anda. Golongan Dewa yang mana satukah yang menepati ciri-ciri saya?

    DewaKebaikan

    08/05/2009 at 11:07pm

  12. tujuan utama aku masuk sini sudah semestinya nak baca satira2 spontan dr dewa2 kebaikan

    dewa boleh juga dipecahkecilkan kepada bbrp org:

    1. noob
    2. bdk2 baru akil baligh
    3. pelajar2 perasan bagus
    4. rakan sekerja perasan hebat
    5. tukang jilat pantat bos
    6.
    7.
    8.
    .
    .
    -n

    bro mod tambahla mana2 yang berkenan di hati

    sani

    08/05/2009 at 10:09pm

  13. [Re: Name]

    kalau takleh guna perkataan “afdal” takpelah. saya guna perkataan-perkataan ini plak: האתר הטוב ביותר בעולם
    hehehehe sape2 yg paham, anda sungguh ‘terror.’

    DewaKebaikan

    08/05/2009 at 4:06pm

  14. to cik Nurmahani,

    gelabah mende? cdg mende elok pn gelabah ke?

    Name

    08/05/2009 at 1:44pm

  15. dh serabut afdal mende, aduh, pe daa

    Name

    08/05/2009 at 1:38pm

  16. [Re: saifuddin]

    terima kasih di atas penambahan kosa kata itu. saya telah merujuk kepada Kamus Dewan dan saya mengesahkan kewujudan perkataan-perkataan tersebut.

    [Re: Name]

    Insya Allah 🙂
    btw, selamat datang ke website serabut paling afdal.

    DewaKebaikan

    08/05/2009 at 12:04pm

  17. So tidaklah lagi bole dikatakan website paling afdal, perkara apakah lg yg lebih afdal diperkatakan dr perkataan yg mengingatkn kta pd Allah and RasulNya, website yg anta bg tu sudah cukupkh utk mentarbiyah dan memperkatakn tentang islam? tidakkah perlu kta mnambah lg tapak utk mempromosikn perkara yg afdal? you can do better =)

    Name

    08/05/2009 at 11:41am

  18. Tambahan kosa kata lagi, tetek juga boleh disebut sebagai dapur susu.

    saifuddin

    08/05/2009 at 12:55am

  19. Mari menambah kosa kata.

    Selain pantat, perji juga membawa maksud yang sama.

    saifuddin

    08/05/2009 at 12:53am

  20. [Re: Nurmahani]

    hehehehe. tapi cadangan Name itu amat baik sekali O:-)
    boleh dicadangkan kepada penulis blog ceramah.

    DewaKebaikan

    07/05/2009 at 10:30pm

  21. gelabah betul la Name…

    saya sokong Dewa Kebaikan dan Encik Suhaimi. Tapi saya prefer golongan2 ini digelar Dewa Pencahayaan Agung (DPA)

    sekian, terima kasih

    Nurmahani

    07/05/2009 at 8:17pm

  22. [Re: sani]

    sohih. mari kita berkempen:
    1. Susukan Anak Anda Dengan Tetek Manusia.
    » tetek sendiri / tetek org lain (kalau kering susu).

    2. Jangan Takut Jika Tetek Anda Layut Kerana Menyusukan Anak.
    » nanti kat Sorga dapat tetek baru dan fresh susunya.

    3. Berilah Anak Anda Susu Tetek Kerana Menetek Adalah Amalan Mulia.
    4. Menetek Adalah Lebih Afdal Daripada Menyusulembukan Anak Anda.

    DewaKebaikan

    07/05/2009 at 5:49pm

  23. kanak2 dilarang menggunakan perkataan2 ‘buruk’ seperti bodoh, pantat, kote, dll

    walaupun tumbesaran otak kanak2 sekarang ini hebat2 belaka (minum susu A++ cap tetek lembu), penggunaan perkataan2 seakan lucah juga akan dihalang olih guru2 bahasa melayu yg tak ‘cool’.

    galakkanlah bayi2 anda menetek susu ibu 🙂

    sani

    07/05/2009 at 5:06pm

  24. [Re: suhaimiramly]

    mungkin lebih sesuai “Dewa Kebaikan Penerima Pencahayaan Agung” atau pendeknya “Dewa Pencahayaan Agung” (DPA)

    kalau “dewa kebaikan” sama plak dengan ana. malu la ana nanti keh keh keh.

    DewaKebaikan

    07/05/2009 at 4:00pm

  25. ini lah contoh dewa kebaikan

    suhaimiramly

    07/05/2009 at 3:37pm

  26. [Re: Name]

    diskusi pasal perkara tersebut sungguh banyak: search=masalah+aqidah. enta/enti boleh rujuk di situ yer.

    diskusi pasal “pantat belanga,” “pantat kuning” dan “menjilat pantat” yang tidak banyak. itu yg menjadi masalah utama di kebanyakan jabatan kerajaan, agensi swasta, dll.

    syukran wal jay zee kay atas cadangan enta/enti.

    DewaKebaikan

    07/05/2009 at 2:12pm

  27. ya sheikh, byk lagi masalah yg dewa kebaikan ni boleh bincangkn, masalah aqidah misalnya yg dah lari kemana hala, focuslah kpd itu dahulu dari yg laen. topic yg berkait tentang memperbetulkn aqidah adalah lebih elok dan lbih afdal di bicarakn pada website yg paling afdal =)

    Name

    07/05/2009 at 1:29pm

  28. [Re: Adawiyah Juzailah]

    hehehe dah tak bleh bayangkan, sebab dah lepas SPM. mungkin kita bleh minta cikgu BM dan murid2 bayangkan.

    ps: pulut kuning — sejenis penganan yg dibuat drpd beras ketan.

    DewaKebaikan

    06/05/2009 at 12:00am

  29. Hurm… Memang kelakar terutama mengenai “menyukakan hati orang atasan”. Haduii~

    Memang bagus belajar peribahasa yang baru tapi cuba bayangkan kalau perkataan ini digunakan sewaktu menjawab peperiksaan SPM. Haha~

    Adawiyah Juzailah

    05/05/2009 at 11:40pm


Leave a comment